Wednesday, March 30, 2011

8m

Sudah memasuki alam 32weeks. Pejam celik, pejam celik, lagi 6-8 weeks lagi nak kebaboom. Cepat betul masa berlalu. Terlampau enjoy membawa perut sampai tak rase langsung bebanan. Disebabkan terlampau enjoy tula tetibe gelabah barang2 banyak lagi tak setel. Incik Amat dah banyak kali ingatkan dah boleh standby beg hospital dalam kete. Tapi barang2nye ngak ada. Mau kosong beg tu kalo suh standby gak. haha. Incik Amat cakap, ibunye sibuk nak enjoy, sibuk nak berjalan je. Macam mane nak setel semua hal. Danggg!! Tersengih2 jela kene sindirkan. 

This week barulah bercadang nak abeskan shopping kalau sempat. Set bersalin tu rase nak beli online je sebab nampak lagi murah. Bile sebut nak berjalan, nak bershopping memang larat. Kaki pun belum kembang2. Xde sakit2 pinggang lagi. Itu yang membuat kurang kesedaran diri. hik3. 

Orang cakap, orang mengandung akan rasa panas badan. Hurm, kadang2 tu adelah. Tapi biasenye kalo rase panas, and incik amat pun mengeluh panas, maknenye masih normal macam orang bukan pregnantla kan. Tapi once dah berpeluh, perghhh... memang berlengas. 

Kat opis memang kalau boleh xnak pikir pasal keje. Malas betul nak buat walaupun kadang2 je ade keje. Nak makan kat opis memang taklah. Tak selera. Harus kene keluar carik kedai untuk lunch. Tapi tu pun xkeluar sebab time lunch jarang rase lapar. Jadi, waktu petanglah baru pulun makan. Lunch + Dinner. Lepas tu barulah jalan macam mak penguin. Perut ketat..haha.

Setiap hari, suke duduk then leka perhatikan gempa bumi kecil kat perut. Berombak2, senget2 perut. Sempat capture video. And bile nak tido, Incik Amat bacekan ayat kursi sambil pegang perut, asik kene flying kick jela dengan si anak. Bile dah kul12 lebih tak stop lagi die guling2, kenela pujuk suh tido. Lame2 die diam sendiri. Maka, lenalah tido sampai ke pagi. Ahhh.. lagi 6-8w..aku akan rindu detik2 ini..sob..sob..

Monday, March 28, 2011

Pureen dah sampai

Wahhhh..
Cepat betul sampai
Baru je last week request
Request macam mane rose ajar (sorry xdapat nk link pakai hp)
Tapi hanya dapat 3 keping pampers
Yang lainnye hanya brocure
Tak kesahlakan hik3

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 25, 2011

Check up 7



Cepat masa berlalu, dah check up ke 7 dah. Appointment kali ni kul8.45am tapi kene datang kul8 untuk MGTT or dengan kata lain minum air gula! Malam sebelum, kul10 dah start puasa dah. Ade gak curik2 minum air sekali dua. Selagi lom lelap mate, selagi tu ade rase dahaga. Kul7.50am dah terpacak depan HPJ. Nasib baik senang dapat parking. Kerana 1st time buat check up waktu pagi, baru tau pagi2 ade bacaan doa and pagi2 SANGAT ramai orang. 

Dah daftar, timbang berat, check pressure semua, g bilik prosedur A untuk ambik darah. Yang kat depan cakap 8.05am. Bile sampai kat bilik prosedur A, baru bukak bilik and baru nak setup barang2. huhu. Kul8.15am ambik darah. Nurse bagi 'sekampit' gula. Tergamam kejap. Ingatkan dorang akan bagi dalam bentuk solution tapi rupenye kene bancuh sendiri kat cafe. Macam tu ke kamu2 semua buat MGTT? Memule gerun gak tengok sekampit gula tu tapi bile baca label, FLAVOUR: LEMON. ahh bisa diaturrr...hihi..


Pegi ke cafe, bancuh dengan air suam, minumlah dengan semangatnye. Bleh tahan sedap. Takdela rase mual2, loya2 macam komen certain orang. huhu. Dah minum, xleh makan, xleh minum selama 2 jam. Dukla melangut tengok Incik Amat sedap punye breakfast. Walaupun memule die tak nak makan sebab kesian kat aku kang terliur tapi aku balik yang kesian kat die sebab kene berlapar plak. 

Dalam 9.40am, jumpe dr hamidah. Dr Hamidah ceria macam biasa. Cun macam biasa. Buat rutin biasa. Scan baby lagi. Baby dah 1.8kg. Kedudukan bagus. Always ke bawah. Uri pun dah maintain ke atas. Air ketuban cukup, tak kurang, tak lebih. Nak buat 4D lagi tapi anakku ni memang pemalu betul takmo pandang tepi. Dok bizi terkumat kamit mulut minum/makan. hihi.

Tunggu lagi setengah jam untuk ambik darah lagi. And kene cucuk untuk ATT juga. hoho. 3 kali hari ni badan kene tembus ngan jarum. Keputusan MGTT aku tak tunggu pun. Terus balik. Tunggu dorang call or next check up baru review. Dah kul11 dah time tu. Kalo dorang tak call tu anggap tak ade apelah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

# Rase terkejut and super annoying bile ade lelaki yang cakap perut aku besar and kebesaran perut itu die nak bandingkan dengan perut wife die yang baru je 4bulan. erkkk.. I tot perempuan je suke banding2kan perut orang pregnant sape lagi besar or kecik. Rupenye lelaki spesies tu pun wujud. Terima kasih kerana selalu memerhatikan perut aku. 

Incik Amat cakap : "die dah biasa tengok yang kecik kot".. err macam ade double meaning plak..hik3.

#Yang perempuan2 asik tekejut kekecikkan perut ku yang tak setanding dengan usia kandungan.

# Disebabkan baju semua muat lagi sampai tak sedar tak de beli selai pun maternity dress/blouse lagi.  



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 16, 2011

3D/4D


Sabtu, gigihlah kami suami isteri bangun awal mengalahkan nak pi keje. Nasib baiklah suatu yang ditunggu2. G mane? G mane lagi kalau tak g scan 3D/4D kat Vision College. tempat selalu bloggers pegi scan gak ni. hehe..


Hampir sebulan gakla dah buat appointment. Tapi aritu wat appointment kul10.45. Tup tup sehari sebelum dorang call tukar kul8.30pg. sabor jela. sudahnye 8.28 dah terpacak depan tu tunggu dorang buka pintu. kenela punctual sbb kalo kite lambat, nanti abes semua orang kene anjak time.


sampai2 kene isi form. xsempat duduk pun trus kene masuk bilik scan. alhamdulillah dapat perempuan melayu yang scankan.beliau merupakan tutor kat situ. penerangan detail tapi xmesra alam sangat.


si kecik ni plak pemalu yang teramat sangat.pi tutup muke ngan tangan die. padahal dah dok pujuk dah dari malam suh jangan tutup2. penatlah perut kene goyang, jap senget sane, jap senget sini, tekan2. kejap je die alih tangan. pastu dok nguap. ishh geram. xsabar mau gomol2!

scan dalam 30-40min. pastu duk luar jap tunggu die burn cd. hanye dapat sekeping cd and dalam cd ade byk gak pic and video. bayaran rm90. 


p/s: gambar scan nanti upload lain. 

Tuesday, March 15, 2011

Ais Blended


Malam tadi, Incik Amat buatkan aku ais blended ni. 

Ingredients: susu tepung Friso Mum Gold + Serbuk koko + Ais

Memule aku suh die watkan susu letak air macam biase sebab sample ni dah dapat lama tapi tak try2. Bile jumpe orang je mesti cakap Friso Mum ni sangat sedap. Tapi aku nih kalo dah namenye susu tepung, kalau bukan dibancuh oleh orang lain, takkan minumnye. Kalau dah dibancuh, dah letak atas meja, sedap je teguk. Lagi sedap kalo glass tu letak balik atas meja then buat tak tau. hik3.

Dari ari ahad memang dah suh Incik Amat wat ais blended tapi tak buat2. So semalam aku puasa, die pun buatkanlah. Die kasi idea tambahkan susu tu sekali. Aku pun ok jela. Tapi serious memang sedap sangat. Sebab incik amat pun duk tersuap beberapa sudu ais blended tu. So bagi yang susah sangat nak minum susu, untuk permulaan lehla wat macam ni ;-)

 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino