Thursday, May 27, 2010

Bedroom Deco

Untuk bedroom, aku kurang ambik tau sangat tentang ape yang nak dideco. Yang aku tau beli katil  je. nak beli yang set tapi dah sejak azali ade almari yang diattached kat dinding (xtau panggil pe almari jenis tu..huhu)  so jimat part tu. untuk kelambu kat katil, langsir tingkap and comforter set tempah kat kawan my mom yang dulu berjiran dengan kami. Before this die keje jahit-menjahit untuk Fella Design. Material beli sendiri. Tak tau beli kat mane pun..huhuhu..

.
Sile abaikan pomander ball tu. Itu adalah untuk deco lain


Katil and tilam beli kat GrandTeak yang slalu keluar advertisement dalam The Star tu. Rasenye kat situ antara poster bed yang murah sepanjang aku survey kat kedai2 perabot. kenape nak yang bertiang? sebab memang idaman aku dari dulu lagi memang mengidam nak kawen pakai katil bertiang. Jadi haruslah tabah untuk menghadapi harganya pula. Kalau dah nak tu, mahal macam mane pun gagahkan jugekan..hihihi.

2 days before akad nikah, aku baru cuti. And aku just tau bilik aku siap dikemas and siap dideco. haha. teruk x? sebabnye aku xmo berselisih pendapat dengan my mom. Kalau ikutkan aku sure tetibe ade bantal busuk kat atas katil or patung Hello Kitty sebesar alam atas katil tu..hahaha.. Jadi lebih baiklah tau landing je atas katil.. :p

Lampu di kiri kanan katil tu cilok dari my parents nye bedroom. Bukan aku tak beli. Kan a day before akad nikah tu sempat ke IKEA, tujuan utama adalah nak cari lampu tido tu. Dah beli tapi direject oleh my mom. huhu. But masih tak kesah sebab without lampu pun bleh tido gakkan *wink*.

Untuk aromatheraphy, just beli yang kat Lovely Lace. That's all. Simple gilekan? hihi. no fresh flowers sume. x sempat nak pikir pasal bunge2 ni sebab aku memang teruk dalam mendeco menggunakan bunge dan pasu. Jadi haruslah tiada dalam ingatan pun. huhu.

TIPS: Jangan hias ur bedroom/bilik pengantin too crowded sebab nanti time nak make-up or nak pakai baju tak jumpe barang2 penting yang kite nak gune :-(. All the doorgifts simpan tempat lain..

Bunga Pahar


Untuk Bunga Pahar, my mom buat sendiri untuk Malam Berinai and Bersanding mengikut theme. For each event, my mom buat below 100 pcs. Untuk perenjis and tetamu2 yang berminat dengan bunga tu.. *aku salah seorang yang tak berminat :p*.

Malam Berinai;


material: bunge plastik (source:SSF) mixed with dark brown, gold and white ribbon.

Reception;

source: kay

material: bunga gim silver mixed with white, pink, peach, orang ribbon.

Both bunga pahar dah siap contoh kat SSF and my mom just tiru and tukar colour. And the cost 50% cheaper dari harga yang SSF jual. SSF jual around RM15 above. Tak ingat dah.

Actually, rase macam membazir je bunga pahar mahal2 ni tapi disebabkan my mom nak sangat and suke sangat buat sendiri dari abang yang sulung kawen lagi so dipersilakanlah. Janji happy.. Die tak suke beli barang2 kat kedai selain SSF dengan alasan SSF lagi berkualiti. Hurm.. entahlah. Kalau tanye aku yang bute kayu ni, same je mane2. huhu.. 

TIPS: spare around 10-15pcs dalam dulang/bekas untuk diberi kepada perenjis. Elakkan dari terus cabut from pahar so that nanti takdelah bunga pahar tu tunggang terbalik lebih awal :p

Wednesday, May 26, 2010

Theme

Entry before ni, aku rase tak pernah aku cite theme ape yang aku pilihkan. Lagi 3 bulan before kawen, my mum agak memberi tekanan kepada aku suruh aku decide cepat2 theme ape yang aku nak dengan alasan die nak mule buat bunga pahar. Dalam fikiran just ade satu colour, PELANGI!.hahahah..ambikkk.. susah sangatkan nak pilih kaler, hentam jelakan. Sebab aku tak nak common colour macam pink-putih, pink-hijau, gold etc. whoever yang kenal aku, sure tau aku memang suke colourful and colour2 yang bright.



So after asik2 kene tekan je, aku dengan selamba je jawab PINK-ORANGE. terkebil sat mate my mum. Biaselah orang tua.. Dalam fikiran asik nak gold-brown-silver. huhu. After aku tunjukkan a few example, barulah die paham. Ribbon sume aku ikut sekali pegi beli so that nanti taklah tersalah beli colourkan. 
So the result is;


pic from kay

On Friday, orang canopy dah datang pasang. From petang sampaila malam. Then malam ade Majlis Tahlil. Time tu tetibe aku terasa nak hangin sebab aku nampak pink yang dorang pasang bukan seperti yang aku request. Aku cakap kat my mum suruh orang canopy bukak je balik pink tu and ganti dengan white. Terasa macam 1 bende yang tak best dah mule jadi. My mum keep on tenangkan aku. Die kate sabar dulu.. huhu.. Nasiblah emosi aku senang untuk ditenangkan 2,3 ari tu. Bile dah busy dengan hal lain, aku pun terlupe tentang scallop tu. But the next day bile aku bangun tido, turun tengok, tetibe hati berbunga riang sebab terasa macam colour tu sangat meriah. hahaha. maybe sebab bright colour kot and siang dan malam kaler tu nampak lain. hurmm.. Then, aku terus tak ingat pape dah pasal scallop tu. and maybe juge my mum dah puas berdoa biar lembutkan hati aku kot :p.

Hari-hari

Hi guys..lately memang sangat2 teramat busy..after balik from honeymoon, incik amat join paintball tournament plak. belum sempat nak ilangkan sunburn, tambah plak lagi berjemur kat sane. sudahnye masuk2 ofis, orang tegur apsal muke gelap sangat. huhu. oh ya, aku dah start keje ari isnin aritu. takde ape yang terasa beza sangat sebab kamikan 1 office. just yang agak lain, pepagi aku kene alert dengan alarm *telinge incik amat dah pasang soundproof sejak2 kawen ni :-(*, buatkan air and yang tak leh blah aku bleh jemur kain pepagi.bangun seawal 6 pagi basuh baju (switch on kan mesin basuh je :p). wahahaha!! betul punye isteri mithali!

And serious uruskan rumahtangga memang SANGAT PENAT but SANGAT ENJOY. Aku tak tau aku dapat mane tenaga untuk berkemas after balik keje, masak, lipat kain.. Time bujang dulu jangan harap ler nak buat semua tu dalam 1 hari. Maybe itu satu kurniaan dari Allah S.W.T untuk para isteri. Can't imagine if dah ade anak. And maybe another energy and kudrat Allah akan kurniakan. Insyaallah..Yang penting niat haruslah ikhlas..

Masak?For the 1st day tu memang masak. tu pun Char Kuew Teow. Masak untuk Incik Madolz dan kawan2. Gegar lutut bile kene masak sekali banyak. Takut tak sedap. Alhamdulillah walaupun takla sesedap restoran tapi bolehla dimakan walaupun pedasss. hehe. Now ni nak masak pun xlah rase beban sangat. Tak semalas dulu. hihi. Tapi kalau dah mule masak, haruslah badan naik seperti belon kene tiupkan :p. Nak masuk 3 minggu, segala baju, seluar masih boleh disarung seperti biasa. Naseb baik.. Tak taula hari2 akan datang ;-).

Itulah sedikit sebanyak perkembangan hampir 3 minggu bergelar isteri. Masih terus berusaha untuk terus update post-mortem majlis.. wish me luck!

Thursday, May 20, 2010

Pic Sekitar Majlis

Alhamdulillah.. nikah dah, bersanding dah, honeymoon pun dah selesai. Banyak sungguh hutang entry. Ade masenye berkobar2 nak tulis tapi time tulah Incik Amat ajak kuar..haha. Takpelah. Mulekan sket2 dulu.. Mane2 yang termampu. Kite layan gambar je dulu ;-)

.Akad nikah.
 
 

Berdebar dalam mase yang same kene control2 ayu. Kalau tak nanti pengapit marah. hehe



Semasa sesi interview untuk video
.
  

Dah selesai Akad Nikah, berposing2 sini sana sket, continue dengan Malam Berinai Besar. Ade mercun semua tapi tak dapat nak tengok pun sebab aku just tunggu kat pelamin. Tapi time malam berinai merupakan event yang paling aku tak ske dari hujung rambung hingga hujung kaki. y? will story later k..

 

Keesokkannye, majlis dimulekan dengan alunan suara dari kumpulan marhaban. Sedap, ringkas dan cepat. hehe. Tamatnye persembahan mereka menandakan bermulanye majlis. Memang tepat kul12 dorang habes. Aku just dengar dari atas sebab time tu masih lagi bersiap2-makeup.


Here we go..Mase yang ditunggu2. Berarak dengan rombongan lelaki. hehe


 Time bersanding


Mau makan! fuhh.. tak puas gile tak dapat makan abes..huhu


Yang ni Majlis Bertandang di Temerloh, Pahang  Gambar2 yang lain masih dalam genggaman rakan2. Kat sini takde pelamin sume2. Majlis yang ringkas. Around 3 dah abes. Sangat sekejap tapi tak rase sekejap maybe sebab terlalu panas...


Last but not least..our honeymoon! weeeee!


Here, sket je pic yang dapat diupload. will story more detail in the next entry k.. tungguuu.. ;-) 


Tuesday, May 11, 2010

Alhamdulillah...


Alhamdulillah..Selesai semuanya dah.. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang..
Walaupun ade cacat cela tapi rasenye hanyelah cacat yang minor je. Cacat yang boleh tutup sebelah mate or diignore teros...heh..
Thanks to my bridesmaid yang sangat2 banyak membantu aku untuk menjayakan majlis. Terasa betul2 dilayan seperti Raja Sehari. I just name it, sure dapat beberapa minit after tu. huhu.
This Saturday Majlis Bertandang pula..Dijemput mane2 yang berada sekitar Temerloh, dijemput hadir k..
Segala review untuk majlis aku akan aku buat after pulang dari Honeymoon..Bile aku dah duk relax kat opis nanti :p.

I'm very happy with my new life, my new status.. Alhamdulillah..Doakan kami bahagia hingga ke hujung nyawa..ameeennn..

p/s: ade sedikit review dari Kay.. untuk lebih lanjut, tunggguuuu...

Sunday, May 09, 2010

Wedding Details

Okeh. Dah upload details pasal wedding sy. Bagi yang tak sempat dapat kad, bleh refer kat sini ye.

Bride

Bride's Map


Groom


Groom's Map



Monday, May 03, 2010

Weekend..

Hari sabtu, after pegi majlis kahwin officemate, trus ke Jalan TAR. untuk pick up baju sanding Incik Amad, bli songket etc. 1st time berjalan area Jalan TAR dengan sangat pantas. Barang2 yang nak dibeli pun, bile jumpe je trus grab. Xde mase nak survey kedai ke kedai. Dalam keadaan orang ramai tu menambahkan lagi kitorang cepat2 nak blah kan. Dalam mase 3 jam setel semua. If pegi dengan BFF, 3jam tu baru mukadimah.. hehe.

Then ke KLCC plak. Nak mencarik kasut untuk bersanding & berinai. Aku and incik amad berpecah. Kalau tak, dua2 punye hal takkan setel. Aku terstuck kat Parkson since I Setan tak ade sale sebab baru je seari abes. terstuck lame kat 9W. Pusing2 tempat kasut tu, kasut tu gakla yang jadi idaman hati. Request size, size plak takde. ade 61/2 dan 81/2. saiz yang aku nak 71/2. huhuhu.. memang saje jekan nak sabotaj aku. Mintak gak budak tu carik betul2. haha. Tapi kalo dah takde tu tetaplah xdekan. Then mintak supervisor tu call semua outlet tanye kat mane yang ade size. Tapi tak leh bagi jawapan time tu gak. huhu. Maka, kami pun pulang.

Esoknye around kul 10 aku dah sms salesgirl tu tnye ade ape2 update x. Tapi duk senyap je. Aku dengan tak puas hatinye terus gerak ke Pavillion without Incik Amad. Bersoping secara solo lagi seminggu nak kawen. Dalam kepala sentiasa terngiang2 'darah manis'. hoho. Kuatkan hati dan berjalan dengan penuh hati2. Demi Nine West, takut tolak tepi. Dengan 22 handphone bateri abes, berjalan dengan penuh konfiden. Dugaan datang melanda. Kasut yang diidamkan tu xde langsung kat Pavillion. Kat Parkson tu langsung xde 9W sebab outlet die dah ade. Ok fine. Berjalan dengan pantas lagi sebab nak kejar parking 1 hour RM3 sebab 1 or 1/2 an hour RM2. and aku berjaya.

Terus gerak ke Midvalley. Alhamdulillah jalan tak jem langsung. 10 min later sampai dah kat Midval. Ramai. Beselah ramai dengan bdak2 remaja. Trus ke Metro. Ade 9W tapi kasut tu xde. Adusss.. Idop seperti tak bermakna dah aku rase. Lapar sume tu tolak tepi dulu. Dah g sensorang aku tak kesah sangat nak makan minum. Baru teringat The Gardens ade I Setan. Tercarik2 plak mane jalan nak g The Gardens. Lame dah kot tak jejak kaki kat situ. huhu. Then, carik 1-1 kasut yang ade. Skali terpandang, rase nak jerit, melompat! haha. trus mintak size and duduk. perghh.. sume size ade. Tak pandang len dah, trus beli. Puas hati sangat2.

 pic from incik google

Sampai je rumah, supervisor 9W kat Parkson KLCC tu call. Die bagitau kasut yang aku carik tu ade kat The Gardens.. Buweeekk! dah terlambat. Dah selamat dah dalam genggaman aku. Keje tah ape2. Lambat sangat. heh.. 9W berjaya menkucar-kacirkan idop aku weekend lepas. adoii..huhu..

Baju untuk berinai dah siap. before this aku ade cite baju tu aku xsuke tapi now ni aku suke sangat!sangat! :p. Elok je muat2. At last aunty tu nak dengar cakap orang. hehe.. Now tunggu baju nikah. ouh.. suke sume  baju!suke!suke! suke ganda 800x. hihihi..

p/s: Weekend terakhir aku sebagai anak dara. huhu.. perasaan berbaur :-|

Saturday, May 01, 2010

Senangnye dalam hati..

After ofis tadi bergegas ke KL ke Jalan TAR. Jalan plak tah hape2 jem gile2 punye petang ni. Sampai Jalan TAR kul7.45p.m. Solat dulu. After solat pergi ke BAK, da tutop! wahhh.. malangnye hari ni.. huhuhu... Tadi lalu jap still bukak. Lambat sebab withdraw duit jap je dah tutop. huahuahua.. melepasla nak fitting baju Incik Amad.

Singgah jap ke Ariani. Nak tengok selendang untuk akad nikah. Mak ai. Mahalnye. Tapi cantek gile. Masih dalam dilema mau beli or sewa je kat butik lain. Niat kat ati memang nak beli tapi harus disurvey dulu. Lagipun Ariani tengah ade sale. taklah banyak mane pun. huhuhu.

Bercadang untuk collect baju reception tapi tuan kedai masih di Ipoh. Jadi dari pukul10 hingga pukul 1 pagi merayau2 sekitar Lembah Klang. Punyelah sabar menanti just untuk collect baju tu walaupun incik amat dah mengeluh hampir 40 kali. huhu. Tapi kedegilan aku untuk tengok baju tu sungguh terserlah. Biarlah Incik Amat nak mengeluh 100x pon. hahaha..

Masuk2 studio.. aku terpaku! Baju aku ke? Rase macam lace yang aku beli hari tu.. hahaha. Kalau boleh aku mau guling2 dari tingkat 3 ke bawah sebab sronok gile dengan baju aku tu. Rase nak jerit2 terkinja2. Tapi tau dah pukul1 pagi, haruslah duk diam2 sengih sorang2. Belek2. Usik sane sini. Di arah untuk fitting. Perghhhh.. syok sendiri aku. haha. Tapi agak longgar. Tak sure aku dah kurus or die buat besar tapi die buat ikut ukuran yang aku bagi. Ya Allah, sungguh berbaloi dengan cost yang dibayar. Ingat tak dulu penah aku cite lace tak cukupkan... siap leh wat veil bagai. huahuahua.. bleh menetes air mate aku. Tapi ini dari pandangan aku. Tak taula kalo nanti korang rase bese jekan. Janji aku suke! hahaha.. Pic xde. Xseprisela kalo aku tunjuk awal2kan. hehehe..

Dan aku juga dapat ini! Bes! Sile dapatkannye segera ye.. ;-)


p/s: tido sambil sengih2 :p
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino