Sunday, December 27, 2009

photographer..

after selesaikan job semalam kat Putrajaya, terus gerak ke Ukay Perdana untuk setelkan photographer and video. nak tau kul bape dah mase tu? 1.30 am..almost 2 am. ade tak korang nak booking photographer, g studio dorang time2 macam tu? haha. nasib baikla kitorang ni 'anak ikan' die. opss..kitorang tak ngaku tapi die yang bagi label tu. xsanggup mak tau!!

tapi disebabkan title tu gak aku dapat pakej akad nikah and sanding murah untuk size album 12x36. and ade banyak lagi free die bagi. ambik jela.. walaupun kembang tengkuk bile 1st time die labelkan kitorang macam tu. kikiki~ so setel lagi 1 hal. banyak lagi yang tak setel ni.. dah nak masuk January.adusss..fening2...

Saturday, December 26, 2009

Hantaran Hunting

Sempena Y.E.S 2009 ni, kitorang ambik kesempatan untuk mensoping barang2 hantaran yang boleh dibeli tanpa memikirkan tarikh luput barang tu. macam kek ke xblehla beli skarang kan.

so untuk mensetelkan perfume set and make up set, kitorang mensetelkan kat Sogo. kebetulan time2 nak christmas ni Sogo memang buat sale/promo product2 macam nih. haa..tinggal pilih jela mane yang berkenan. berebut2 abg-sales-girl tu nak promote kat incik amad.kih3..

then, baru2 ni melawat Habib Jewels since dorang ade buat sales and cuci gudang. a day before dah ternampak yang berkenan dihati kat Alamanda tapi bile pegi kat Semua House takde cincin tu. huhu. rase down terus jap. tengok2 yang lain still xde pun. xpela. since ibu still akan dapat discount walaupun tak sale, so lain kali jela beli. but setel ring untuk incik amad. yey! senang hati sket.

after Habib Jewels, melawat plak KLCC. searching for handbags, kasut. and for the first time aku nampak je handbag yang aku ske trus grab and bawak ke cashier. tanpa pikir banyak2 kali. haha. then carik kasut incik amad plak. pun berjaya setel. kasut aku je xde. time limited. sampai dorang dah buat announcement tutop kedai still blum jumpe lagi. kenela pending dulu and continue next week.

Wednesday, December 16, 2009

make up

Semalam aku dah setelkan 1 thing. makeup artist untuk majlis bersanding nanti. actually ni cinta pandang pertama. bile dah email sana sini beberapa makeup artist, hati tetap terpikat kat die gak. nak kate mahal, tak jugak.. nak kate murah pun tak. tapi taklah semahal nurul shukor (impian ibu untuk tengok anak die di makeup oleh nurul shukor hancur berkecai. yeah! berjaya mendegilkan diri.hak3).

So pilihan aku adalah Tiar Zainal. only for one session. untuk akad nikah and malam berinai masih tercari2 and tak tau mane nak cari. sebab 1 butik pengantin pun aku belum penah jejak lagi buat masa ni. ibu je yang beriye pegi sane, telefon sini. aku? hanya dengar je setiap hasil pencarian ibu tu. hehe. xpe. kasi die seronot sket dulu. dengar je setiap omelan die. seari 3,4 kali telefon. takpelah. dalam diam2 aku akan setelkan satu persatu. slow and steady :-)

p/s: sape2 yang tau butik mane yang ade baju cantek, pelamin cantek dan terkini, make up yang cantek tapi harga reasonable, silalah bagitau ye. hehe.

Monday, December 14, 2009

Isu Mas Kahwin

sana sini bloggers menceritakan tentang kenaikan mas kahwin di selangor. hot fm am krew pon arini membincangkan tentang topik ni. as usual, pihak lelaki tak setuju and yang perempuan plak terlebih2 setuju. aku?? of coursela setuju. nilai rm300 tu bukan banyak sangat pun sebenarnya untuk zaman serba canggih ni. nak kate membebankan lelaki zaman sekarang ni, sangatlah tak setuju.

yang lelaki, beli rokok sekotak lebih kurang RM10 boleh..seari kadang2 sampai 2 kotak. cube kira kalau dalam masa sebulan abes berapa? heh.. bak kate Fafau, seari kalau simpan seringgit, cukup staun dapat RM365. senangkan sebenarnya. kalau isu wang hantaran tu boleh diterimalah kalau alasan membebankan pihak lelaki. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.. takkanla sebab RM300 ramai sangat lelaki yang tak dapat kawenkan. itukan hadiah untuk isteri anda juga. ini semua hanya sekali seumur hidup. insyaallah.. so lelaki di luar sana, be sporting, be gentlemen.
;-)

Monday, December 07, 2009

perasaan yang biase untuk orang nak kawen??

Semakin hari, rase semakin tertekan.. tapi banyak gak yang dah setel such as catering, canopy, bedroom set, photographer.heh.. banyak ke tu?kikiki~

Lately, since aku tinggal jauh dari mata family maka hari2 parents aku call remind bende2 yang penting. hari2 ok!! dan hari2 tula aku semakin takut nak angkat tepon. haha. dan sampai satu mase tu bile family berdiscuss pasal my wedding, aku bleh duk menung tengok tv. hehe.. tapi secara tak langsung aku semakin tekanan. bila aku cite kat orang, dorang kate 'biasela tu'. heh. setiap orang yang nak kawen kene tekanan dulu ek? dengan ofis lagi aku kene pikir. bukan sebab banyak keje tapi sebab sentiase kene berlakon ade keje and sentiase alert bile bos nak lalu. huhu. penat weh..

and of course kene pikir bajet. sebab itulah aku semakin menjadi cerewet nak buat decision. setiap suggestion dari family aku plak sure terkeluar dari bajet. walaupun setiap suggestion tu mampu menggoncangkan iman aku. heh. sabar..sabar.. susah nak fullfil setiap impian family. bagi aku biarlah fullfil impian dorang dulu, barulah fikirkan impian aku pulak. but i will try. ikut mane yang mampukan.. bak kate orang 'ukur baju dibadan sendiri' :-)

Thursday, December 03, 2009

DIY bunga manggar

Now nih aku dalam proses untuk membuat bunga manggar seperti yang kite tengok from blog kak shaja. mase bace tang ni tetibe bersemangat plak nak try wat sendiri. certain people mesti rase bende macam ni tak penting pun. bunga manggar dah siap pun banyak. beli jelahkan. tapi bagi aku yang penting adalah satisfaction. kalau rase ade mase nak wat, tak salah kalo nak mencuba.



so ni antara alat2 yang digunakan. cuma jenis bunga kak shaja gune design lain sket. tapi janji jadi sebiji macam dalam gambar, dahla kan. hehe. tapi ni still peringkat permulaan. lenguh gak tangan nak membuatnye. nanti dah siap, leh tunjuk yang full version plak k. selamat mencuba!

Wednesday, December 02, 2009

jalan lagi..

Semalam, aku keje. tapi tak gi keje pon. hehe.
sebabnye?
aku menjadi penunjuk arah kepada FMIL membeli belah ke Jakel dan seterusnya nak mencari bahan2 nak wat bunga telur.
dari kul10 pagi sampai kul4 pm. pergh..
nasib baik terpikir nak lari dari jem orang kuar opis. kalau tak ade yang sambung lagi. hehe..

yeah..mari kite menDIY pas ni.. :p

Monday, November 30, 2009

jalan-jalan..

after tetapkan date, malam tu gak ibu dah start plan macam2. nak pegi sane, pegi sini. so esoknye tu, pepagi lagi ibu dah kejut ajak g kedai furniture, SSF and semestinye Jakel. gagaga...aku yang ngantuk ni pun follow jela.. 1st skali g kedai furniture kat Jalan Semantan. Memang taste ibu. akan menjadi taste aku kalo dengan bajet yang banyak. huhu.

then pegi SSF. Parking sikit punye jauh tapi tak jadi prob pun kat ibu sebab nak pegi tempat yang die sukekan. so die xkan merungut ape2. heh. duk dalam SSF 2 jam tanpa disedari. tak boring langsung. sronok tengok bunga pahar, dulang and macam2 lagi.. kalaula banyak duit, kan bes.. sume bleh grab time tu gak. tak yah pikir panjang. sempat ar gak ibu mencilok idea bunga telur kat sane. and nasib baik die tak cakap nak duk SSF sat nak blaja wat bunge tu ngan SA kat situ (die slalu wat camtu b4 nih)..huhu..dah dapat idea sket2, jalan lagi mengarah ke Jakel. mentengok lace yang ade.yang berkenan dihati of cos la yang luar kemampuankan. hehe. name pun survey.

Soknye plak, mencari bedroom set. tak susah sebenarnye tapi disebabkan saye sangatlah cerewet, nak katil macam tu, macam ni..tu tak lawa, ni tak lawa maka kenelah keluar masuk kedai. last2 dah dapat tapi luaaaaarrrr dari bajet sangat2. tapi mau juge. gagaga.. this week akan bayar deposit and request antar set tu by Mac. saje lewat sket untuk bagi laluan kalau nak touch up bilik tu sket2 nanti. yang penting 1 bende dah setel. sigh~

Saturday, November 28, 2009

Mulekan dengan Bismillah..

heh..pas janji nak update pasal wedding abg aku aritu trus tak apdet2.. semakin bizi plak life lately. nantila kalo senang2 aku apdet pasal tu kat sini.

arini nak cite pasal my big day. dengan jayanye tarikh dah ditetapkan. ilang segala tanda tanye dalam fikiran ni. bile? hurm..it's too early to reveal the date. nak kate lambat lagi tu takla sampai 6 bulan pun. everything kene mule dari sekarang. mule2 tu rase semua bleh tapi bile pikir2 agak mengkelamkabutkan otak gakla. huhu.

so time raya baru ni mase yang paling elok sangat2 untuk discuss bende yang penting2. since akula yang sorang perempuan and i'm the youngest, sume bende family aku nak buat. huhu. pening gak kekadang nak ikutkan. banyak btul suggestion. aku tak kesah tapi harap2 takla over budget.

ibu plak dah awal2 chop untuk bunga pahar and wat bilik pengantin. bedsheet nak tempah, bla..bla..bla.. then yang abah plak dah chop tang canopy and yang berkaitan dengan susunatur meja, catering. aku? abah aku suh setelkan hal2 yang lain especially surat2 kebenaran semua tu. alhamdulillah. senang sket keje kalo dorang dah sanggup nak ambil alih 2,3 keje.

tapi aku tau walaupun nampak dorang sangat excited macam tu tapi jauh dari sudut hati, dorang tetap susah nak lepaskan aku. teringat abah aku cakap "abah suke awak kawen, tapi rase macam belum puas nak tengok membesar dah diambik orang. tak apelah. dah jodoh sampai awal..". huk3..sedey sey bile abah tetibe cakap macam tu. dari situ timbul kesedaran kat aku untuk tak melawan ape saje keinginan dorang untuk majlis aku nanti. walaupun ade yang bertentangan dengan impian aku sendiri. takpelah. hati dan perasaan dorang lagi penting wat mase ni :-(.

now ni aku tak tau tang mane nak mule dulu. blank gile bile dah btul2 nak kene start prepare ni. before ni pikir cam kacang je. ni dah tenggelam punca. semua bende nak wat sekaligus. huhu. so kengkawan dan bloggers sekalian, tolongla sekali mencantas semak2 yang ade dalam kepala aku ni k.if ade any idea, sangatlah dialu-alukan :-).

Wednesday, October 21, 2009

tidak kesampaian..

Baru-baru ni aku berjumpa dengan kawan-kawan skolah lame aku. lelaki dan perempuan. ade yang dah tunang, dah kawen, dah siap bunting pun. dan tak kurang juga yang datang berpasangan. happy aku tengok kawan-kawan aku yang dah membesar dan mempunyai kehidupan masing-masing.

tapi dalam ramai-ramai tu ade jugak yang tak happy dengan idup dorang. ade 2 orang. seorang lelaki dan seorang perempuan. kedua-duanya sudah bertunang. tapi dah juga putus tunang. kedua-duanya bertunang tak jauh dari tarikh aku bertunang dulu. huh. seriau aku sat.

ok. bile borak-borak, dorang ceritalah sebab dan musabab dorang memutuskan pertunangan masing-masing. sebabnya:

perempuan: aku nampak laki aku tu curang dengan mata aku sendiri. b4 ni kawan-kawan aku dah cakap tapi aku tak caye. rupenye dah lama die wat keje macam tu.
komen: aku pelik. kalau laki tu dah lame curang, nape laki tu nak bertunang gak ek??pelik btul..

lelaki: aku tunang 2 minggu b4 ko tunang. b4 ni aku duk berdekatan ngan die then now aku kene transfer ke Kuantan. agaknye die buhsan aku takde dekat die, die gi contact balik ex-BF die. then ex-BF die tu call aku suruh putuskan pertunangan kitorang. aku pun tak tau nak wat ape lagi, so aku putus jela. baru lepas raya aritu putus. sambil bercerita sambil bergenang air mate aku tengok.huhu.
komen: aku terdiam. tak terkate mase tu. tergamak ex-BF call mintak putuskan walaupun kite nampak macam agak gentlemenlakan. padahal kenal dah 4 taun tuh. huhu

Kesimpulan yang aku bleh buat dari cite di atas, dalam dunia sekarang ni kite tak boleh nak tuding jari kat orang laki je or tuding jari kat perempuan je dalam setiap situasi. nak kate pompuan baik sangat, banyak gak contoh pompuan tak baik dan sebaliknya. hati & perasaan ni kite susah nak jangka. kalau rase still tak sure, maybe bleh teruskan berkawankan. tapi itu sume takdir yang telah ditentukan.

dan kalau ade kawan-kawan kite yang dalam masalah perhubungan, kite sebagai kawan janganlah cepat menuduh kawan anda punye BF/GF yang salah. tak salah jadi pemerhati tapi tak berhak nak menjadi hakim. btul x? wallahualam.. kite hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya.

Tuesday, October 20, 2009

Selamat..

Jumaat lepas baru setel mengepos sume bahan2 yang diperlukan untuk Pertandingan Gerbang Cinta tu. Heh..besela saat2 akhir ade je yang tak sempurna. Berkejar, berlari ke kedai yang berhampiran. Mase tula nak mencari cellotape, gunting..



At last, Alhamdulillah.. selamat mengepose sumenye. Pakai Pos Laju tau. Secure sket. Lagipun dah macam antar parcel dah. tak sempat nak snap pic. Dah nek kete baru teringat. huhu. Atas bantuan Nadiah Aini, dapatlah aku completekan sume masthead tu sebab aku mule2 lurus bendul pegi collect setiap hari. Bayangkan time raye aku susah payah carik suratkhabar. nasib baik ade kedai yang bukak kat Kuala Pilah tu. Pas tu mendapat NUR untuk mengcall pejabat urusan Utusan tu tanye. depa kata 50 masthead 1 tarikh je pon takpe and Mingguan Utusan tak dikire. adoyai.. kalo tau lame dah antornye.. takpelah. adelah hikmah disebaliknye tu.

Yang aku sure sangat, Incik Amad yang excited lebih dalam collect2 ni. Diela yang paling banyak remindkan beli suratkhabar. siap booking kat kedai runcit plak tu. haha. agak beriye gakla. So harap2 we all tersenarai dalam 10 peserta tu. tapi xmo meletakkan harapan yang tinggi. takut kuciwa. usaha dah so now have to tawakal :-)

Wednesday, October 07, 2009

Gerbang Cinta..

nak tanye..
ade sesape tak join Peraduan Gerbang Cinta Mega tu?
Kan kene kumpul Masthead Utusan tu kan..
kene kumpul 1 Masthead setiap hari or bleh kumpul Masthead yang same date 3, 4 keping?
musykil2..
sebab dah kumpul setiap ari 1 nih..
then ade terbace bleh kumpul same date banyak2 plak..
heh..

Tuesday, September 01, 2009

takde idea..

hurm..
1st of all sorry to all visitors sebab aku dah lame tak update..
sebenarnye melambak cite aku nak update tapi aku tak tau kenape liat je nak post entry..
draft pun tarak. aiyoh..
dengan keadaan pc takde, laptop nyawa2 ikan, situasi yang kurang selesa membuatkan aku lebih suke bace blog orang je walaupun banyak idea yang terbit dalam pale ni.

kepada sume yang nak link aku tu silakanlah link k..
tak perlu tunggu confirmation dari aku dulu..
and aku pun mintak maaf kalo lambat linkkan korang dalam blog aku nih..
malas sket nak log in..

oh ya..
berikutan kejadian kemenangan dari rumahkebaya.com.my tu..
tuan punye butik dah call aku (lame dah actually..) suh datang kedai pi tengok baju yang bekenan di hati untuk dipakai nanti..hehe..
tak sabar dowh..
tapi takpe..
tunggu sampai masenye nanti..
kalo dah pi nanti aku update k..

Selamat menjalani ibadah puasa... :-)

Wednesday, July 22, 2009

I'm Lucky!!

Pada suatu hari, saye terpandang iklan nih. Lalu berasa tertarik untuk menyertainya.. ceh..ayat skema nak mam.. Saje je nak test luck lagipun senang sangat. Xpayah nak jawab soklan or wat ape2.



Pastu, 2 ari lepas tergerak ati nak bukak balik web tu sebab baru teringat keputusan lepas 15 July 2009. Sekali tengok2 keputusan dan kuar.. dup..dap..dup..dap rase ati.kikiki~ scroll bawah lagi..



hah??? aku menang??hahaha.. blog aku terpilih.. sangat tak percaye. hak3.. menarik jugak rupenye blog nih. hik3.



Alhamdulillah.. dengan senangnye dah dapat voucher RM300. ni dah membantu save bajet nih.. thanks to RUMAH KEBAYA. Now nih tengah tunggu depa email aku balik. tak sabar nak gi amik voucher tuh. hehe.

Monday, June 22, 2009

pameran pengantin 2009 lagi

Semalam, after incik amad abes dienye job, we all singgah ke studio jap amik pix2 yang before ni lum amik lagi. then, singgah umah pakcik incik amad plak antar barang. setel dinner kat sane. hehe. macam tau2 je kitorang tengah poket kering. heh..

Disebabkan umah pakcik dekat Ampang, so singgahla jap kat Pameran Pengantin kat Ampang Point. Dah kul8.45 pm dah mase tu. Walaupun dah lewat tapi still meriah lagi. Tak macam mase gi Plaza Alam Sentral aritu. Banyak gile choice especially photographers. Rase nak je bayar deposit walaupun xde duit pun dalam poket. hahaha.. But my favourite wedding boutique xdela plak. Arma Wedding Couture. Tapi Lynda Rahim memang santekk ar. Tapi still tak berani nak pi dekat lagi. Tengok dari jauh je. Baju2 pun memang superb santekk.. But yang sure tengok harga Rinssuzana leh wat juling. haha. leh tahan gak rege. Lagi better baju tempah sendiri kot.

tapi we all ni just collect all the flyers je for our future projectkan. Nak tengok camne wat marketing, package etc. macam cendawan tumbuh skarang. so kene compete ar. hope rezki tu tetap ade untuk kitorang. aminn..

then trus gerak pulang ke Banting terchenta...

Tuesday, June 02, 2009

bile impian belum menjadi kenyataan..

huh.. again.. lame dah tak update.. lately bz sket. ahah.. bz la sangatkan. sejak2 kene tukar masuk plant ni nak kate bz tu xla sangat tapi nak kate tak bz pun tipula plakkan. projek yang diberi tak jalan2 lagi walaupun just analysis. nak berkomunikasi secara selamba pun tak bleh sangat sebab orang2 yang berpengalaman kat situ sumenye amatlah berdedikasi dan sangatlah tekun bekerja. so mood untuk memulakan projek tu yang pada mulenye pagi2 lagi semangat terus down. bile balik umah, tak tau nak wat ape. sampaikan projek munge aku tak tersentuh pun sejak balik dari cuti aritu. ape kena tah aku nih??

Bile dah kene masuk plant, 2 jam duk sane and after that blah ke admin building lepak sane. Incik amad pun same. pegi 2,3 jam pastu blah. cume tempat aku jauh sket. kene naik kete and incik amad just jalan kaki je. haa now nih dah kembali ke pangkal jalan. sebab pe?? sebab aku dah keje under one roof balik ngan incik amad. before ni aku kat depan, die kat building dalam. so after coti yang panjang aritu, mase2 aku diisi dengan aktiviti bersama incik amad. ade je yang nak di korek dari internet and ade je bende nak cakap and jugak ade je bende nak gaduh. haha. besela kalo dah ari2 tengok muke. tapi bile coti lame aritu mulelah meleleh2. ahaks.

So ape plan idup seterusnye?? As for now we are planning into part time job. Hope sumenye menjadi. walaupun modalnye agak besar. bukan agak besar tapi memang besar pun. heh. tapi tak taula bile mission ni leh menjadi. harap2 as soon as possible. certain part dah menjadi tapi ade certain lagi. maybe ambik mase lame sket. maybe sebulan dua lagi. haih..

This month nampaknye musim orang mengawan. hik3. sume orang nak kawen. ade yang grand and ade gak yang pelik time nak kawen. Pilihan masin2. Wish you all the best. To all readers, wish us luck ok. ]

+elyina+

Wednesday, May 20, 2009

abahku..

Malam tadi, tak sure perubahan hormon ape yang berlaku kat abah. Tengah2 dinner die tanye..

"ape perasaan lepas tunang?"

Aku terkesima jap. Terkebil-kebil pandang muke die sambil tersengih macam kerang wangi. Terkejut pun ade. Bukan ape. Dah hampir 3 bulan bertunang, sekali pun die tak penah tanye. Kalo tanye rite after tunang tu pahamla gak kot. So dalam kuis2 nasik dalam pinggan (cam dalam drama plak).

Aku: "Ok je. takde gaduh2. and jadi sangat understanding kot."
Abah: "Yelah.. bertambah sayang ke..ape ke.."
Aku: Sambil tersengih.. "Sayang ngat.."
Abah: "Bagus-bagus".

Tu je? haha. Pelik plak abah. Ingatkan nak bagi pesanan or tazkirah sesi makan malam ke. Tunggu gak die sambung cakap lagi tapi die trus je makan.

Adekah sebab die dah mule tengok aku semakin lemah lembut, kaya budi bahasa lagi sopan santun bile memberi layanan terhadap incik amad dan seisi keluarga kami? buat air untuk breakfast, prepare meja makan for lunch & dinner? heh.. Alhamdulillah.. nampak gak perubahan kan. Barulah orang caye aku betul2 layak untuk kawen.=p

+elyina+

Tuesday, May 19, 2009

line up please...

Semakin hari semakin ramai yang mengambik no giliran untuk mendirikan rumahtangga masing2. Ramai yang semakin maju setapak ke dalam alam kehidupan yang seterusnya. Berderet-deret plak rasenye. Baru-baru ni dapat msg from Paan.

"Elyina kawen bile eh? Nak book the date".

haa.. sampai ke tahap kene wat survey dipersekitaran sebab takut bertindih plak. Kang takde plak yang nak datang kenduri kalo wat sekali same tarikh.

Dikala umur mencecah 24 tahun ni, barulah terase meriah hidup sebab dapat tengok kawan-kawan lepas sorang, sorang menamatkan zaman bujang masing2. Yelah. Sumenye dah abes belajar. Sumenye dah kerja dan pendapatan masing-masing pun dah agak stabil untuk hidup berdua tapi belum stabil untuk hidup bertiga kot. ahaks. Time sekarang nila umor yang sesuai benor nak settle down. Tapi dulu mase umor 20-22 taun tu ade gak yang dah mengorak langkah menamatkan zaman bujang tapi tu pun sebab kene g oversea same2 and untuk melegakan ati mak ayah, dorang have to kawen. heh.. mudah sekali.

So nak btau awal2 yang aku pun akan kawen insyaallah next yearla. Nanti xyah datang survey kat aku dah. this year abg den sorang tu plak nak kawen. bulan 10 nih. So aku pun kenela mengalah. Bersanding 22 skali? ohhh tidakkk mungkin..aku ade akunye impian sendiri. Kang tak pasal2 majlis kawen jadi cam party sebab masing2 nak kaler laen2. hik..

after this, sume kene amik no giliran masing2 kay. ahaha.. sila lihat list name di bawah;

Ally - raye ke-3 & ke-4
Paan - 4/10/09
my bro -31/10/09
Ibrahim - 12/09
Am - 3/2010 & 5/2010
Hariz - 3/2010 *tentative
Aku - 3/2010 *tentative
Amie
Hilmy
Madol

+elyina+

Monday, May 18, 2009

Magazine Gubahan Hantaran

dah beli dua-dua magazine ni. hehe. aritu gi pasar malam ngan sis in law. die sebuk beli magazine deco umah sebab tak lame lagi die nak pindah. aku pun wat2 tengok magazine yang ade. wat2 tunjuk magazine nih sambil wat muke buku tu sangat menarik. haha. last2 die suh ambik magazine tu. beli 22 skali. hoho. sebiji buku RM19.90 rasenye (sebab bukan duit sendiri, tu yang tak ingat bape harga.haha).


.Koleksi Hantaran Pengantin.

Mag ni tentang koleksi gubahan hantaran yang penag kuar Majalah Pengantin before ni.. Banyakla contoh2 yang menarik dan yang tak menarik pn ade. heh.. Ade gak tunjuk cara2 nak gubah sendiri.


.Variasi Hiasan Hantaran.

Mag ni keluaran Alaf 21 plak tunjuk macam mane nak wat bunga dulang, bungan pahar, bunga telur, bunga tangan. Dorang tunjuk care nak bentuk bunga tu step by step. Bagus jugak. Banyak gile jenis bunga. Bunga dip, bunga stokin, bunga tekap, bunga sabun dan banyak lagi. Tak taula terbuat ke tak nanti. Menang membeli dari menang menggubah. hik3.

+elyina+

Saturday, May 16, 2009

bunga dip & bunga stokin

setelah lame tak update, dalam duk lepak2 kat umah 3 minggu nih, setelah dicampak jauh2, nila antare keje2 yang berfaedah yang dibuat kat umah. wat munge stokin ngan munge dip. hehe. almaklumla beginner. wat pun slow jela. sambil tengok tv, tangan pintal dawai. sambil tgok tv, tangan pintal benang.

actually xde ape2 spesifik colour pun nak wat. kebetulan kedai barang2 bunge ni kat bawah klinik tu je. so rajinla menziarah. beli barang sket2. untuk bunga dip wat colour pure gold. agak transparent.


.bunga dip gold.
kualiti gambar yang kurang memuaskan.


untuk bunge stokin plak colour merah hati and juga hitam. antara bunga stokin dan bunga dip kalo tengok lagi mudah wat bunga dip tapi actually bunga dip lagi susah sebab kepekatan dip tu kene jage. xbleh terlalu pekat and terlalu cair. dan dari segi kos plak, perkakasan untuk bunga dip mahal. cecair dip tu je RM14.90. thinner plak RM6.90. tapi kalo nak bandingkan dengan tempah dengan orang, memang murahla. berbaloi wat sendiri dari tempah. untuk gold dust plak lum beli lagi. maybe untuk gaji next montah plak. haa.. gam yang nak kene sapu tu pun leh tahan gak regenye..


.bunga stokin.

Untuk majlis aku nanti, aku tak nak beli bunge telur yang bundle sekotak ade 30-50 kuntum tu. tu sebab kene wat sendiri. wat mase ni abang2 aku kawen sume mak yang watkan untuk bunge pahar and hantaran. Alhamdullillah dapat mak yang terer wat sume tu. heh..

Walaupun ade yang cakap 'ala nanti orang dapat, dorang buang jugak'. memang betul tapi kepuasan tu len kot. Tapi itu pun kalo ade masela nak wat sendiri. kalau takde mase jangan pakse diri. especially kalo ade duit. haaa... just name it. aku ni bukannye ade duit sangat. kalo bley save, lagi nak save. tapi on certain part jela. kalo nak save sume nampak plak majlis yang tak berkualiti.


tips: perkakasan nak wat bunge ni harap bley dielakkan dari shopping di nilai 3. selalunye harga 50 sen-RM1 lebih mahal berbanding kedai bunge yang ade sekitar KL ni. sebab dulu 1st time nak beli barang ni carik kat nilai 3.

+elyina+

Tuesday, May 12, 2009

ape cer??

saye dah lame tak update
ye saye tau
saye tau saye dah lame tak update
bile mau update??
emm..emm..
esok kot
eh.. tak..
luse..
eh..tak..
tahla
tak surela bile
saye tengah malas
padahal banyak bende nak story
banyak je bende leh mengarut
tapi blum sampai seru lagi kot
tunggu jela..

+elyina+

Monday, April 20, 2009

at last..



Sambungan daripada blog..

Dikesempatan ini nak ucapkan ribuan terima kasih and penuh kasih sayang kepada semua yang menjayakan HARi itu (isk..cam ucapan terima anugerah pelakon terbaik plak). especially to my family. abah, ibu, along, kak suzy, bangcik, k siti, adik, yasmin and hanna too. tanpa korang, HARI tu takkan terjadi and takkan menjadi. sob..sob..

To all my fren yang telah same2 mengkongsikan detik-detik bahagia dalam idup aku.. haha goli. especially nani. penyimpan mohor besar untuk diri aku. sanggup susah payah sesame aku. (okay. i know. i yang pakse u kan. sebab Mas berlaku curang terhadap kite. hik3). seari before HARI bley kuar beronggeng di Sg. Wang and Low Yat. Pastu balik umah lambat dengan muke tak bersalah bagi alasan ujan and jalan jem. kuikuikui.. nanti ur HARI kite gi mandi laut plak k.


.nani.me.

kepada yang lelain tu thank u very much sebab sudi datang dari jejauh. MATEREALIFE-Am & Zam diundang khas dari Melaka and JB. Lyn dekat je xpe. Incik Amad dikire skali x? hihi. Walaupun at first korang rase cam kitorang ni just nak kenekan korang je, tapi korang datang gakkan. ngeh3


.am.lyn.zam.



ex-SKSHAS plak. yang aku tau korang sure akan datang ape-ape event yang aku wat. hampir nak bernenang air mate bile memule paan cakap tak sure datang ke tak sebab fara pun tak confirm lagi. huhu. Fara dari Ipoh, Muz dari Penang pun sanggup turun, baru aku tau betape sayangnye korang kat aku. ngeh3..


.zarif.paan.fara.muz.

Nadiah Aini, bestfren mase kat BBGS. Lame gile tak jumpe. after form 3 kot baru now ni dapat jumpe.


My TKC fren. Aku tengah sibuk2 photoshoot dorang leh nek tido. tau2 senyap je dah. Penat gelak besar ek? gelak till orang kat bawah dengar sampai ade orang nek atas suh senyap sket. hihi. sorry sangat tak dapat nak join borak2, gossip2, ngumpat2. huhu. buzy sangat with cameraman lagi, family Incik Amad juge. thanks for coming k. that nite sempat lagi lepak Old Town White Coffee as 'tunang orang' with Mas, Nani & Kay. hak3. lame dowh tak kuar same but sangat puas hati sebab nani & mas tido umah. sian nani kene tido 2 malam.hak3.




.kay.mas.nani.tasha.rizal.

Tak lupe gak my opismate. Opismate incik Amad juge. Azli, Darn ngan Mirul. Muke ala2 innocent dalam gambar nih. camne leh jadi camni pun tak tau ar.



~Berikut adalah suasana sekitar majlis~

Detik-detik menjadi tunang orang.=p



.His Family.



.my family.



.agak kurang waras.







.practice make perfect.







so. lelain pic ade kat my fotopages k. thanks again to mr fazi. nanti ade promo btau awal2 k.hehe.

Jom layan slideshow (lagu: Cinta Gila from Grey Sky Morning) yang Incik Fazi wat nih. 1st time tengok perghh.. tak terkate. Gelak sensorang kat opis sebab sume action yang buruk2 masuk gak sekali. Malam tu gak tengok lebih dari 10 kali. tapi yang penting ske gile lagu tu. Agaknye ni 1st couple/customer yang tak berape waras yang die penah jumpe kot. Sian die. hik3.




"saat indah bermula. terasa bahagia. cinta yang lama terhenti, berputik kembali. ada yang menghampiri, ku tidak peduli. cinta ini cinta gila, untuk kita berdua. Woo. tiada yang dapat menghalangnya. kita berdua terus bercinta, selamanya. i can't live. i can't liviving without you oh baby just only you that my love. with love. hanya kau ku miliki, yang tiada ganti. bukan mimpi sudah pasti, jiwaku berseri. ada yang menghampiri. ku tidak peduli. cinta ini cinta gila. untuk kita berdua"

+elyina+

Thursday, April 16, 2009

dah sampai..



tadi mase balik umah lunch hour, posmen pos laju tu datang ketuk umah Incik Amad.
aku lupe yang aku letak alamat umah Incik Amad.
Cemas jap die call aku tanye pasal bungkusan tu. hehe.
Lupe nak inform die gak.
Majalah ni di order from sorang bloggers.
Die terbeli 2 buah Ratu Sehari 7th Edition.
Memandangkan L lum ade lagi yang edition tu so beli jela.
RM19 including postage fee.
Thanks to Miss Soraya =)

+elyina+

Monday, April 13, 2009

official photo

Sekian lame tunggu. lepas sebulan setel bertunang barulah dapat sume gambar2 from our official photographer, Incik Fazi. Semalam, Incik Amad, Amirul and aku jumpe Incik Fazi & family kat Alamanda. Sangat excited nak tengok gambar.


.ini box album.

Incik Amad komplen sebab gambar aku yang penuh. hihi. nak wat camne. kate bertunang. sure banyak pic pompuankan. So sangat puas hati tapi agak tak puas tengok gambar memandangkan just 110 keping je gambar dalam album tu. Kalo bleh nak letak sume gambar. So kalo nak tengok gambar2 len kene bukak cd la. or fotopages. next entry kite story pasal gambar plak k.


.cd and album.



Pastu gi jenjalan sambil membawa album yang sangat berat tu. Dorang kate sape gambar yang paling banyak dalam album tu, die kene bawak sendiri. adeh.. sampai ati tau. xpelah. angkut jela. yang penting dapat beli Mag Ratu Sehari 8th Edition ni. RM20. hehe. susah woo mau jumpe. dahla kuar 3 kali je staun. Baru nak start kumpul nih. yang 7th edition on the way. tah bile sampai tah. banyak gile info yang bleh watkan jadi gile. hik3.



+elyina+

Monday, April 06, 2009

mane mau carik??


I'm looking for Majalah Ratu Sehari 8th Edition!

mana mau cari??

dah keluar masuk kedai buku pun still tak jumpe pon. aiyoo..

ade bloggers bitau kat Kinokuniya

tapi jauh plak

tak sedekat Alamanda yang bleh pegi pas balik keje.

nak langgan ambik mase sebulan utk proses application

~adeh~


+elyina+

Thursday, April 02, 2009

senarai semak

Tengah bizi nengok2 website mak2 andam ni aku terbace yang ni. Bergune gakla tips ni. Harap tips ni bleh tolong aku and incik amad nanti. lets see all senarai semak ni.

Senarai Semak Pengantin Perempuan dan Lelaki

12 bulan hingga 6 bulan sebelum
  • Pilih tarikh dan waktu bernikah
  • Pilih lokasi dan waktu jamuan serta membuat tempahan
  • Memesan lokasi dan waktu upacara persandingan berlangsung
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengatur bajet
  • Pilih penyelaras majlis perkahwinan yang terbaik bagi menata majlis anda
  • Pilih juru andam
  • Pilih katering
  • Pilih jurufoto dan juru video
  • Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis
  • Pilih cincin pernikahan
  • Pilih muzik
  • Pilih kek pengantin
  • Pilih kad jemputan
  • Menghadiri kursus perkahwinan
Tips : Tempoh sebegini membolehkan anda membuat lebih byk survey untuk memilih apa yang memenuhi citarasa dan yg paling penting budget anda. Pilihlah tawaran yang terbaik dengan harga yg berpatutan

4 bulan sebelum
  • Menyediakan semua urusan persandingan (membayar deposit, pergi memilih dan menyedang pakaian serta tinjau lokasi majlis)
  • Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis, gubahan hantaran, juru gambar, juru video, muzik)
  • Menghubungi Kadi atau imam dan Pejabat Agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Memesan buah tangan untuk tetamu
  • Merencana bulan madu
Tips : Sekiranya anda baru merancang majlis anda pada tahap/ tempoh ini, pertolongan kawan2 atau saudara mara yang baru melangsungkan perkahwinan mereka amatlah diperlukan. Cuba bertanya contact number khidmat perunding majlis, pengubah hantaran dan kedai2 pengantin. Percayalah info2 tersebut banyak membantu anda

2 bulan sebelum
  • Mula menyenaraikan nama dan alamat pada kad undangan
  • Buat perancangan majlis bersama pengacara majlis agar ia berlansung dalam suasana tenteram
  • Mengatur tempat tinggal bagi saudara mara dan rakan terdekat yg datang dr jauh
  • Merencana bulan madu
  • Mengatur sesi pengambaran di studio
  • Membeli hadiah untuk mereka yang terlibat dan org tua
  • Memilih cincin
Tips : Bantuan dr ahli keluarga adalah amat diperlukan pada ketika ini. Mintalah bantuan mereka bagi meringankan kerja2 anda

1 bulan sebelum
  • Mulai mengirim kad undangan
  • Pastikan cincin anda dalam ukuran yg betul
  • Pastikan barang2 untuk hantaran anda sudah dibeli
  • Memastikan semua urusan persandingan dan kelengkapan perkahwinan sudah selesai diaturkan
Tips : Selalulah berhubung dengan penata majlis anda agar mereka tidak lupa tugas mereka terhadap anda. Sesetengah penata majlis sgt2 sibuk terutama di musim kenduri kahwin. Built good relationship with them. Good relationship sgt2 membantu anda terutamanya pada hari majlis berlangsung

2 minggu sebelum
  • Berikan tarikh sesi pengambaran kepada juru gambar
  • Memilih muzik
  • Mengirim undangan
  • Mencuba cincin dan pastikan ukuranya
  • Bertenang
Tips : Pada tahap ini debaran makin terasa. Cuba bertenang dan berilah ruang pada diri anda. Apa kata keluarlah melepak bersama rakan2 anda. Lupakan seketika kesibukan anda dlm membuat persiapan

1 minggu sebelum
  • Menyelesaikan semua urusan kerja dipejabat sebelum bercuti
  • Hindarkan konflik. Tenangkan hati
  • Istirihat yg mencukupi
  • Kunjungi spa
Tips : Waktu terbaik utk mengunjungi spa. AWAS bg yg berkulit sensitif. Hindarkan kaedah pemutihan kulit kerana takut kulit anda akan mengelupas dan menimbulkan masalah pd hari berlangsung nanti. Banyakkan berselawat dan berdoa, mohon majlis berjalan lancar dan diberikan kesihatan yg baik. Saat ini konflik sering terjadi diantara pasangan. Minimumkan pertemuan anda. Disamping itu boleh membuatkan anda berasa rindu padanya dan tidak sabar menunggu hari bahagia

Hari Perkahwinan
  • Pastikan anda rehat dan makan dengan secukupnya
  • Mandi sebersihnya agar anda segar
  • Senyum selalu
Tips : Hari bahagia anda telah pun tiba! Ini lah saatnya. Pasti anda mahu kelihatan berseri-seri. Seeloknya berinailah sehari sebelum hari perkahwinan. Berinai pada malam perkahwinan membuatkan badan bertambah letih dan muka menjadi sembab keesokkanya. Walau mcm mana cantik pun anda mekap mata yg letih sukar disembunyikan. Serahkan semua kerja2 perkahwinan pada ahli keluarga dan org2 yg anda tugaskan. Anda hanya perlu fikir andalah RATU SEHARI pd hari bahagia anda

+elyina+

Monday, March 16, 2009

new life

hampir 2 minggu menjalani kehidupan as tunang orang. hak3.. geli sey..

1st day masuk opis as tunangan orang xde rase pape sangat sebab orang2 kat opis ni sume tak tau pun. just 4,5 orang guys je yang tau and datang umah. so usik-mengusik itu tak berlaku. hehe. just received few sms yang tanye ape perasaan dah jadi tunang orang. ni baru tunang, lum lagi kawen. agaknye kalo kawen lagi ramai yang tanye kot. actually xde banyak perubahan pun. cume yang berubahnye adalah hati dan perasaan. makin berbunga-bungi hati dan jiwa ku. kui3. seryes. makin sayang plak kat incik amad. nak bercakap pun dah like makin respect kat dia. every decision yang die wat tu cam agak respect gak ar. tak macam before ni. die wat decision, aku pun wat gak. haha. nak melawan tu memang tak dah (nampak sangat aku suke lawan cakap die.hehe). ape tah lagi nak marah-marah =p.

a week after tunang, aku g kenduri sepupu incik amad kawen. namenye pun kenduri kawen so obviously semua sedare mare incik amad adekan. segan yang teramat rasenye sebab terase like sume orang tengah pandang and mengkomen. padahal xde ape pun. haha. agak tensen bile dipakse bermain dengan perasaan sendiri. but they all sangat mesra alam. but sumetimes tak berapa paham ape yang mereka cakap especially kalo cakap laju2 coz dorang speaking klate. ngeh3. hope pasni aku pakar dalam speaking klate plak setelah now ni aku hampir fasih berbahasa Temerloh =p.


+elyina+

Monday, March 09, 2009

the day has come

7.45 a.m. mata dah tercelik. trus terpikir arini aku akan jadi tunangan orang. fuhhh.. nerbes2. tak mo pikir dulu. =P. dalam suasana yang sejuk tu rase cam nak tarik balik je selimut. pusing ke kanan tengok Nani and my future sis in law tengah sedapnye tido dengan air liuh meleleh. hak3. disebabkan rase jeles yang menebal, aku kejut dorang skali. padan muke. mane aci aku bangun sensorang kan. around 9 a.m nanti mak andam nak datang. opss.. not mak andam. but pak andam. turun bawah nak breakfast tapi takde selera plak. tolong2 ape yang patut. terase macam suasana pagi raye. Incik Amad call "Selamat Hari Raya". haha. see. die pun rase camtu sebab kene gosok baju, kat dapur penuh makanan, and pagi tu pun redup je. hurm.

9.10 a.m macam tu pak andam dah datang. sangat punctualla plak. bile dah datang tu memang tak dapat nak wat ape lagi dahla. nak makan, minum pun tak bley. first of all, aku inform dorang aku tak mo cukur2. tak kesahla bulu ape pun. i mean bulu kat mukala. hehe. jangan usik sket pun. kalo usik gak tolong tanggung dosa aku nanti. wat agreement siap2. ahaks. sejam je die lukis2 muke aku. bajet dalam 2 jam. bile tengok cermin, wahhh.. sangat tak ske. huhu. muke cam lain dah. rase nak lap pakai towel je muke nih. pastu rase bulu mata macam unta. panjang and berat. hahaha. taula bulu mata asal aku panjang and ke bawah.

aku ni dahla ni baru 1st time seumur hidup aku make up. baju plak lame nak pakai sebab banyak sangat button. nani buttonkan belah bawah, aku wat yang atas. kui3. tudung terlampau lembik plak. lupe plak nak lilin kan dulu or at least try dulu semalam. huish.. selambe je ar. sampai brooch pun cilok ibu nye. lupe sangat2 nak cek brooch ade ke tak. =P. secara overall make up agak tak puas hati sket sebab tak berjaya menyembunyikan pipi hamster ini. tapi aku sendiri yang lupe nak inform sebenarnye. hehe. abaikan.




terlalu awal siap watkan aku lenguh nak mengcontrol diri aku especially bile kawan2 aku tergelak besar. tapi kadang2 terlepas gak. sampai ke bawah dengar. hoho. bukan senang nak kumpul ramai2 camnih. so 1 per 1 kengkawan masuk bilik. sangat happy. especially nad yang dah tak jumpe hampir 7 years and frens yang tak penah sampai ke umah cam lyn, tasha and kay. dalam mase yang same aku betul2 sangat rimas dengan muke aku. huhu. rombongan datang lewat dari yang diplankan. around 12 baru sampai gara2 jurucakap belah pihak lelaki tersesat. hehe. about 80 orang dari belah laki sahaja. memang meriah gile.

bermulela sesi bincang membincang hal2 yang berkaitan like jumlah wang hantaran, mas kahwin and etc. agak lame gak. then kene panggil with my aunty untuk turun for sesi sarung cincin. waaa time ni memang nervous tahap gaban. tapi dalam pada tu aku dengar gak my fren pesan suruh slow2 turun tangga. ye ar. kang tersungkur, bakal mak mentua pun tak mo ngaku aku ni bakal menantu die. hik3. tapi aku rase cam aku jalan atas angin je. tau2 sampai je kat bawah. ramai gile orang tengah tunggu. perghh.. memang malu seyh. L tak penah rase malu macam tu.



bile jejak je kaki atas bantal pelamin tu, mak incik amad sound "aih, sampai kaki pun pucat?". kuang3. nak tergelak pun ade sebab tak sangka sampai kaki pun die perhati. duduk pelan2 siap bersimpuh lagi. cover sket perut takut2 kalo nampak berlipat plak. hauhauhau. 2 bentuk cincin disarung. 1 cincin merisik and 1 lagi cincin tunang. yeah..cincin tibe2 tak muat!! hahaha. tangan tengah berpeluh so menjadikan jari kesat. "eh, tak muat ke el cincin ni?!" mak amad pun terkejut. agak memakan 5 saat gak ar nak sarung abis cincin tu. aku dah sapu dah baby oil tadi tapi ketat gak.

time cium tangan and cium pipi pun wat aku tak tahan nak gelak lagi. tangan aku terketar2 sampai aku sendiri tak leh nak tahan dah. mak incik amad pun leh gi tegur tangan aku ketar. tambahla aku malu. =P. kalo stakat ketar tu memang lebih dari ketar dah. camera plak sume tuju kat aku. terase cam artis tibe2. nak senyum pun dah tak reti dah. ahaks..



bile sumenye dah setel lega bangat gue. dalam mase yang same aku cam baru tersedar yang aku dah menjadi tunang orang. tunang kepada Incik Amad. alhamdulillah. ape yang di plan before ni berjalan dengan sangat lancar. mulai harini tamatlah riwayat aku untuk mengusha jejaka2 di sekeliling. cop kat dahi pun dah start timbul dah ni. Incik Amad punye dahi pun same. haha. everything like sekelip mata je.


oh ya, pertunangan ini adalah dalam tempoh satu hingga dua tahun. tapi tak bley lebih 2 taun ar. tapi insyaallah 1 taun je. bagi laluan to my bro yang nak kawen on this October dulu. kita hanya merancang, Allah S.W.T yang menentukan segala2nya.

secara overall, majlis berjalan dengan sangat lancar. haa.. yang paling penting, berjaya avoid unsur-unsur PINKY dalam mane2 part such as pelamin, cakes, hantaran.. if ade pun just rose petals yang ditabur kat pelamin. malas plak nak carik black roses or white roses yang akan nampak lagi dull. doorgift untuk budak2 kecik tak cukup. coz ramai plak suke. but the cuppies cukup2 je. alhamdulillah. pembaziran tak berlaku =).

Tapi aku agak frust sebab bile betul2 depan cameramen aku tak reti nak act. aku still tak reti nak posing2 bile dah pakai tudung. Bukan mase tunang ni je. Time bese2 pun aku tak bleh bergerak bebas. Rase keras je leher. so tak nampak natural =(.


.cuppies.

sangat puas hati coz sume ini adalah hasil titik peluh aku sendiri selame 7 bulan keje. baru tau macam mane kite rase betapa nikmatnya menikmati titik peluh sendiri dan rase kite sangat menghargai every single cent yang kite kuarkan tu.

oh yes, aku berjaya diet. turun 5 kilo dalam mase sebulan. haha. tapi tujuan asal nak turunkan berat pipi tapi tak berjaya pun. tengokla gambar tunang tu. huhu. tetap maintain mak hamster.kui3.

p/s: ni je pic wat mase ni coz lambat lagi dapat from photographer. ni pun edit sendiri. abes sume jadi gelap. hehe. nanti dah ade tengok kat fotopages k..

+elyina+

Saturday, March 07, 2009

last preparation

mari kite membuat entry secara marathon. ahaha.. rase banyak sangat yang perlu diupdate tapi disebabkan internet kat opis ni bengong sangat telah membantutkan nafsu. huhu. nak start tang mana pun tak tau nih. wokey.. mari taip laju2..

5 Mac 2009
//arini aku ambik half day. tapi disebabkan aku sedang tekun sangat YM sampai tak sedar dah kul12.30. huhu. rugi betul. trus chow amik halwa kat Olak Lempit. Hujan turun lebat gile plak. Abes kuyup. Sampai kat umah pun hujan stil tak slow lagi. macam mane nak angkut barang pun aku xde idea. so the best things was makan, tido dulu then baru balik. around 3.30 pm baru gerak ke Selayang. Ikut Maju Express sangatla buhsan tapi sangat pantas. around 4.30 pm baru sampai Selayang. Bajet nak tido terbantut sebab dua2 anak buah tak tido. terpakse men ngan dorang (if tak terpakse pun tetap aku nak men gak ngan dorang =p).

setelah mendapat kesedaran, mulela mengiron baju untuk interview sok. pastu susun and photostat sume sijil2. bawak mane2 yang penting je. itupun dah amik mase 2 jam dah nak setel sume. pastu mule menyelak2 soalan2 tips yang aku dah kumpul sekian lame dari forum. sampai terlupe nak dinner. huhu. bincang2 sket ngan incik amad thru phone and still tak ilang nerbes nih. lastly tido kul2.30 am. sok nak bangun awal. huh..

6 Mac 2009
//kul5.45 a.m dah bangun siap2. 6.30 a.m dah ready dalam kete. Jalan Kuching sangatla jem. huhu. aku dalam kete dah gelisah dah sebab 7.50 am still area Segambut. must be at SPA kul8am. last2 sampai SPA kul8.15. ambikk.. Register and ambik no giliran. dapat no 0208 (bilik no 2-B, giliran ke 8). last candidate. around 11.40 sampai turn. Alhamdulillah setel sumenye.. abah and ibu jemput aku then g SSF nak beli reben yang tak cukup lagi untuk hantaran. mamam. pastu trus g PNB Jalan Ampang nak wat buku ASB yang ilang aritu. Melayang RM30. fuhhh.. setel sume trus gerak ke Chow Kit plak nak beli buah and sirih junjung. Sangat tak puas hati dengan sirih junjung cina tu wat. dah jadi cam hutan belantara plak. kene alterla balik nanti. rugi je RM60. seb bek orang banje. huh..

trus balik umah sebab sangat tak larat dah. malam tadi dahla tido 3 jam lebey je. lagi sekali aku nak tido tak bley. Zaifie datang pasang pelamin plak. kenela tengok mane2 yang tak kene kan. teman ibu plak gubah hantaran. sian die sensorang. at last tetap tido around 2. aiyoo.. memang tak larat dah.huhu.

.kerja2 pemasangan.


.selamat dirasmikan oleh anak2 buah.

7 Mac 2009
//8.45 am dah terbukak mate dah. dunno why lately susah sangat nak bangun lambat. asik terjaga awal je. trus siap2 nak g PUTRA LRT. sampai di stesen Universiti nanti Nani will pick me up. nasib baik awal pagi so LRT takdela penuh sangat. pas Nani jemput trus g Sg. Wang. nak beli camera for sis in law and buy present for Incik Amad. merata round ke Low Yat juge. dari around 1.30pm til 5pm kat sane. supposedly kene amik cupcake kul5. hik3. bile dah soping tu memang terlupe sume dah. hehe. then trus g Sg. Buloh. Masyaallah jem gile jalan. naseb bek ikut PLUS. sempat sampai Sg. Buloh kul6 pm. huhu. sangatla penat. tapi seb bek ade nani. so takla buhsan sangat. merepek. merapu. kah3.

Sampai Selayang rehat2 sat kene wat deco for cupcake plak. pergh.. selama ni ingatkan sangat mudah & simple tapi rerupenye sangat menyakitkan badan and tangan nak menyimpul reben tu. adehh.. dengan khidmat bantuan Nani & K. Siti (my future sis in law), akhirnya selesai around 2.30 am lagi. fuhh.. tomorrow nak tunang pun kene tido lambat gak. pe nak wat =(


.tekun mengikat.hik3

8 Mac 2009
//wait for the next entry k. hehe..

+elyina+

Thursday, March 05, 2009

happy anniversary

yup.. today is our anniversary. and today also is my birthday. xbest bukan anniversary same date dengan birthday. nanti hadiah dapat 1 je. mane aci tul tak? haha. nak wat camne. that moment tak leh nak delay plak. if bley, confirm i anjakkan one or 2 days. hehe.

baru 1st nih. tapi kenal dan 4 taun. kire ok ar tu. segale tentang incik amad memang dah tau dari dulu lagi. (wah.. mule nak mencitekan detik perkenalan plak.haha.) camni. mase 2nd year incik amad baru masuk UTeM. gemuk & sangat tak berminat dengan die. tapi die seorang yang senang tegur orang. ingat lagi mase mule2 masuk die duk belakang aku and wat2 suare sumbang ala2 menyakat. ala care nak memulakan perbualanlakan. haha. tapi aku just sengih and wat bodo je. hehe. dahla xmenarik langsung.

tak lame pastu tah macam mane leh plak ter rapat or ter-se-geng. ingat lagi dulu ade wat makan2 kat ikan bakar. incik amad naik kete skali ngan aku & ani. aku drive ar kan. tapi time tu sume bebudak direct entry (from diploma) and aku sorang je dak matrix. so dari situla kot membentuk geng secara xformal. mule dari situ gak nak gi memane sume sure g same.

haa tak lupe gak ade 1 hari tu time semester break rasenye. Incik amad wat surprise cakap nak singgah umah on the way dari Temerloh ke Melaka dengan naik motor Prasath. ingatkan die memain. tapi pepagi tu die sms die dah on the way ke umah. seb bek sempat gi bli nasik lemak & ayam sambal. pastu makan kat tepi porch umah secara berdua-duaan. hahaha. abah, ibu sume ade je kat dalam umah. saje nak amik angin pagila kot. til now family sume still x prasan yang datang umah dulu tu adelah incik amad. haha. see. nampak sangat die berbeza dulu and sekarangkan.

so after that maka tertubuhla MATEREALIFE. lyn, am, zamri, prasath, nantha, hariz, incik amad and myself. then sejak itulah hidup di UTeM menjadi lebey bermakne. kui3. all probs ktorang akan discuss sesame. our personal prob too. ape2 event kalo bley dilarang membawa awek or boyfren. rasenye time tu sume dah ade bf & gf except Prasath, zamri & Nantha kot. yang paling tak bleh blah if ade event something mesti kitorang akan same2 carik time yang bf or gf kitorang tak free. bukan sebab senang nak men kayu tiga or else tapi paham2 jela if ade bf or gf sure kene layan and give attention kat dorangkan. tak dapat nak gelak lebey2 and yang pasti tak dapat nak bergambar sesuka ati. sume kene behave. time tu barula gelak kene cover, cakap pun xleh men lepas, 18sx not allowed at all.haha. ahh.. rindu gile time dulu.



kisah aku & incik amad ni pun leh terjadi sebab among us memang suke kenenkan aku ngan incik amad. aku ngan die pun layannn je. just slalu cakap kat dorang jangan cakap 40 kali, kang termakbul plak. huhu. actually takde ape2 perasaan pun. all of them memang tau aku memang tak mo budak sekelas and lelaki yang lebey rendah dari aku. ahaks. but sume tu ibarat makan gule2 orang lain punye (apenye peribahasa tah nih). last2 dapat gak pe yang aku tak nak tukan. well, nak wat macam mane. itukan dinamakan jodoh. tambahan pulak banyak spekulasi yang timbul. dari bende yang memang tak ada tapi minta diada-adakan. so lagila mendoakan kami. ameennn..


saat2 penuh kontroversi

at first agak susah untuk aku sesuaikan diri. yea ar.. before ni kawan je. xade langsung melibatkan hati & perasaan. then nak tukar plak jadi kekasih ati. Alhamdulillah.. sumenye dapat dihandle dengan penuh cargas. sebab before this pun dah tau kisah masing2. hehe. so just proceed hinggalah ke tahap sekarang ni. rase jap je dah setaun. dalam setaun 3 ari aku akan menjadi tunang kepada incik amad. hik3.

pape pun incik amad is a nice guy. sangat penyabar. penyabar yang sampai sy sendiri hampir ilang sabar. tapi nak wat camne. kene gak sabar. haha. 1st time jumpe family terus dapat approval. tak penah abah sebaik tu. tapi he was the only guy yang aku bawak balik jumpe parents pun. yang lelain just habis setakat gate umah je. not allowed masuk pun. haha. serious nih. betul. aku tak pernah bitau pun parents aku if aku ade bf. but dorang pun bukannye tak pandaikan. sure dapat agaknye yang anak die ni tak baik mane pun. haha. janji study aku berjalan lancar.

hmm. so itulah die kesah aku dan dia. antara percaya & tidak. among MATEREALIFE pun tak tau sangat kisah ni. tau2 dah menjadi je. aku pun tak tau nak cite kat korang ikut mane. hehe. to incik amad.. happy anniversary & luv u. hehe. dalam nih just a simple words je ar. malu ar nak cakap lebey2kan. kang geli plak orang nak bace =P. happy birthday to me too!



+elyina+

Wednesday, March 04, 2009

kecik@muda@bongsu

kecik @ muda @ bongsu? hmm. inilah yang aku alami skarang ni. para jemputan yakni sedare mare dan juge jiran tetangga yang rumah takde pun tangga tergezut bile parents menginvite untuk same2 menyaksikan majlis pertunangan ni dengan mata kepala dorang sendiri. like what aku dah dapat jangkakan, ayat yang telah keluar dari mulut dorang telah berbunyik cam nih;

"yang mane satu nak tunang ni, yan ke adik(my bro)?"
"bukan elyina (bukan panggilan sebenar) kecik lagi ke?"
"laa.. dah nak tunang dah. apsal awal sangat?"
"bukan elyina (bukan name sebenar lagi) baru abes skolah ke?"

begitulah reaksi para jemputan saye. sedey ade, bangge pun ade gak. haha. sedey sebab sume rase cam saye belum layak untuk melangkah ke alam yang lagi mencabar itu but bangga sebab dalam mind sume orang saye still lagi di zaman persekolahan and remaja. hakhakhak. same cam 1st time bitau decision nak engage last 3 month. adekah sumenye sebab nama panggilan aku juge??

itulah die cabaran anak bongsu. umur & kedudukan dalam family bukan menjadi ukuran tapi jodoh adalah penentu segalanya. insyaallah..

+elyina+

Monday, March 02, 2009

kesempurnaan

Belajar Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna Dengan Cara Yang Sempurna

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itulah kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.

Malah ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu petikan dari filem yang mungkin sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil"

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Malah sangat mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap kembali padamu.

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

menginai

pergi ke Plaza City One dengan tujuan nak mencari tudung. Susahnye nak carik yang agak puas ati + sudah dijait tepi pun xde. haha. tudung bawal kosong yang sudah dijait tepi banyak ade jual kat plaza tu tapi untuk kaler yang nak tu plak takde. tensen tul. beli sehelai tudung bawal gred 1 dengan RM5. murah bukan?? if kat klantan maybe ade lagi termurah kot. don't care. just nak selai tudung pi sampai klantanla plak. huhu.

menjalankan kaki lagi mencari inai or also known as henna. tube version. bukan yang balut dalam kertas then for lukis-lukis tu. ni agak khas for kuku. hehe. so balik telah mentry membubuh inai di ibu jari kaki. cepat gile kering. about half an hour. hasilnye sgtla merah amat. ibu saya cakap kaki saya dah jadi macam kaki k*****. mak ai.. teruknye comment. atas nasehat ibu & abah depa tak bagi pakai mase that day sebab nampak macam tula. huhu. rugi rm10 aku tau. xpe. akan diusahakan inai mekah pula kemudian nanti.



p/s: inai mekah dah sangat lame sampai takleh nak merah dah. huhu. takleh pakai mase tunang nanti =(

+elyina+

 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino