Sunday, December 27, 2009

photographer..

after selesaikan job semalam kat Putrajaya, terus gerak ke Ukay Perdana untuk setelkan photographer and video. nak tau kul bape dah mase tu? 1.30 am..almost 2 am. ade tak korang nak booking photographer, g studio dorang time2 macam tu? haha. nasib baikla kitorang ni 'anak ikan' die. opss..kitorang tak ngaku tapi die yang bagi label tu. xsanggup mak tau!!

tapi disebabkan title tu gak aku dapat pakej akad nikah and sanding murah untuk size album 12x36. and ade banyak lagi free die bagi. ambik jela.. walaupun kembang tengkuk bile 1st time die labelkan kitorang macam tu. kikiki~ so setel lagi 1 hal. banyak lagi yang tak setel ni.. dah nak masuk January.adusss..fening2...

Saturday, December 26, 2009

Hantaran Hunting

Sempena Y.E.S 2009 ni, kitorang ambik kesempatan untuk mensoping barang2 hantaran yang boleh dibeli tanpa memikirkan tarikh luput barang tu. macam kek ke xblehla beli skarang kan.

so untuk mensetelkan perfume set and make up set, kitorang mensetelkan kat Sogo. kebetulan time2 nak christmas ni Sogo memang buat sale/promo product2 macam nih. haa..tinggal pilih jela mane yang berkenan. berebut2 abg-sales-girl tu nak promote kat incik amad.kih3..

then, baru2 ni melawat Habib Jewels since dorang ade buat sales and cuci gudang. a day before dah ternampak yang berkenan dihati kat Alamanda tapi bile pegi kat Semua House takde cincin tu. huhu. rase down terus jap. tengok2 yang lain still xde pun. xpela. since ibu still akan dapat discount walaupun tak sale, so lain kali jela beli. but setel ring untuk incik amad. yey! senang hati sket.

after Habib Jewels, melawat plak KLCC. searching for handbags, kasut. and for the first time aku nampak je handbag yang aku ske trus grab and bawak ke cashier. tanpa pikir banyak2 kali. haha. then carik kasut incik amad plak. pun berjaya setel. kasut aku je xde. time limited. sampai dorang dah buat announcement tutop kedai still blum jumpe lagi. kenela pending dulu and continue next week.

Wednesday, December 16, 2009

make up

Semalam aku dah setelkan 1 thing. makeup artist untuk majlis bersanding nanti. actually ni cinta pandang pertama. bile dah email sana sini beberapa makeup artist, hati tetap terpikat kat die gak. nak kate mahal, tak jugak.. nak kate murah pun tak. tapi taklah semahal nurul shukor (impian ibu untuk tengok anak die di makeup oleh nurul shukor hancur berkecai. yeah! berjaya mendegilkan diri.hak3).

So pilihan aku adalah Tiar Zainal. only for one session. untuk akad nikah and malam berinai masih tercari2 and tak tau mane nak cari. sebab 1 butik pengantin pun aku belum penah jejak lagi buat masa ni. ibu je yang beriye pegi sane, telefon sini. aku? hanya dengar je setiap hasil pencarian ibu tu. hehe. xpe. kasi die seronot sket dulu. dengar je setiap omelan die. seari 3,4 kali telefon. takpelah. dalam diam2 aku akan setelkan satu persatu. slow and steady :-)

p/s: sape2 yang tau butik mane yang ade baju cantek, pelamin cantek dan terkini, make up yang cantek tapi harga reasonable, silalah bagitau ye. hehe.

Monday, December 14, 2009

Isu Mas Kahwin

sana sini bloggers menceritakan tentang kenaikan mas kahwin di selangor. hot fm am krew pon arini membincangkan tentang topik ni. as usual, pihak lelaki tak setuju and yang perempuan plak terlebih2 setuju. aku?? of coursela setuju. nilai rm300 tu bukan banyak sangat pun sebenarnya untuk zaman serba canggih ni. nak kate membebankan lelaki zaman sekarang ni, sangatlah tak setuju.

yang lelaki, beli rokok sekotak lebih kurang RM10 boleh..seari kadang2 sampai 2 kotak. cube kira kalau dalam masa sebulan abes berapa? heh.. bak kate Fafau, seari kalau simpan seringgit, cukup staun dapat RM365. senangkan sebenarnya. kalau isu wang hantaran tu boleh diterimalah kalau alasan membebankan pihak lelaki. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.. takkanla sebab RM300 ramai sangat lelaki yang tak dapat kawenkan. itukan hadiah untuk isteri anda juga. ini semua hanya sekali seumur hidup. insyaallah.. so lelaki di luar sana, be sporting, be gentlemen.
;-)

Monday, December 07, 2009

perasaan yang biase untuk orang nak kawen??

Semakin hari, rase semakin tertekan.. tapi banyak gak yang dah setel such as catering, canopy, bedroom set, photographer.heh.. banyak ke tu?kikiki~

Lately, since aku tinggal jauh dari mata family maka hari2 parents aku call remind bende2 yang penting. hari2 ok!! dan hari2 tula aku semakin takut nak angkat tepon. haha. dan sampai satu mase tu bile family berdiscuss pasal my wedding, aku bleh duk menung tengok tv. hehe.. tapi secara tak langsung aku semakin tekanan. bila aku cite kat orang, dorang kate 'biasela tu'. heh. setiap orang yang nak kawen kene tekanan dulu ek? dengan ofis lagi aku kene pikir. bukan sebab banyak keje tapi sebab sentiase kene berlakon ade keje and sentiase alert bile bos nak lalu. huhu. penat weh..

and of course kene pikir bajet. sebab itulah aku semakin menjadi cerewet nak buat decision. setiap suggestion dari family aku plak sure terkeluar dari bajet. walaupun setiap suggestion tu mampu menggoncangkan iman aku. heh. sabar..sabar.. susah nak fullfil setiap impian family. bagi aku biarlah fullfil impian dorang dulu, barulah fikirkan impian aku pulak. but i will try. ikut mane yang mampukan.. bak kate orang 'ukur baju dibadan sendiri' :-)

Thursday, December 03, 2009

DIY bunga manggar

Now nih aku dalam proses untuk membuat bunga manggar seperti yang kite tengok from blog kak shaja. mase bace tang ni tetibe bersemangat plak nak try wat sendiri. certain people mesti rase bende macam ni tak penting pun. bunga manggar dah siap pun banyak. beli jelahkan. tapi bagi aku yang penting adalah satisfaction. kalau rase ade mase nak wat, tak salah kalo nak mencuba.



so ni antara alat2 yang digunakan. cuma jenis bunga kak shaja gune design lain sket. tapi janji jadi sebiji macam dalam gambar, dahla kan. hehe. tapi ni still peringkat permulaan. lenguh gak tangan nak membuatnye. nanti dah siap, leh tunjuk yang full version plak k. selamat mencuba!

Wednesday, December 02, 2009

jalan lagi..

Semalam, aku keje. tapi tak gi keje pon. hehe.
sebabnye?
aku menjadi penunjuk arah kepada FMIL membeli belah ke Jakel dan seterusnya nak mencari bahan2 nak wat bunga telur.
dari kul10 pagi sampai kul4 pm. pergh..
nasib baik terpikir nak lari dari jem orang kuar opis. kalau tak ade yang sambung lagi. hehe..

yeah..mari kite menDIY pas ni.. :p
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino