Hari ni, incik amad and ofismate kitorang lari dari ofis untuk selesaikan dokumen2 untuk dapatkan surat kebenaran berkahwin. Secara kebetulan ofismate akan kahwin seminggu awal dari kitorang.Untuk memudahkan kerja, incik amad apply mastautin kat area ni je. Kalau tak kene ambik cuti and balik ke Temerloh. Tak tau ambil berapa ari plak nak setelkan. Ofismate pun berasal dari Kelantan. So secara tak langsung, procedure dorang sama dan senang nak bergerak sekali. Saksi pun main silang2 je. hehe. Aku malas nak ikut. Dah lame tak stay 8 jam kat opis. Boring yang teramat sangat rupenye. huhu.
Firstly, dorang ke umah 1 imam ni. Rerupenye salah imam. Imam tu xmo sign sebab bukan kariah die. Aku pun tak sure knape jejaka2 ni boleh salah imam plak. Rasenye sebab aku tak gi sekali so dorang taknak susah2 pikir panjang, main terjah jekan. Then tah cemane dorang dapat NUR untuk pegi rumah ketua kampung, maka mereka disuruh untuk datang pukul2 petang. Nasib baik time tu pun dah kul1. Pukul 2 dorang dah de depan umah ketua kampung tu. Dorang ingatkan ketua kampung tu gi berjemaah kat masjid ke rerupenye baru balik dari kebun :p.
Dipendekkan cerita, semasa nak sign surat tu, ketua kampung tu kasi hint mintak bayaran. Sebagai seorang engineer, maka dorang sangatlah memahami isi tersirat ketua kampung tu walaupun hakikat sebenarnya dorang agak terkejut. Nak sign pun kene bayar ke? Tapi dorang maintain cool. Berikut lebih kurang conversation dorang;
Ketua kampung: Nak sign ni, ade kene bayaran sikit ni.
Incik amad: Bayaran untuk ape ye?
Ketua kampung: Untuk tabung kariah/masjid.
Incik Amad: ooo..berape?
Ketua kampung: Tak kisah berapa2 pun sebab untuk tabungkan. Tapi biasenye RM50la..
Incik Amad: (Dah pandang2 kengkawan yang lain. Tetap kuarkan wallet.and bayar)
Dah bayar barulah sign. Aku yang dengar incik amad cite pun rase nak hangin pun ade. Ketua kampung sure dapat elaun kan. Elaun tu dibayar untuk perkhidmatan macam nilah. Kalau ye pun untuk tabung, RM5, RM10 xbleh ke? Bukan kesah pun nak bagi RM50 tu tapi takyah tetapkan nilai 50 tu bleh x? Agak2 ler. Yang datang ni dengan niat suci lagi murni nak mendirikan masjid. Bukan datang mintak sign untuk approvekan tanah ke. Tak paham betulla. Tapi takpe. we all terima as dugaan kahwin kitorang :-(.
Then dorang trus ke JAIS Kuala Langat. Semuanya berjalan lancar and surat kebenaran akan dapat esok. Tapi ade JAIS bleh kuarkan surat kebenaran on the same daykan? Or maybe nak kene sogok gak kot? heh.. takpelah. sehari je. Bukan lusa nak kawen pun kan. Sabar..