Semalam, pegi check up lagi. kali ke 3. Setiap bulan hanya sekali. Fyi, aku sangatlah malas nak pergi check up kat merata2 klinik macam certain orang yang pegi untuk scan sahaja sampai setiap minggukan. Memanglah excited tapi kalo dah selalu tengok dah ilang keterujaan plak. Maybe dah besar nanti lehla pegi for 3D, 4D..
Check up di Hospital Putrajaya. Under FPP ( Full Paying Patient ). 1st time datang check up pada 5w. Terus dapat buku pink. Time tu seronok sangat sebab tak yah nak penat2 pegi bertapa kat Klinik Kesihatan kan. Dengan diri aku yang sangat susah nak deal dengan ape2 yang berkaitan dengan gomen.huhu. cepat je nak panasss kang.. Tapi kat situ xdela appointment kul2, kul2 dah bleh jumpe doctor. Kene gak tunggu sejam gitu. Especially kalo Doc kene masuk labour room.
Aku pilih Dr. Hamidah. Doc yang mude and sangat berkaliber pada pandangan mate aku. Nurse2 pun ok. Itu pun kene sebut dulu kite ni FPP. Dari senyum sikit terusla senyum lebar. Maklumla kite ni bayarkan. Bukan bayar singgit je. Maunye tak senyum simpul. hehe. Setiap kali check up kene timbang berat, tekanan darah, air kencing and scan. Last month kene buat blood screening. Sampai kene cucuk 3 kali sebab darah xmo kuar. Bile dah bleh kuar, lembab plak mengalir. huhu. Nasib baik nurse buat slow2 je. Mintak maaf adela dekat 10 kali. So far, okla kat sini. Cafeteria ok. Hospital pun takdela bau ubat. Semuanye xde yang mendukacitakan perasaan.
Tengok dari review bloggers, xjumpe yang pegi under FPP lagi. Kalo ade, inform me k.. ;-)





