Thursday, January 28, 2010

T-shirt



Balik2 office, incik amad akan cek post box. So setiap kali balik, aku akan buat tak tau je kat post box since semua surat2 aku akan dialamatkan kat address die. If ade surat untuk aku, die akan bagilah nanti. Tapi arini we all same2 stop untuk tengok. Tengok2 ade parcel Pos Ekspres. Terkejut gak sebab atas name aku. heh.

Rupe2nye Tshirt yang aku order from Qis dah sampai. Hampir aku lupe dah yang aku pernah order aritu. Incik Amad plak yang excited nak bukak so terpaksalah bukak kat tangga tu jugak. Kat tangga gak die sarung t-shirt tu. haha. tak sabar2. Alhamdulillah size L muat2 ngan die but lagi better kalo besar sket tapi takpe still bleh pakai. Bleh jadi sumber inspirasi untuk die kuruskan badan :p. For me, S, sangat ok. Besar sket je. Exactly macam jadual ukuran yang diberi oleh Qis before ni. Siap ade thank u tag lagi tu. hehe.



Bile ek nak pakai same2 t-shirt ni? hurm.. maybe for pre-wed ok kotkan..anyway, thanks Qis!

* hanya sempat amik pic bride t-shirt je. yang groom nye dah dibawa lari :p

Wednesday, January 27, 2010

Lari lagi~


Semalam, kami lari dari ofis lagi. hihi. Memule, g Jalan TAR tengok2 kedai bunga pahar untuk belah incik amad. dah jumpe then request colour yang incik amad nak. akak kedai tu cakap nanti die buat and then die mms. ok. setel 1 perkara.

Then masuk Alinas. Baju kat depan sangat cantek but pilihan kain die tak menepati citarasa. Bukan nak beli pun sebab kain semua dah ade just nak tengok2 je. Tapi cara SA cakap macam Alinas sangat granddd.. sorry. itu hanya pendapat aku. Bile tengok pakej pelamin die, sedeynye. hanya pelamin yang kerawang je ade. pelamin box tu tak sampai lagi kat Alinas. High Back chair kene tambah 3k sebab blum ade lagi orang buat. heh. Siannye.

Then ke satu butik di Ampang. Sayangnye butik berkunci. Dorang dah kuar jumpe client. Ok salah sendiri sebab tak buat appointment awal2. huhu.



Then incik amad nak jumpe 1 photographer untuk belah die. Tak confirm pun. Just baru nak survey2. Bile tanye sape, die kate adelah. Rahsia. ok fine. tak nak tanye dah. Die kate kat Ukay Perdana. So we all pun mendakila Ukay Perdana tu. Jumpe sorang mamat kat 1 kedai makan belakang kedai kek lapis Deeja Moss. Dalam hati, alahai mamat ni. Betul ke photographer ni?? Cam tak bersemangat je. huhu. Borak2 jap die suh naik opis die kat atas kedai kek tu. Bile dah masuk kete, incik amad tanye. Kenal tak sape tu? dah pastinye el pun tak bersemangat nak tau and sure malas nak susah payah nak pikir. bile lame el diam die ckp.. "itulah udey. Udey Ismail".. ternganga mulut jap. hahaha. rupe2nye photographer antara paling otai kat Malaysia ni yang duk depan aku tadi. hak3. Dari tak semangat trus aku yang banyak tanye. hihihi. Tapi serious. album die sangat cantek. Now buat aku berbelah bahagi nak hire die untuk umah aku or umah incik amad. bleh x? jeles tau kalo untuk umah incik amad. hihihi.. tapi bajet yang dihujung tanduk ni kene gak pikir 10 kali. haih.. kedai mane leh printkan duit? kikiki~

Jakarta

sorry agak lame menyepi. baru 2, 3 hari pulang dari Jakarta untuk membeli barang2 yang perlu untuk majlis nanti. Tinggal di Hotel N1 IDR265k per nite. 10 minutes jalan kaki ke Tanah Abang. Ke sana 4 hari 3 malam with FMIL, my bridesmaid & Incik Amad. Rase betul2 tak cukup. Bershopping secara marathon amatlah penat. berkejar berlari nak setelkan satu2 hal. Ini semua gara2 tak percaya kepada diri sendiri untuk membuat proof reading secara email. Tapi hasilnya sangatlah memuaskan hati dan sanubari. exchange currency rate dapat IDR 1juta = RM363. ok. jom kite story dari mule.

*Doorgift
Untuk VIP and friends dah siap ditempah kat Kikie Bridal Mangga Dua. Thanks to Fiza, WLT, Diah for all your infos. Dengan semua info tu dah tak perlu nak rambang mata and survey ke kedai2 lain lagi. Sampai2 ke Jakarta terus ke Mangga Dua and jumpa Kikie. Berjaya disiapkan dalam masa 3 hari saja. Tapi atas sebab tak mahu excess luggage, semua di pos melalui kapal. and jangan tanya costing untuk pos tu cemane sebab aku main bayar je. huhu. doorgift untuk kawan2 tu aku design ala2 gothic sket. gile x? haha. if mak sendiri tengok sure rejectnye. hihi. Untuk kengkawan, sila datang jumpe pengantin time pengantin tengah make up2 untuk dapatkan special doorgift itu ok. hehe. VIP plak untuk rombongan sebelah lelaki. akan diletakkan siap2 atas meja makan. untuk VVIP (meja makan beradap) my bro sponsor. So tak yah ambik tau :-).



*Invitation Card
Tempah kat sane juga. From Andi. Jumpe just di lobby hotel. Bagi die all the details. Terangkan mane yang patut sebab kadang2 bahasa dorang ni berlainan sket. Around 6 p.m bagi the details, dalam kul10 mlm die datang lagi suruh cek lagi all the spelling. And still ade salah lagi, i request him to come again about 10 a.m esoknya untuk cek lagi. kire lastla tu. Then baru die proceed printing. Untuk card aku, aku pilih design yang ade je tapi colour tukar. sebab aku malas nak suruh die buat yang pelik2 and takut lagi pelik plak jadinye. Yelah, sebab aku nak die siapkan dalam masa 3 hari je. Tapi bagi yang ade banyak mase, silalah bawak design sendiri memandangkan designnye sangat limited. Kad tu berharga IDR8000 for 600pcs. hard cover. Mane nak dapat harga macam tu kat sini untuk quantity macam tukan. if bukan hard cover xyah susah2 buat kat sane. and dapat free 200pcs jemputan for akad nikah. request 100pcs je tapi die nak bagi 200. ambik jelah.

Andi ni aku suke sebab die Islam and very hardworking. Time datang antar kad tu memang muke tak tidola. bawak wife and anak die. Tah kenapa rase sangat syahdu plak tetibe time tu. hik3.. pic takde. nanti sape2 yang nak kad, bleh tinggalkan email k and also sape2 yang nak tempah kat andi pun bleh mintak no tepon.

*Lace & textile
Memula plan nak beli kat Mayestik tapi Andi cakap Mayestik pun ambik dari Tanah Abang. So untuk menyenangkan lagi, beli jela kat Tanah Abang sebab Mayestik agak jauh dari hotel. In Tanah Abang kat basement tu memang penuh kain ela. memule tu jalan je dulu tapi sampai kat satu kedai trus tertarik tengok ade 1 lace ni. tak sempat dahla nak survey. trus berumahtangga kat kedai tu. I bought 2 m lace + 4m shantung for IDR 1 juta. beaded lace. and dah survey kat Jackel 1k++. tapi maybe different quality kot. dunno. bridesmaid pun setel. for bridemaid dapat IDR120k. 2m lace + 4m lining. and sangat suke the colour. untuk incik amad pn shantung IDR 20k per meter rasenye. tak ingat sangat.


Mencarik chiffon untuk akad nikah tapi tak berapa suke chiffon dorang. Sebab carik chiffon ala2 tisu tapi tak de. so decide nak beli kat KL je. Yang lelain beli cotton untuk pakai saje2 and beli kain for hari raya for both of us. hihi. tak kawen lagi dah siap baju raye :p.

Tujuan utama nak ke sana nak settle kan 3 perkara penting ni je. and semuanye success just for akad je tak jumpe. on 2nd day abes settle semua dah. on 3rd day we all ke Bandung by train. 3-4 hours. then petang balik semula ke Jakarta. Secara overall, lagi banyak yang boleh kite save if kite beli barang2 from sane nak bandingkan di Malaysia. Macam textile if u nak buat/tempah baju sendiri, sangat berbaloi beli sane. Hardcover card jauh banyak beza than kat sini. Doorgift pun macam tu gak. tapi ramai orang cakap bile calculate dengan hotel, transportation semua same je. but to me still xsame. flight tix we all dapat RM65 per person pergi balik including tax. Hotel baru RM90++ per nite. transportation disuggestkan just naik taxi Blue Bird daripada ambil supir for the whole day. sebab kite akan abeskan mase kat satu tempat tu dalam 5-6 hours. and paling penting sambil2 tu dapat melancong and jalan2. hehe.

and sempat capai 2 wedding magazines. agak mahal berbanding sini. tapi all the infos agak lagi advance. so next month sape2 nak g ke sana nak kirim belikan mag bleh?hihihi...

Wednesday, January 13, 2010

lari time office hour :-p

Semalam during office hour, after dapat tau our weekly meeting postpone ke tah bile2, we all trus kuar ke KL. sempat singgah kat Serdang jumpe Lyn and pegi kilang Beryl's kununnye nak survey ape2 yang bleh dibuat doorgift secara borong. Then terus jumpe uncle incik amad nak setelkan hal camera. tapi tetibe die ajak lunch sekali plak. agak melambatkan progress untuk bersiar2 gak ar.huhu.

after lunch, singgah kat Ampang Park. before this my mum dah g survey kat kedai tu untuk tempah baju for akad nikah. then untuk puaskan hati, nak g tengok sendiri plak kali ni. kedai tu kedai india/punjabi kat level 1. he claimed all the designer antar tempah baju kat die tapi dah 2 kali pegi kedai tu die asik sebut 2 designer tu je :p. for akad nikah dress, die charge up to 1k untuk kurung moden/jubah moden. chiffon and full of beads. memang sangat cantik. kain semua die sediakan. just pilih colour and ukur badan je. senangkan? tapi bile tanya pasal lace, die cam cite keburukan lace je. especially kalau kite nak beli sendiri lace. if die sediakan lace + upah jahit, die charge up to 3k. same gak just pilih colour and ukur badan. all the bajus die habaq die antar balik India untuk jahit. leh caye ke? hurm. fyi, chiffon sangat2 murah kat India. tu sebab kedai die semua baju yang display adalah chiffon. sebab before this pernah kirim kat one of my friends belikan chiffon beaded kat sana 6m tak sampai RM100 pn. itu pendapat aku sendirila. serkap jarang..hihihi..

then menuju ke Bak Tailor kat Jalan TAR. bincang2 design untuk incik amad. sebab nak tau bape meter yang die perlukan and harga sekali. upahnye sangatlah murah. my family selalu tempah baju melayu untuk raya kat sini. dari 10 taun dulu pn kedai ni dah wujud dah. design yang we all nak tu ikut harga tempah baju melayu. RM120. wah..senangkan nak carik tailor untuk lelaki. hurm.. so setel untuk incik amad. hanya tinggal nak beli kain je. 1 month before baru antar untuk mengelakkan perbezaan saiz banyak sangat nanti.

lepas Jalan TAR, pegi ke Jalan Pudu plak. survey2 kad kahwin. baru ku tau sini rupe2nye tempat printing semua agen2 kad kahwin kat KL ni. Medan Mara sume antar kat sini. environment die adelah shoplot tapi di operate macam kilang. penuh mesin2. so disuggestkan terus ke sini untuk tempah kad. segala macam design ade. sekejap je kat sini sebab nak mengejar Zuhur yang dah hampir2 sampai ke penghujung.

gerak pula ke arah Cheras, Tasik Permaisuri. tujuan nak jumpe seorang tailor yang di rekomenkan oleh salah sorang SA kat Jakel. die jahit kat rumah je. bile dah bincang2 design baju yang diingini, ade skali sekala die agak blur and melopongkan mulutnye. dari pendapat aku die macam tak penah buat untuk baju kain meleret2 semua tu. material pun die tak tau material ape yang sesuai. tapi aku layan jela. just nak tau harga. incik amad siap tertido tunggu aku discuss. kikiki. so far harga die okla tapi rase2nye same je if tempah kat dzul de classique (tau rate bile bace blog B2B lain). lagipun agak kurang meyakinkan je. tapi yang besnye incik amad bleh cakap "el betul ke nak antar kat akak tu?"..hik3..rasenye die tido je tadi tapi bleh plak die tanye macam tu. terus semakin menurun keyakinan kat akak tu. heh.

so now ni aku masih terkapai2 tak tau nak antar tempah kat mane. biaselah. carik yang sedap, boleh buat design yang kite nak and yang penting within my budet. lagi murah lagi baguskan. tapi itulah yang buat aku buntu now ni. huhu. ohh..tolongla panjangkan lagi mase.. dari pukul 10 pagi til 6 ptg.. berjaya setelkan ape yan dirangcang. hehe.

*owh sorry. sejak kebelakangan ni entry2 takde disertakan pic. malas menguasai diri. huhu..

Monday, January 11, 2010

Zura Akademik


Selesai sudah Kursus Perkahwinan selama 2 hari. Sangat best. walaupun aku hampir2 menghasut incik amad untuk membatalkan tempahan and pergi lain kali. sebab ari Jumaat aritu tetibe rasa malas gile tahap gaban sebab hanya minggu ni je yang free. so minggu ni jugakla time nak berehat and setelkan mane2 yang blum setel lagi. lagipun dah lame sangat tak join sesi2 ceramah macam kursus ni.liat gile. tapi nasib baik iman incik amad kuat. akhirnya pergi jua..hehe..

ok. 1st day, sepatutnya kami diminta datang pukul10 pagi untuk isi borang, etc. disebabkan abg dulu kursus kat situ gak so die bitau datang je pukul12.30-1ptg. tak yah awal2. buang mase je nanti. huh.. memang betul pun. we all sampai 12.30 tghari. ramai yang tengah isi borang and takde sape pun marah we all datang lambat :-p. maknenye tak datang kul 10 pun takpe. lepas isi borang semua, turun minum kat kedai mamak bawah tu. sebab kurus start kul2.30 ptg. beli gula2 siap untuk bekalan menahan ngantuk. 2nd day, start pukul 8 pagi tapi we all 7.45 baru bangun. gagaga. nasib baik ibu kejutkan. mengelupur bawak kete.

untuk kursus minggu tu memang full. takde tempat kosong langsung. yang tak besnye susunan kerusi peserta sangat dekat dengan orang sebelah. tak bebas nak bergerak sangat. huhu. and dari segi air-cond, surau, makan, minum semua perfect.

dari segi ilmu yang disampaikan memang tak ternilai dengan RM80 yang kite bayar. sangat padat and full dengan info. rasenye tempat kursus lain xde yang same macam ni. ustaz die semua yang hebat2. contohnye mufti Labuan, imam masjid negara, penolong mufti and ustazah tu pun ketua kadi wilayah persekutuan. mereka sangat hebat dan kelakar. walaupun contohnye sangat lucah kadang2 tapi maksud yang tersirat tu sangat penting sebenarnye. bukan just buat lawak kosong je. gelak tu memangla gelak tapi sambil tu kene ingat setiap pesanan mereka.

tapi malangnye kursus kali ni dicemari dengan budak2 mude yang macam takde mase depan. tak surela dorang tu betul nak kawen or not. sebab ade antara dorang yang g kursus tu sebab geng dorang nak pegi and ade tu sebab awek ajak. maksudnye bukan beberapa bulan lagi nak kawenla. so dorang ni tak focus dengan ape yang ustaz tu ajar. kalau lambat seminit untuk time rehat dah terjerit2, menyampuk and gelak kuat2. sampai hal agama pn tak sedar dorang gelak. sangat menjelekkan and mengganggu konsentrasi orang lain. especially penerangan mengenai borang2 yang kene setelkan tu. huh. tensen gile. malangnye perempuan yang nak kawen ngan dorang tu.

pasal borang2 and semua dokumen yang perlu disetelkan plak, tempat kursus ni sediakan borang yang real untuk kite berlatih isi borang. contoh borang nikah, contoh borang HIV etc.. sampai contoh borang pendaftaran anak yang bakal kite lahirkan pun die bagi and ajar macam mane nak daftarkan name anak tu. sangat detail. rasenye 4 jam (sesi asing2) hanya terangkan pasal tu je. tak taula kalo pusat kursus yang lain macam mane. siap demo telefon imam jurunikah kat Pasir Mas betul2. hihi.

pusat kursus lain ade ambil gambar beramai2 tak macam kat bawah ni? kitorang ade dengan reason kalo sijil hilang ade buktila yang kite memang pernah attend kursus ni. tapi bukannye freela. semua kene beli. ade juge buku2 yang dijual oleh ustaz2 and ustazah tu. maka we all pun boronglah semuanya. buku agama sampai bile2 pun kite memang perlukan kan. so tak rugi belanja sket untuk beli buku2 agama. kalau time lain memang susah nak beli. (arini dah start bace dah. tak taula kalau hangat2 tahi ayam plak. hik3).


dengan mufti Labuan, Sabah.
(saya tengah2 pakai baju kurung merah.sedar diri paling tinggi, carik tempat tengah2.hihi)

jadi, secara overall memang bagusla pusat kursus ni. ramai gile artis2 yang pernah kursus kat sini. sape2 yang still belum kursus lagi, silalah mendaftar kat sini. highly recommended! so setel 1 hal dah. after this boleh gerak untuk setelkan dokumen2 yang lain plak. yey..

*owh..sejak berkursus, cinta semakin berputik. kikiki~

Friday, January 08, 2010

Kursus Kawen

esok nak g kursus kawen.
kat Zura Academy, Bangsar..
jom g reramai..
sape2 yang kebetulan pegi, tegur2 la ye..
leh ilangkan kebuhsanan 2 ari nanti :-)

Thursday, January 07, 2010

tulun saya

erm..ade sape2 tau contact number Ayang Kamell?
Since semalam try call die tapi tak dapat.
and ade sape2 tau make up rate die how much?
for akad nikah and malam berinai..
dah email lame dah tapi still tak reply..
nak buat cemane lagi ek??
hurm..

Wednesday, January 06, 2010

survey2 lagi..

update untuk weekend lepas, 1 family pergi ke butik Zaifie Zainal. 1 family ok.. abah, ibu and kak siti. not so called butikla. actually tu rumah Zaifie and ade 1 bilik kat bawah di jadikan studio. 2 in 1. masuk2 je dah ade kerusi mawi tu. fuhh..terpesona melihat.

then, bincang2. lukis2 pelamin yang diidam-idamkan tu. nasib baik ade kak siti. ade jugak idea. sebab aku ni takla reti sangat nak mendesign2. kalau boleh semua nak orang buatkan. yang penting cantek. hehe. so lepas tambah sane, tambah sini.. kak Zai pun quotekn. seperti yang telah di expectkan rate Zaifie Zainalkan untuk fresh flowers. tapi macam ZZ kite dah sure akan jadi superb cantek macam yang kite request than bridal boutique yang lain. quotation still within budget tapi kalau boleh nak cari yang kurang lagi. yelah. bleh guna untuk bende2 lain plakkan. lagipun untuk pelamin je tu. tak termasuk baju n bla..bla..

then terus g SACC Mall Shah Alam. just nak jenjalan tengok butik2 kat sane plak. then masuk ke Butik Citra. Memule tu segan gile nak masuk. sebab aku ni kalau butik2 ni memang tak termasuknye kalo sorang2. yelah. rase macam tak mampu je. hik3. kebetulan dalam butik tu ade baju customer yang baru siap. perghh..memang cantek gile. ade sulam bunge kecik2 macam bunga ros tu. siap veil. terpakai kat patung. elegant sungguh. time tu designer die, Salleg Busra yang terangkan pasal baju tu (boleh tak we all tak kenal sape yang tengah cakap ngan kitorang tu?haha. bile die bagi kad tu baru tau name die. tu pun balik google2 baru tau die one of designer yang bleh tahan famous gak.kikiki~). cost baju tu 12k! tak termasuk kain. pheww..lap peluh jap. untuk Butik Citra, minimum cost untuk baju nikah is RM2k and baju bersanding is RM5k. sesape yang rase interested and ade bajet, u're highly recommended untuk tempah kat sini. memang cantek sulaman n beaded die.

this week nak pegi kursus kawen plak. nanti kite story about it later k..chow..

Friday, January 01, 2010

kusut!!

Permulaan 2010 yang tak best!!

saye kecik ati..

saye tersangat, sangat rasa kecik ati..

adekah kene hadap bende macam ni lagi selepas ni sampai bile2??

makan hati berulam jantung..

ya allah, betul ke keputusan yang aku dah buat selama ni?

isk..

isk.. isk..

misi bertandang..failed!!

Kelmarin, kebetulan aku dan incik amad berada di Temerloh. Dan kesempatan itu kami gunakan untuk melawat ke butik pengantin yang ade disekitar bandar tulah. incik amad, kak ee and me lepas bersantap kat Happy Fried Chicken (1st time makan sini nih..) mulekanla misi gerak gempur kedai2 yang ada. dengan keadaan aku yang dalam pening2 lalat tak sehat masukla 3,4 kedai.

rase2nya kedai yang pertama tu je yang menepati citarasa kami berbanding yang lain. lagi tiga kedai aku hanya diam and dengar je incik amad bertanya kat SA tu. bukan sebab tak larat sangat sampai tak larat nak bukak mulut tapi sebab bile masuk je kedai dah ternampak pelamin2 dorang yang dorang displaykan. serious. aku tak suke pelamin jenis kerawang-khemah-besi yang dorang ade. pegi 4 kedai, 4-4 kedai display yang sama. dari segi harga memang jauh lagi murahla dari KL. tapi bile ati tak berkenan, sanggup carik yang mahal.

last2 balik umah jela. maybe akan ke Mentakab plak untuk menyambung misi seterusnya nanti. if sape2 tau ade butik yang best kat area sane, plis, plis bagitau k..
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino