Monday, February 28, 2011

Mari mengorder

wooot..woooottt..


Sempena meroyan sangat mengidam nak berFreestyle tu kan, ade sape2 mau join saye mengorder? hehe. Medela Freestyle akan diorder dari myfrens kat UK nun by this week. Oh ya, consnye takde warranty. Bukan takde langsung warranty. Warranty hanya disekitar daerah sane sahaja. Tidak termasuk Malaysia. Tapi dah banyak yang membeli memang tak ade ape2 problem pun. Harga RM1500. Kat sini RM2299 kan. Kalau ade sape2 mau, sile tinggalkan jejak di comment box or terus email ke lavender_angel53@yahoo.com.

Bukan itu sahaja, ade beberapa items jugak yang boleh diorder sekali such as:

 Madela Swing
RM550
Medela Mini Electric Plus
RM499

Avent Single Electric Breastpump
RM600

Avent ISIS Manual Breastpump
 RM189

Tommee Tippee Electric Steriliser
RM299
Philips Avent Newborn Starter Set
RM170

All items akan sampai early April or pertengahan April. If ade ape2 item yang u all nak beli tapi tak ade dalam list kat atas, blehla request. Kalau boleh tolong, sy tolong k..

Friday, February 25, 2011

Mengidam

Mommies!help me!
Ni kategori mengidam ke ni????

Nak beli ni ke?


or yang ni?



Incik Amat dah geleng2 kepala..hik3

Thursday, February 24, 2011

Check up 6

Baru balik dari check up.. So far semuanye ok2 sahaja. Uri pun dah berada kat kedudukan asal. Tips: Pujuk2 baby, sujud lame2 time solat, solat hajat hari2 dan baca yassin hari2. Alhamdulillah.. Ramai meracuni aku suruh berurut tapi kene yakin kat diri sendiri. Uri bukan boleh diurut2 melainkan baby breech. 

Hari ni mood Dr. Hamidah sangatlahhhhhh baekkkk. Sukenye tengok die tergelak. Banyak cakap plak tu. Melayan Incik Amat. hihi. Hari2 dok menscan perut orang, die plak yang mendapat seri.

Hari ni buat 4D and detail scan lagi. Tergelak2 die tengok baby kitorang. "mulut muncung ni ikut sape ni?".. Confirmla Incik Amat. Pastu "idung kemek?".. Dua2 tersengih je tak nak mengaku. Dua2 bajet idung masing2 mancung arkan. ahaks. Yang si kecik plak tayang muke dari tepi je. Padahal dah pujuk dah tadi. Nasib baiklah tak tutup muke trus. Sedap je die tido atas lengan. Sebiji macam ayah die tido. Cait..tak aci ar asik ikut ayah die je nih..hehe



Scan 4D ni xla secanggih kat private. Lagipun sekejap je. CD pun xde. Doc saje2 je nak buatkan. Caj pun same je. Nak lagi sharp nanti g wat kat private clinic plak. 

Oh ya, tadi pegi round2 tingkat 5 tengok keadaan bilik. Kebetulan jiran sebelah umah keje as mak guard kat HPJ and die tengah duty tadi. Level 5 ade 7 bilik untuk FPP yang 4,5 bilik lain untuk VVIP. Masuk2 macam nak check in hotel je. Memang privacy. RM300 per nite. Nurse kate husband akan diberi access card untuk keluar masuk time bukan visiting hours. Tak tau sejauh mane kebenaran die. Untuk 2,3 minggu ni memang sentiasa penuh. Bukan Level 5 je tapi semua level penuh. Jadi, sentiasalah berdoa time nak bersalin nanti ade kekosongan. 

Next check up kene MGTT aka minum air gula.. Yummy! :-(

Friday, February 18, 2011

Antenatal Class


Breastfeeding Class dah pegi. Kali ni pegi Antenatal Class. Class untuk persediaan semasa mengandung, semasa bersalin, selepas bersalin dan penjagaan anak. Certain people said tak penting pun class ni. Tak pegi kelas pun elok je bersalin, elok je jage anak lepas lahir. Terpulanglah kat individu. Bagi aku, selagi mampu, selagi ade mase, tuntutlah ilmu sebanyak2nye. Sebelum kahwin, boleh je pegi Kursus Kahwin. Ni kite nak masuk satu lagi level penting dalam hidup, kenelah banyak2 ambil tahu hal penjagaan anak. Kalau boleh nak serba perfect dari segi mental and physically. 



Okeh. Class was held at Auditorium Hospital Putrajaya. Bayaran sebanyak RM70 per couple include breakfast and lunch. From 8.30am sampai 4pm. Terhad kepada 10 couples only. Tapi yang datang 6 couples. Ade 1 couple tu dah termasuk dalam labour room pada hari yang same. huhu. Tak ade rezeki. Kebanyakan yang join dah 33weeks and above. Tapi Dr. Hamidah suruh pegi awal2 so bleh ready awal2. Fyi, Hospital Putrajaya sangat daif dengan parking lot. Kami sampai kul8.10 dah penuh parking dah. Kenela parking jauh tepi jalan nun. haih. Time daftar, kami diberi goodie bag yang berisi toiletries from J&J, pet pet, dettol, macam2 lagi.




Our 1st class belajar about antenatal check up, labour process. Untuk epidural kat HPJ, from 8am untuk 9pm, weekdays only. So sape2 yang dah set mental nak epidural tu sile berdoa jangan bersalin tengah2 malam and weekend. hehe. Then, class persediaan untuk kelahiran. Barang2 ape yang kene bawak. FYI, HPJ akan rampas pacifier, feeding bottle and formula milk if dorang terjumpa dalam beg korang. Macam kat skolah plak kene rampas2kan. hihi. Then class cara2 mandikan baby. Cara mandikan ni pun rasenye ade kesalahan kat mak2 kite dulu. Kurang hygiene gitu. Then ade breastfeeding class lagi. 


Seterusnye class dengan dietician. Cara2 pemakanan time mengandung and selepas bersalin. Untuk memperbanyakkan susu. Pastu ade penerangan mengenai TCM, Traditional Complimentary Medicine. Tempat urut mengurut selepas bersalin di HPJ. Ade berurut, bertungku, berbarut dan menaikkan peranakan. Kalau bengkak susu after bersalin, dorang leh urutkan juga and ade bagi goodie bag berisi daun mandian serum. Mandi after bersalin. Tapi disebabkan lambat lagi, lehla mandi saje2 dulu.


physio

Aktiviti paling menarik adalah aktiviti exercise. Ajar cara2 breathing time tengah2 sakit tu. Exercise untuk kuatkan lantai pelvik. Lawak ok. Ade yang kene goyang macam beyonce. Bayangkan masing2 perut boyot pastu kene goyang macam Beyonce. hik3. Tapi disebabkan physio yang dah berumur tapi sangatlah sporting and supportive, kitorang cube gak buat. 

ayuh goyang..

Cara2 duduk untuk meneran

Selimut disediakan untuk menutup ape2 yang kite tak selesa

Before bersurai, kami dibawa visit ke labour room.Kebetulan ade bilik yang kosong. Sejuk je dewan bersalin tu. Kecik je rupenye bilik bersalin. Slame ni bayangkan besar. Dah cukup 4cm baru dibolehkan masuk ke dewan bersalin. Hanya SUAMI sahaja yang dibenarkan masuk. Pak Mak, mertua duk luar je, tunggu sampai bersalin. Dorang kate camera tak dibenarkan dibawa masuk tapi nak try gak pujuk Dr Hamidah nanti. huhu.


Sedikit info, HPJ xkan mandikan baby yang baru lahir. Dorang akan lap2 je. Jangan lupe bawak baby oil untuk hilangkan lemak2 yang melekat kat baby. Dah balik ward nanti baru ibu2 akan mandikan sendiri. Untuk FPP, ward di tingkat 5. Tak sempat nak naik pi melawat. Kalau labour room penuh pun still dorang akan adekan bilik untuk kite bersalin. 

Itulah sedikit2 sebanyak info yang dapat dishare. Rase xpuas. Rase nak join kelas kat hospital lain plak. hehe.

p/s: daddy to be yang join, simpan kejap your notebook/hp bleh? time doc/nurse tengah terang2 tu bleh on phone, xsilentkan hp. Maybe terpaksa join kot..but have to respect orang lain gak..


p/s/s: ade ape2 class yang bleh dijoin lagi?

Thursday, February 17, 2011

Baju sandingku

Balik dari kelas nenen, trus ke SACC Mall sebab ade Pameran Pengantin. Apelah yang dibuatnye oleh mak pak buyong ni g pameran pengantin plak. Padahal rase malu tebal sangat time nak melangkah masuk ke dewan tu. hihi. 

Dahla tengah gemok, perut buncit, nak selit2 dalam orang ramai plak. Orang2 yang nak bagi brochure tu pun pandang atas bawah before bagi tapi disebabkan dah terpandang dulu, kenela bagi gak..hik3. Sambil jalan, terpaksa cover dengan perut dengan brochure2 tu. Barulah confident sket.

Inilah Roland Hasim

Tujuan utama nak g melawat booth Roland Hashim. Sebab before this ade orang pernah bagitau yang our wedding pic ke ape tah ade display kat booth die time pameran pengantin kat ampang point. So kali ni kami gagahkan kaki gak nak pi tengok. Rupe-rupenye our video during nikah and sanding pun die ade preview. And Roland ade inform ade fashion show kul3pm and my baju sanding naik skali. Lagila excited nak menunggu sejam lebih semata2 nak tengok baju. 

my dress hujung sekali

Kul3pm, dah standby tepi pentas. Biaselah Roland mane pernah nak punctual. So majlis start kul3.30pm. Ade 4,5 baju. Setelah sesi bebel2 Roland and MC, kuarlah baju i. Sukeee tapi sedey sebab model die xcantik (boley??). haha. Bagi aku, baju tu kene orang yang tinggi and berisi sket pakai. Takdela nampak berpin sane sini kat belakang. Rase bangga sebab baju tu aku design sendiri, penat2 berjalan sane sini mencari kain and of course segala cost dari hujung ke hujung bayar sendiri. Berbaloi2.. 


Close up sikit

Tapi still rase cantik kalo dipakai dengan tudung. *okey..mode:syok sendiri* :p. 



Actually baju ni untuk disewa. Sape2 yang berminat boleh contact Roland Hashim, 019-2863211 untuk dapatkan pakej. Baju lelaki pun bleh sewa sekali. Jangan risau, murah2 je.. 

Aritu ade yang email, nak tengok detail baju. Nila yang paling dekat i jumpa..huhu.


p/s: Sorry, pic from camera cikai je. Gambar tak berapa nak cantik.

Wednesday, February 16, 2011

Kelas Nenen


Tak taulah aku ni yang bersemangat lebih atau pun memang ini suatu kewajipan buat ibu2 yang mengandung pertama kali. Sabtu lepas, 12 Feb 2011 aku and Incik Amat join Breastfeeding Preparation Class. Adik ipar pun join sekali memandangkan kami beza sebulan je. Bile ramai2 baru bestkan. Kelas ni anjuran Sarakids kat Shah Alam. Entry Fee Rm80 per couple including breakfast. Class ni pun hari Isnin die announce, then class hari Sabtu. Tak dapat nak fikir panjang sebab seat pun limited. Terhad 10 couples je.


Kelas ni diceramahkan oleh kak Farah, owner Sarakids sendiri. Banyak sangat info2 yang kite tak terfikir. Memang bagus bagi ibu2 1st timer yang mengandung yang dah tanam niat dari awal nak exclusively breastfeed macam aku nih. Semangat bertambah berkobar2. Kebanyakannye membawa husband masing2. Tak ade alasan untuk husband2 rase malu nak join. Tapi kebanyakan husband zaman sekarang dah sporting dah nak join kelas2 macam nikan. Dah tak jadi masalah..


Kami diberi handouts and kupon Spectra 3. Tapi kupon tu hanya bleh digunakan pada hari yang same.


Then kami diberi sorang 1 baby doll untuk belajar teknik2 penyusuan. Agak kekok actually but it's fun. Time ni nak handle doll memangla senangkan. Kalau betul2 baby, harap2 senang gak..huhu..


Teringat kak Farah cakap, yang bagi susu FM, agaknye bape banyak ibu susuan baby kite tu..hihi..


Antara kata2 kak Farah:
  • Hari 1,2,3 selepas bersalin memang tak ade susu. Just ade 2,3 titik susu awal yang dipanggil kolustrum. Walaupun 1,2,3 titik, ia dah mencukupi untuk keperluan bayi. Jangan dengar cakap orang yang 'baby anda menangis sebab tak kenyang'. 
  • Jangan ade simpan sample susu FM kat rumah. If dalam keadaan terdesak, sure kite akan gunekan nanti.
  • Pekakkan telinge, cekalkan hati terhadap anasir2 yang boleh melemahkan semangat.
  • Susu yang diproduce akan sama banyak dengan umur bayi. 
  • Anak yang breastfeed walaupun kurus tapi tulang besi.

Kepada mommy to be yang berminat untuk breastfeed anak2 anda, blehla join class2 yang sebegini. Bukan kat Sarakids je ade, ade banyak lagi group2 yang adakan class macam ni. Kalau dah ade anak 2,3 pun bleh join. Bukan 1st pregnancy je. 

Harap2 niat murni aku untuk breastfeed my future baby dimakbulkan Allah SWT. Ameen..

Thursday, February 10, 2011

Tilam baby


CNY baru2 ni balik ke rumah MIL. Disamping balik untuk bercuti, balik dengan ade mission. Mission nak jahit sarung tilam dan sarung bantal baby kecik. 

Kain dah siap beli awal2. Jenis kain flannel. Bli kat Kamdar Rm5.40 semeter kalau tak silap. Jenis sejuk and murah dari kain cotton biasa. Cuma masalah kain ni susah nak dapat design yang menarik pandangan untuk orang yang cerewet macam aku ni. Jadinye, bapaknyelah yang diberi mandat untuk mempilih design kain dan colour yang sesuai. Yang penting nampak sweet and bukan bertema cartoon2.

Setelah berbelas tahun tak usik mesin jahit. Last sekali pakai time Kemahiran Hidup Form 3 buat projek PMR. Itu pun banyak antar kedai. huhu. Kali ni bertekad nak jahit sendiri walaupun pada mulenye bapaknye yang beriye2 nak jahit sendiri. Semangat betul. Jadi sebagai isteri mithali, aku hanya bagi support and tengok sejauh mane semangat die tu kan. hihi. 

.maknye.

Untuk ukuran dan acara potong-memotong kain, dijalankan oleh bapaknye. Aku just bagi pendapat and tolong tengok. Takut nak potong sebab takut tersalah. Kang tersalah mane plak nak dapat kain yang sebijik macam tu kat sane. Dah siap2 potong, sesi demo oleh MIL cara2 menggunakan mesin dan menjahit. Nasib baiklah MIL orang yang sabar melayan kerenah orang yang buta menjahit ni walaupun dah kul10mlm. Mesin automatik, susah nak control. Laju sangat. Ambik mase setengah hari untuk aku praktis nak control kaki kasi selow2 yang bleh. 

.bapaknye.

Akhirnye, sarung bantal kepala 2 helai dan sarung bantal peluk 2 helai aku berjaya jahit. Sarung tilamnye plak bapaknye dan wan nye yang setelkan. Sebab besar sangat. Susah nak control. fuhhh.. bangga tak terkata ok. Kire mak, ayah & wan ade bukti keje tangan masing2. Ingatkan time nak kawen je bleh DIY. Rupenye nak dapat baby pun bleh lagi nak DIY. hehe. Tapi kalo belek betul2 sarung tu akan nampakla senget2 sket jahitan tu. kih3. 

.tilamnye.

Tapikan, walaupun dah siapkan tilam baby ni, kalau pegi mane2 yang ade sale nanti confirm akan beli lagi tilam baby. huhu. Takleh nak kuatkan iman tengok yang cute2 ni.. Next mission, nak g bli kain lagi nak jahit 1 set sarung lagi. 


 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino