7.45 a.m. mata dah tercelik. trus terpikir arini aku akan jadi tunangan orang. fuhhh.. nerbes2. tak mo pikir dulu. =P. dalam suasana yang sejuk tu rase cam nak tarik balik je selimut. pusing ke kanan tengok Nani and my future sis in law tengah sedapnye tido dengan air liuh meleleh. hak3. disebabkan rase jeles yang menebal, aku kejut dorang skali. padan muke. mane aci aku bangun sensorang kan. around 9 a.m nanti mak andam nak datang. opss.. not mak andam. but pak andam. turun bawah nak breakfast tapi takde selera plak. tolong2 ape yang patut. terase macam suasana pagi raye. Incik Amad call "Selamat Hari Raya". haha. see. die pun rase camtu sebab kene gosok baju, kat dapur penuh makanan, and pagi tu pun redup je. hurm.
9.10 a.m macam tu pak andam dah datang. sangat punctualla plak. bile dah datang tu memang tak dapat nak wat ape lagi dahla. nak makan, minum pun tak bley. first of all, aku inform dorang aku tak mo cukur2. tak kesahla bulu ape pun. i mean bulu kat mukala. hehe. jangan usik sket pun. kalo usik gak tolong tanggung dosa aku nanti. wat agreement siap2. ahaks. sejam je die lukis2 muke aku. bajet dalam 2 jam. bile tengok cermin, wahhh.. sangat tak ske. huhu. muke cam lain dah. rase nak lap pakai towel je muke nih. pastu rase bulu mata macam unta. panjang and berat. hahaha. taula bulu mata asal aku panjang and ke bawah.
aku ni dahla ni baru 1st time seumur hidup aku make up. baju plak lame nak pakai sebab banyak sangat button. nani buttonkan belah bawah, aku wat yang atas. kui3. tudung terlampau lembik plak. lupe plak nak lilin kan dulu or at least try dulu semalam. huish.. selambe je ar. sampai brooch pun cilok ibu nye. lupe sangat2 nak cek brooch ade ke tak. =P. secara overall make up agak tak puas hati sket sebab tak berjaya menyembunyikan pipi hamster ini. tapi aku sendiri yang lupe nak inform sebenarnye. hehe. abaikan.


terlalu awal siap watkan aku lenguh nak mengcontrol diri aku especially bile kawan2 aku tergelak besar. tapi kadang2 terlepas gak. sampai ke bawah dengar. hoho. bukan senang nak kumpul ramai2 camnih. so 1 per 1 kengkawan masuk bilik. sangat happy. especially nad yang dah tak jumpe hampir 7 years and frens yang tak penah sampai ke umah cam lyn, tasha and kay. dalam mase yang same aku betul2 sangat rimas dengan muke aku. huhu. rombongan datang lewat dari yang diplankan. around 12 baru sampai gara2 jurucakap belah pihak lelaki tersesat. hehe. about 80 orang dari belah laki sahaja. memang meriah gile.
bermulela sesi bincang membincang hal2 yang berkaitan like jumlah wang hantaran, mas kahwin and etc. agak lame gak. then kene panggil with my aunty untuk turun for sesi sarung cincin. waaa time ni memang nervous tahap gaban. tapi dalam pada tu aku dengar gak my fren pesan suruh slow2 turun tangga. ye ar. kang tersungkur, bakal mak mentua pun tak mo ngaku aku ni bakal menantu die. hik3. tapi aku rase cam aku jalan atas angin je. tau2 sampai je kat bawah. ramai gile orang tengah tunggu. perghh.. memang malu seyh. L tak penah rase malu macam tu.

bile jejak je kaki atas bantal pelamin tu, mak incik amad sound
"aih, sampai kaki pun pucat?". kuang3. nak tergelak pun ade sebab tak sangka sampai kaki pun die perhati. duduk pelan2 siap bersimpuh lagi. cover sket perut takut2 kalo nampak berlipat plak. hauhauhau. 2 bentuk cincin disarung.
1 cincin merisik and
1 lagi cincin tunang. yeah..cincin tibe2 tak muat!! hahaha. tangan tengah berpeluh so menjadikan jari kesat.
"eh, tak muat ke el cincin ni?!" mak amad pun terkejut. agak memakan 5 saat gak ar nak sarung abis cincin tu. aku dah sapu dah baby oil tadi tapi ketat gak.
time cium tangan and cium pipi pun wat aku tak tahan nak gelak lagi. tangan aku terketar2 sampai aku sendiri tak leh nak tahan dah. mak incik amad pun leh gi tegur tangan aku ketar. tambahla aku malu. =P. kalo stakat ketar tu memang lebih dari ketar dah. camera plak sume tuju kat aku. terase cam artis tibe2. nak senyum pun dah tak reti dah. ahaks..
bile sumenye dah setel lega bangat gue. dalam mase yang same aku cam baru tersedar yang aku dah menjadi tunang orang. tunang kepada Incik Amad. alhamdulillah. ape yang di plan before ni berjalan dengan sangat lancar. mulai harini tamatlah riwayat aku untuk mengusha jejaka2 di sekeliling. cop kat dahi pun dah start timbul dah ni. Incik Amad punye dahi pun same. haha. everything like sekelip mata je.
oh ya, pertunangan ini adalah dalam tempoh satu hingga dua tahun. tapi tak bley lebih 2 taun ar. tapi insyaallah 1 taun je. bagi laluan to my bro yang nak kawen on this October dulu. kita hanya merancang, Allah S.W.T yang menentukan segala2nya.
secara overall, majlis berjalan dengan sangat lancar. haa.. yang paling penting, berjaya avoid unsur-unsur PINKY dalam mane2 part such as pelamin, cakes, hantaran.. if ade pun just rose petals yang ditabur kat pelamin. malas plak nak carik black roses or white roses yang akan nampak lagi dull. doorgift untuk budak2 kecik tak cukup. coz ramai plak suke. but the cuppies cukup2 je. alhamdulillah. pembaziran tak berlaku =).
Tapi aku agak frust sebab bile betul2 depan cameramen aku tak reti nak act. aku still tak reti nak posing2 bile dah pakai tudung. Bukan mase tunang ni je. Time bese2 pun aku tak bleh bergerak bebas. Rase keras je leher. so tak nampak natural =(.

.cuppies.
sangat puas hati coz sume ini adalah hasil titik peluh aku sendiri selame 7 bulan keje. baru tau macam mane kite rase betapa nikmatnya menikmati titik peluh sendiri dan rase kite sangat menghargai every single cent yang kite kuarkan tu.
oh yes, aku berjaya diet. turun 5 kilo dalam mase sebulan. haha. tapi tujuan asal nak turunkan berat pipi tapi tak berjaya pun. tengokla gambar tunang tu. huhu. tetap maintain mak hamster.kui3.
p/s: ni je pic wat mase ni coz lambat lagi dapat from photographer. ni pun edit sendiri. abes sume jadi gelap. hehe. nanti dah ade tengok kat fotopages k..
+elyina+