Wednesday, January 26, 2011

Check up 5


Semalam, pegi check up lagi. Orang sangat ramai plak tapi bukan untuk FPP. Kebanyakannye mereka2 dari KK yang bermasalah dirujuk ke Hospital Putrajaya. Yang FPP dipanggil nama, yang bukan FPP kene ikut no giliran.

Check up kali ni tak berapa nak sedap hati. Sebab Dr Hamidah cakap uri ke bawah tapi tak bagitau stage ke berapa. Tapi die kate tak yah risau. Jauh lagi perjalanan. Fuhhh.. die memang steady & cool. Takde pun cakap kene c-section ke ape2 kemungkinan besar yang bleh berlaku. Cume pesan kalo ade bleeding cepat2 pegi hospital. Memang baguslah die tak membuat patient gelabah, risau. Die kate masih belum boleh dipanggil Plasenta Previa. Aku research2, banyak suh rehat banyak2, jangan wat keje berat2. Boleh ke aku ni duk diam2? Asik nak berjalan je. Orang yang tak pregnant pun tak terikut langkah kaki aku. huhu.

Semalam pun buat detail scan. Macam biase. Time2 nak check up tula baby duk tido. Xde nak tendang2 pun. Sebelum dan selepas check up barulah die aktif balik. Pandai eh tunjuk baik depan orang. hihi. Alhamdulillah semuanye normal. Berat pun normal.

Maknye plak berat naik dengan jayanye 3kg! huahuahua.. Ni penangan roti canai Melayu ar ni. 3 keping aku sorang ok. Pasni xmo dahla. Tobat! Selalunye naik 1 kg je. Nasib baik nurse sentiasa tersenyum simpul. Tak ade nak cakap ape2. Kalau kat KK dah confirm next week kene minum air gula dah. Pressure pun ok. Kali ni kene injection Kancing Gigi. Sakit plak sebab dah lame tak rase kene inject kat bahu. Nurse cakap inject kat tangan yang kurang buat keje. So bagi yang kiri walaupun dua2 belah kejenye just taip YM je :p. Nurse cakap ade orang sampai lenguh2, berat nak angkat tangan. Alhamdulillah aku macam tak ade ape2 berlaku plak. Next check up akan kene inject lagi sekali.

Setiap kali check up mesti rasa terpukau, teruja dengan keindahan Dr. Hamidah. Tak tahulah kenapa. Maybe ade orang cakap die xsecantik yang aku gambarkan tapi bagi aku die cantik, and wajah die menyejukkan hati. Dari risau jadi tak risau bile dengan die. Die tegas dalam lembut. Dengan nurse pun tegas so takdelah nurse lebih2 nak cakap dari doc.

Oh ya, semalam ade sepasang suami isteri yang tunggu giliran nak check up. Bukan under FPP. Tak sure die dah tunggu from pukul berapa tapi yang si suami tak abes2 merungut lambat. Tapi si isteri duk diam je. Yelah, bukan kuasa die nak suruh cepatkan. Habis2 pun suruh si suami bersabar. Tapi bile no giliran isteri naik, die just cakap "anything just call me". Laaa.. tak nak masuk rupenye. Apela lelaki macam tu. Ingatkan cakap banyak, nakla teman isteri masuk. Sudahnye die duk luar bergayut je.. Aku yang duk sebelah die plak naik hangin. Macam2 perangai orang ni. Sabar jelah sape2 yang dapat suami macam ni.


Thursday, January 13, 2011

TQ Mamil

yey! sampai gak akhirnye!


Sekian lame menunggu. Adela 3 bulan lebih dok tunggu parcel kat opis tapi tak sampai2.
Kali ni toddler blanket. Rasenye before this dapat towel. Tak kisahlah ape2. Asalkan free. hehe.

Tuesday, January 11, 2011

Tak lapar pun..

Ade kemusykilan disini..

Kenapa lately susah nak rase lapar?
Akan lapar pagi2 je time breakfast
Then tengahari tak lapar pun
Petang beli kuih sebijik dua, trus kenyang sampai malam
Malam tu makan sket2 keropok pun kenyang dah
Makan ok, tak makan pun ok

Normal ke? 
Risau plak..

Friday, January 07, 2011

Dumex Gold

Haritu aku ade apply jadi member untuk club Dumex Gold nih. So tadi ade terima panggilan dari mereka2 ni suruh datang ke Hotel Midvalley Boulevard untuk buat testing product hari Sabtu depan. Product ape tu taklah pasti tapi die cakap Mamil Gold. Nak testlah manis ke masam ke ok ke. Akan diberi voucher RM50 and setin susu.

Aku suruh dorang call balik Isnin depan untuk confirmation. Ade sape2 dapat panggilan jugak ke? Kalo ade semangat sikit nak pergi beramai2 ;-)

Tuesday, January 04, 2011

Mommy & Bola



Piala Malaysia N9 vs Kelantan


11weeks

Piala Suzuki Separuh Akhir; Malaysia vs Vietnam


17 weeks

Piala Suzuki Akhir; Malaysia vs Indonesia (1)


18 weeks

Piala Suzuki Akhir; Malaysia vs Indonesia (2)


19 weeks

KLIA menyambut kepulangan Harimau Malaya


19 weeks

Orang lain yang mengandung, orang lain yang risau tengok aku gigih ke stadium. hihi. Tak taulah kenape semangat sangat. Orang ramai berpusu2, berasak2 pun aku tetap gigih melangkah same berasak2. Dalam duk berasak2 tu, Incik Amat gigih mengkipas kepala aku sebab takut aku nak pitam, pengsan. hik3. Tapi aku maintain je tak ade ape2. Dalam ramai2 orang tu pun macam ade 1 bende yang kawal perut aku dari terlanggar, dilanggar atau tersepit di celah2 ribuan manusia. Orang jatuh bergolek kat depan aku, tapi aku tak jatuh pun walau kene tolak. Hebatkan kuasa ibu mengandung?

Yang bestnye Incik Amat tak ade bantahan or bising2 langsung kalau aku nak pegi sekali tengok bola. Tak adelah berleter suruh duduk rumah ke ape. Yang die tau kalo aku cakap ok, larat, maknenye aku ok. Dari awal mengandung sampailah sekarang tak pernah nak duk diam. Tak taulah sebab baby or mak sendiri yang ngada2. hihihi


Wednesday, December 29, 2010

Check up 4


Semalam, pegi check up lagi. monthly check up. Setiap kali nak check up sure berdebar2 antara tak sabar and takut. Tak sabar tu nak tengok perkembangan anakku. Takut tu sebab urine test, blood pressure and paling takut timbang berat. huhu. 

Alhamdulillah semua normal and berat pun naik 1kg je. hik3. Puas hati. Baby 298g. cinonet eh die. Tapi semalam die duk rilek je lagi. Ala2 bersantai. Sampai je hospital semalam, perut lembik2 je. Takutla tu ek.. hehe.    

And paling best dah tau gender! weeeee~ cepatkan? Tapi nanti2lah kite announce. Maybe tunggu detail check up next month nak confirmkan lagi. 

btw, hospital putrajaya ade sediakan scan 3D. 4D tak sure plak. how much sume tak tau sebab next month dr hamidah cakap kite buat. hehe.


Wednesday, December 22, 2010

Ngidam pulak..

Sape suke ais krim?angkat tangan macam saye. *tangan lemah gemalai macam cite hantu kak limah balik umah*.. Sejak akhir2 ni suke sangat makan ais krim. Tak kirela pagi ke petang ke malam ke. Asal tekak rase tak sedap je ais krimla pengubatnye.

Pernah 1 tengah malam tu. Dalam pukul2 pagi, dua2 pun tak tido lagi disebabkan overdose tido siang. 
Aku: "Abg, nak aiskrimlah. Jom g bli jap". 
Incik Amat: "Dah kul2 pagi dah ni yang. Sok jela kite g bli eh". 

huhu.. terasa kekecewaannye. Padahal dah tau dah memang takkan dapat malam ni gak. Kedai dekat2 umah semua dah tutup. Saje menduga si suami. ahaks. Manela tau kot2 trus bergegas start kete pegi mekD ke. Macamla mekD tu kat ujung taman je kan. hihi. 

Aritu beli sebekas ais krim yang 500mL tu. Dari Salak Tinggi ke Sungai Besi abes aku telan. Dalam 40 minutes je. Incik Amat pun makan bape2 suap je sebab die tengah drive. Saje suh die drive sebab leh aku makan dengan penuh konsentrasi hik3. Lepas makan baru nyesal. Pikir gemokla, pikir nak g check up, pikir diabetes..

Pastu untuk dinner ke lunch ke suke yang mee/bihun yang berkuah. Especially bihun sup & laksa. Tapi alhamdulillah. Bile nak je, mesti ade. Belum pernah lagila tak jumpe. Kuew teow tekak dah banned sejak awal2 pregnant dah walaupun char kuew teow tu super favourite aku. Dulu bleh makan size besar punye tapi sekarang tengok Incik Amat makan pun kembang tekak. Ape2 jenis masakan kuew teow pun same. huhu. 

TAPI.. Meggi tetap menjadi pojaan hati dari awal pregnant sampai sekarang. 3 bungkus pun bleh.. :p

Hari2 kat ofis mesti nak minum teh o ais limauu. Tak dapat kat ofis, kat umah plak buat sendiri. Limau kasturi sentiase standby. Bukan sebab nak yang masam2 tapi aku pun tak tau kenape mesti minum tu. Time weekend tak de plak. Pelik..

Buat mase ni takdela mengidam beriye2. Kalau tak dapat tu redha jela. Hati senang terpujuk dan redha sekarang ni. Selalunye yang aku mintak tu Incik Amat macam layan tak layan je sebab aku dah pesan dari awal2. Setakat aku sebut sekali, dua tu xyah ambik pot sangat. Melainkan aku mintak beriye2 sampai tak nak makan yang lain barulah carik. Orang selalu pesan, itu semua hasutan syaitan. Wallahualam..

Minggu ni baru 18w. Jauh lagi perjalanan. Ape lagilah yang bakal aku idamkan nanti..

Tuesday, December 14, 2010

Petua/Pantang

Bile mule2 dikesan mengandung, dari depan, belakang, kiri, kanan orang duk pesan yang buat tu, jangan buat ni. Kadang2 rasa rimas tapi disebabkan ini semua kali pertama, jadi mane yang logik dan tak susah tulah yang aku ikut. Sebab sorang kawan dah pesan, jangan sampai ilang rase freedom and enjoy time pregnant hanya sebab nak dengar cakap orang. antara pantang larang/petua yang orang bagitau:

1) Jangan siang/bersihkan ikan - contohnye macam xleh nak belah ikan tu suke ati, potong kepala ikan tu etc. Tapi kalau tak bersihkan macam mane nak masakkan? So solutionnye aku suh orang kedai tu bersihkan siap2. hehe. Kang 9 bulan pulak Incik Amat tak dapat makan ikan.
2) Bawak gunting/paku dalam hangbad - katanye untuk mengelakkan gangguan makhlus yang halus2 tu. Kadang2 kalo ingat tu bawak, kalo terlupe tu tawakal sajelah. Kadang2 pakai handbag ni, kadang2 pakai hangbag tu plak so tak teringatlah nak transferkan bende2 tu.
3) Tak boleh mandi lewat2 malam - lewat tu after maghrib. Orang tu cakap nanti lewat/susah nak bersalin. Jadinye, balik keje pukul6 haruslah cepat2 mandi. 
4) Tak boleh makan dalam mangkuk/pinggan kecil - Xtau kenapa. Tapi tak follow pun sebab bergantung jenis food yang aku makan. Kalau megi takkan nak makan dalam pinggan lebarkan.
5) Jangan makan kicap/kopi nanti anak gelap - Mane leh tahan idop tanpa kicap. Kicaplah pembuka selera. huhu
6) Jangan tido banyak/kerap waktu siang - Nanti baby besar. Memang tak tido pun. Kalau tido pun 5-10 minit.
7) Jangan duduk kat tangga/pintu nanti susah nak melahirkan
8) Tak boleh bunuh/menzalimi/berburu binatang
9) Tak boleh kuar malam/lewat malam - yang ni still tak dapat nak ikut lagi. huhu. tengok movie midnite balik kul2,3 pagi. Dah nak balik tu baru teringat balik lewat. hik3. 

Petua nak mudah bersalin:

1) Lepas mandi hisap air dihujung rambut.
2) Pagi2 lepas solat subuh, buka sliding door/pintu sambil berselawat. Kalau nak keluar trus, lagi elok. Kalau tak nak keluar, biarkan grill tertutup je.
3) Pagi2 rajinkan diri keluar dan berjalan atas rumput yang banyak embun sambil berselawat. Seelok2nye 7 bulan ke atas. Buatlah seminggu 3,4 kali. Lagi elok ditemani suami.

Banyak lagi sebenarnye tapi nanti2 update lagi k. Sharing is caring ;-)

Sunday, December 12, 2010

Medela Swing

Eheemm.. sy dah dapat sy punye.yey!


Walaupun baru 16weeks tapi disebabkan semangat yang berkobar2, harus kene beli awal. Sebab ni antara  keperluan utama. 


Dah test motor die, serious tak bising langsung. Tapi tak sure kalo dah betul2 ade susu bunyi die lain plakkan. Tak berat pun. 


Walaupun beli di UK, plug masih boleh pakai kat Malaysia. Risau jugak sebab banyak bace feedback kat forum2 tak leh pakai. Dan masih dalam pertimbangkan nak beli yang manual pulak sebagai spare. Ape manual breastpump yang elok ek?

Thursday, December 09, 2010

16 weeks

This week baru masuk 16 weeks. Rasa lambat je masa berlalu. Setiap hari bangun tido, pandang perut then dalam hati "ok. blum besar lagi". Hari2 lepas mandi nak pegi keja or nak kuar pegi jalan2, nervous time nak sarung baju. Nervous sebab takut tak muat dah. Tak laratla asyik nak pakai baju kurung ke sana ke marikan. Alhamdulillah jeans zaman anak dara still muat lagi cuma tak leh nak button up and zip naik separuh. hik3.

Nak start beli maternity blouse sume tapi perut belum besar. Tak bersemangat nak pakai plak. Jadinye, pakai jela baju2 yang ade. Kene mood tak elok, rembat je baju Incik Amat time nak g opis. (pegi opis hanya perlu pakai tshirt and jeans sebab nanti sepanjang hari akan pakai jaket). Kalau mood baik sangat, berbaju kurunglah i beberapa hari dalam seminggu.

Tekak masih tak boleh menerima food from cafe kat sini. Bile lauk dah banyak2, dalam air cond plak tu, macam2 bau bercampur terus tekak kembang and meloya. Try cafe kat plant dalam pun same. Jadinye, terpaksalah skip lunch or bawak bekal from umah. Kadang2 heavy breakfast, then akan bertahan sampai around pukul 3, baru bleh turun beli kuih-muih. Balik ofis baru dinner secara normal. Nasib baik masih bleh aktif memasak.

Terbaca pantang larang di blog ally, nanti nak blog gakla pantang larang yang orang dok pesan2 tu. Ade yang logik dan ade yang karut.. :p

Wednesday, December 01, 2010

anyone??

anyone interested to buy Madela Swing?
lagi murah dari onlinestore.


Kindly, please email me at lavender_angel53@yahoo.com for more info ;-)

Friday, November 26, 2010

Check up


Semalam, pegi check up lagi. kali ke 3. Setiap bulan hanya sekali. Fyi, aku sangatlah malas nak pergi check up kat merata2 klinik macam certain orang yang pegi untuk scan sahaja sampai setiap minggukan. Memanglah excited tapi kalo dah selalu tengok dah ilang keterujaan plak. Maybe dah besar nanti lehla pegi for 3D, 4D.. 

Check up di Hospital Putrajaya. Under FPP ( Full Paying Patient ). 1st time datang check up pada 5w. Terus dapat buku pink. Time tu seronok sangat sebab tak yah nak penat2 pegi bertapa kat Klinik Kesihatan kan. Dengan diri aku yang sangat susah nak deal dengan ape2 yang berkaitan dengan gomen.huhu. cepat je nak panasss kang.. Tapi kat situ xdela appointment kul2, kul2 dah bleh jumpe doctor. Kene gak tunggu sejam gitu. Especially kalo Doc kene masuk labour room.

Aku pilih Dr. Hamidah. Doc yang mude and sangat berkaliber pada pandangan mate aku. Nurse2 pun ok. Itu pun kene sebut dulu kite ni FPP. Dari senyum sikit terusla senyum lebar. Maklumla kite ni bayarkan. Bukan bayar singgit je. Maunye tak senyum simpul. hehe. Setiap kali check up kene timbang berat, tekanan darah, air kencing and scan. Last month kene buat blood screening. Sampai kene cucuk 3 kali sebab darah xmo kuar. Bile dah bleh kuar, lembab plak mengalir. huhu. Nasib baik nurse buat slow2 je. Mintak maaf adela dekat 10 kali. So far, okla kat sini. Cafeteria ok. Hospital pun takdela bau ubat. Semuanye xde yang mendukacitakan perasaan. 

Tengok dari review bloggers, xjumpe yang pegi under FPP lagi. Kalo ade, inform me k.. ;-)

Wednesday, November 24, 2010

uweekk uweeekkk

Dulu before pregnant paling risau pasal morning sickness. Dengar cerite orang cam pelik2 je. Ade sampai muntah kuar darahlah, dari pagi sampai petang muntah..huhu menakutkan je.

Tapi so far alhamdulillah belum ade sejarah lagi muntah. Just loya, pening and nak pitam. Kadang2 time tengah2 nak masak tu nak pitam, lari jap baring atas katil, dah ok, continue masak balik. hehe. Bau2an semua boleh. Pendek kate tak ade alahan pun. Just tak selere nak makan. Pikir pasal makanan je rase loya. Tapi bile makan, abes gak makanan tu. huhu. Masak pun xde hal tapi disebabkan nak pitam tu maka aku malas nak masak. Tapi tak bley lambat makan. Lapar je trus ade food depan mate. Perit ok kalo lambat sket sumbat food. huhu.. 

Sejak2 pregnant ni, baru 3 hari aku MC. Itu pun dengan sengaja mentadah muke kat doctor mintak mc. Saje buat macam2 alasan. Padahal xde hal sangat pun :p.

Tapi disebabkan tak ade muntah2 bagai, 1st trimester biasenye berat badan akan turun tapi aku naik dengan sehatnye. haha. Xdela melampau2.. Just 2kg untuk setiap check up je. Ok ar kan..

Saat macam ni, ramai btul yang kate itu xleh buat, ini xleh makan. Haisy.. Mane yang logik tu aku ikut je. Mane yang xlogik tu, dengar tapi tak ikut pun. Ambik ati. Buat serabut kepala je. heh.


p/s: sok nak pi check up lagi. takut plak..huhu

Tuesday, November 23, 2010

Diam2 berisi?

Ehem..after lebih 3 bulan mensepikan diri from blog nih.. asyik mengview blog orang lain je. itu pun tak meninggalkan jejak langkah pun. Xde entry puasa, tak ade entry aidilfitri, tak ade entry aidiladha. Sebab? Sebab malas yang teramat gile. ahaha.. 

Berikutan previous entry, YES, i am a pregnant lady now! Dah 14 weeks.. Itulah salah satu sebabnye aku sangat2 liat nak update blog. Nak log in pun malas. huhu. Baby ni tak suke blogging kot :p. and salah satu sebabnye masih di peringkat awal untuk announce.. perasan takut tu sentiase ade.. huhu..

Feeling? Of coursela happy. Alhamdulillah. Dah terbukti kami pasangan yang normal. Walaupun actually 'accidentally' pregnant. kuang3.. Still dalam planning. Plan nak conceive December, sekali terawal daaa.. Bak pepatah, Kite Hanya Merancang, Allah yang Menentukan. Kalo dah rezeki, tak kemane. Jangan ditolak. 

Dalam planning2 tu, berdebar gak bile orang kiri kanan dok cakap kalo planning nanti susah nak dapat anak terus. Contohnye macam si polan tula, si polan ni la.. And paling stress bile orang kiri kanan asik tanye bile nak dapat baby. Time tu rase nak tarik je Incik Amat masuk bilik, buat anak terus. Tension okay.

'Kejadian' dijangka telah berlaku pada bulan Ramadhan. ahaks. Sebab time tu aku sempat lagi period 8 hari. Agaknye lepas tula.. Puasa siang hari jekan.. Malam tak puase pon LOL. Makanye, sepatutnye time Raya ke 5, aku akan period. Sebagai orang yang normal cycle 28 days, tak susah aku nak tau bile aku akan period. Jadinye, raye ke-5 masih di rumah mertua. Kebetulan dalam fridge adelah nenas sebijik & jeruk mangga bagai. Aku pun ape lagi. Bantai jela. Dengan harapan, malam kang kuarlah die. Selalu dah buat macam tu. Tapi sampai luse tak kuar2. kekeke.. Lusenye kami gerak ke Kelantan. Masih tak nak buat test sebab once dah buat test, body mesti akan rase fragile sangat. Tak leh makan tu, makan ni, gerak kasar sket tak leh. So after 4 hari kat Kelantan, segala makan minum aku sumbat je. Balik ke KL barulah buat UPT and resultnye sangatlah terang amat. Xde samar2 untuk musykil dah. Dan terlompat2lah si suami setelah berjaya menunjukkan kejantanannyeeee..hik3.. terus buat sujud syukur oke..

Dan bermulalah kesah kami suami isteri idop dalam menghitung hari.. aritu menghitung hari nak kawen, ni nak dapat baby plak.. Ramaila nanti anak2 kite sume sebayakan. lehla bergather2 nanti bawak anak masing2..;-)

Monday, November 22, 2010

Ehemmm..



                                                                                                                                    To be continued..

Wednesday, August 25, 2010

Just my 50cents

Seronok tengok b2b tengah membuat preparation tengah2 puasa ni. Penat tak? Taun lepas masa Ramadhan, tarikh belum diusul lagi. Jadi just keep on view blog b2b yang lain. Agaknye kalau dulu kene buat preparation time Ramadhan, flat abes rasenye. Nak ke hulu ke hilir. Dahla tak dapat nak makan minum. Makin panjanglah muncung si tunang atau sesape yang mengiringi. hehe. Belum lagi nak gunting sane, tampal sini. 

Good luck lah diucapkan dalam buat preparation. Bukan senang nak dapat kesempurnaan. Dalam kesempurnaan ade juge terlihat kecacatan. Itulah yang mengguris jiwa dan perasaan lantas munculnye bridezilla.. hihi. Seronok dapat jadi bridezilla sekali sekala. Bile dah transform jadi bridezilla tu, selalunye segala permintaan akan ditunaikan oleh pihak yang terbabit.*tau takut..*. Especially bile sumber kewangan dari poket sendiri. Lagi cepat tertunai. hak3.

Cume satu nasihat. Dalam membuat preparation, perlu sentiasa tanam dalam hati, berniat dan berkata pada diri sendiri yang kite buat tu semua tu bukan untuk menunjuk2, berlagak mahupun nak tunjuk kita lebih kaya dari si fulan dan si fulan. Niatlah itu je yang kite mampu walaupun kemampuan kite tu melampaui preparation 3 org b2b. hehe. Niat yang baik, Allah mesti bukakan jalan ke arah kesempurnaan...

Nak redha dan pasrah pun bukannye senang. Especially untuk meredhakan dan mempasrahkan hasil keje tangan orang lain. Tapi indah sebenarnye redha dan pasrah tu. Anda akan dapat merasai satu perasaan yang happy, fun dan enjoy di hari perkahwinan anda. Aku pun dah rase keindahan itu. Jangan cepat melenting. Pikir hikmah yang tersirat. Dan hasilnye gambar2 dalam album kawen akan cantek sebab anda tengah enjoy to the max. Simpan semua perasaan and bile majlis dah selesai, jom kite bentangkan kat parlimen famly secara beramai2. Time tu memang bes sebab dapat meluahkan semua tapi nasik bukan dah jadi bubur je, tapi dah abes dah pun. Takkan nak repeat kendurikan. lagi sekali kite kene redha dan pasrah..

Heh. banyak plak aku merepek arini. ni just pendapat aku. Pendapat orang yang pernah melalui semuanye. Rindu plak rase nak wat preparation balik. Bile dah kawen ni kene carik ape aktiviti yang bleh menggantikan aktiviti time preparation tu. Ape ape pun, kawen memang bessss.. Itulah hikmah yang kite cari ;-)


p/s: dah hampir 4 bulan kawen, inai nak ilang dah. sob. sob. (lame plak bertahan sampai nak masuk 4 bulan)

Thursday, August 19, 2010

Anda bile lagi?

Aritu termasuk satu contest yang dianjurkan oleh Aween. Simple je contestnye. Suruh antar gambar2 tunang yang paling comel. So dengan gagahnye, mengsend ke Aween beberapa keping pic time bertunang.

Tunggu punye tunggu..

Rupenye kamilah pemenangnye..ngeh3.

Dan arini, adiah dah sampai. Adiahnye seperti di bawah...

sian orang pos laju ulang alik umah sebab datang time keje

kotak kasut sapela yang jadi mangsa ni

inilah adiahnye..

ni yang dalam bungkusan tu..sedap2,labuh die pun cukup2 je..sukerr..

brooch yang juntai2 yang panjang tu. weee~

Mewahnye adiah macam masuk contest yang susah2 jekan. Serba salah dah nak masuk contest Aween lagi pasni. hik3. Ape2 pun, terima kasih banyak2 k Aween. Semoga Aween sentiasa dimurahkan rezeki lagi, lagi dan lagi..Insyaallah..

Kepada blogger lain, sy dah menang. anda bile lagi??ehe..good luck!

Tuesday, August 10, 2010

Pa&Ma


Sejak episod perkahwinan dah tamat, Incik Amat dah tak benarkan aku beli majalah Pesona Pengantin (PP). Walaupun 2 bulan after kawen aku curi2 gak beli. Ratu Sehari pun berjaya disonglap. hihihi. Bukannye ape. Masih tak tau majalah ape plak yang bleh ditukar dengan PP. Last2 Incik Amat suruh beli majalah Pa&Ma walaupun belum ade tande2 nak jadi ibu lagi :p. Jadi mulai bulan August ni, majalah Pa&Ma jadi majalah wajib beli setiap bulan. 


Kelmarin baru beli. Disebabkan time lunch kat ofis tak de ape2 nak buat, so aku bawak g ofis. Maka terlentanglah buku tu atas meja. Rasenye tak perlu nak sorok2kan nak bace. Tetibe datang sorang 'akak ASTRO' kat ofis ni. Maka ternampaklah die majalah tu. Maka, berbunyilah mulutnye "Eh majalah Pa&Ma! El bace?  Dah ade isi ke?"..Alamak..apsallah aku bleh lupe nak simpan majalah tu. "Eh tak delah. Saje je bace".. Akak ASTRO berkata lagi, "ohh ingatkan dah ade tadi. Dah bace Pa&Ma plak". Hanye mampu tersengih..

Hurm.. pelikla. Golongan wanita yang dah mengandung or dah ade baby je ke yang bleh bace majalah berkaitan baby etc? Haish..tolonglah.. Tekanan plak rasenye tetibe. Ingat sume orang yang baru kawen, selang 3,4 minggu dah mengandung ke? Janganlah buat sesuatu bende yang normal menjadi pelik. Kalau betul pun aku mengandung, takkanlah plak nak bagitau seluruh ceruk kat bangunan opis ni. Elok2 aku enjoy je dah jadi tekanan plak dah. Sket ar. Tapi tetap tekanankan. haih. Menci orang macam ni...

Wednesday, July 21, 2010

yuhuuuu...

Yuhuuu..
terasa berzaman tak mengapdate blog nih..
bizi dengan kehidupan sebenar suami isteri..hehe
serius..
nak bace, komen blog orang lain rase malas sangat..
rase malas gile..
rase mual2 (walaupun masih berdua lagi) bile bace pasal preparation b2b yang lain..
serius..
aku takleh nak bace sangat pasal wedding prep..
nanti2lah apdate ape2 yang belum abes apdate lagi ye..
if ade ape2 just leave a msg kat comment box..
see ya.. ;-)

Friday, July 02, 2010

M.U.A

Abes cite pelamin, cerita makeup plak or shortformnye MUA. Untuk orang yang tak pernah makeup apetah lagi ade set makeup macam aku ni, haruslah kene ambik orang yang mampu makeup senatural mungkin. Tak nak tetibe hari bersanding muke macam opera cine mahupun tepung gomak.

Jadi, untuk akad nikah, aku mencari MUA perempuan memandangkan aku nak dalam keadaan berwuduk sehingga upacara batal air semayang. Puas mencari yang berkenan dihati akhirnye Kay kenalkan Naza Derina. Walaupun niat di hati nak sangat, sangat cube Ayang Kamell tapi apekan daye die lelaki sejati. So without test make up sume, bayar deposit RM100 untuk block tarikh akad nikah and bertandang di Temerloh. Senangkan? Untuk Akad nikah + malam berinai RM500. Sepanjang akad nikah die akan stay tunggu sampai berinai. 

Tapi timbul penyesalan bile 3 minggu before wedding aku g test makeup. Balik2 ke umah, jumpe incik amat. Nak tau die cakap ape? "apsal macam pondan je ni?". hak3. Xkan nak marah die cakap macam tu kan. Itukan pendapat die. heh. Jadi, bile dah bincang2 dengan sis in law and incik amat, makeup di Temerloh harus dikenselkan dengan alasan pihak lelaki dah ade MUA sendiri. haih. Bukan saje2 ok tapi seriously terpaksa. Sebab daripada timbul penyesalan, baikla tarik diri awal2kan. Jadi untuk tidak menghampakan die, terpaksa juge ambik untuk akad nikah. Berdebar2 rasenye. 

Bukan ape. Die tak suke dengar pendapat orang lain. Contohnye "Mate i dah besar, so nanti u adjust sketlah ye". Die jawab "owh..itu memang care i makeup". See. Die memang tak bleh nak dengan pendapat orang lainkan. Then before abes test make up tu die ade cakap. Slightly macam menyindirla. Die cakap "Akak kalo makeup lagi senang kalo pengantin serahkan 100% kat akak nak buat ape. Susah kalo yang tu tak bleh, yang ni tak bleh". Deym! Aku just diam and sebab itu aku agak sampai hati nak mengkenselkan die untuk majlis di Temerloh. Some more, die marah anak buah aku yang lari2 and usik2 kucing die time test make up tu. huh. 


pengapet yang sentiase buat observation :p

So time akad, die memang punctual. Around 2.30pm dah datang. Aku try layan sebaik mungkin. And die mulekan make up macam orang lain gak. But. Die agak tak senang dengan kening aku. Aritu die ade suruh aku cukur sendiri. Selama idop 25 taun, tak pernah cukur. Die cakap, nanti tak cantikla, bulu kening tak cantek.. i just cakap, Incik Amat tak bagi. Memang betul pun kan. Sape plak bagi buat dosa kan. Tapi die trus ambik shaver tu cantas kening aku sambil bebel2. I was like?? Seriously aku dah rase nak nangis. Die cakap sket je. Tak nampak pun macam cukur. Sikit pun dosa tau x. Rase nak tolak je dah. Dalam ati memang berdoa biar die tanggung je sume dosa. Die sibuk cakap, esok kalo Tiar makeup memang abes sume die cantas. heh. Taula i deal dengan Tiar plakkan. Die bukan Tiar. So xpayah nak pandai2. Then die tanye aku, "after kawen nanti permanent pakai tudung ke?". Aku just jawab, "Insyaallah". Die cakap ape tau? "Dah abes pikir ke? Dah pikir betul2?". Ternganga jap. Walaupun dalam hati dah menyumpah seranah, abes gak session make up. Nasib baik dapat control emosi. huhuhu. Result? Macam yang dah dijangka. Tapi much more better daripada test makeup. Tapi belum abes bergambar lagi, bulu mate dah tercabot. huhu. 



Tibe time malam berinai. Ade sorang lagi datang. I don't know who. Tapi yang pastinye die part hair-do. Niat di hati nak bertradisional di malam berinai. Tidak bertudung. Di touch up and hair-do tanpa tengok cermin. Bile rase dah siap, tetibe my bridesmaid datang tengok. "hurm. INTERESTING!", sambil mate and muke die penuh makne. Aku dah tak sedap ati. Sebab memang dah pesan if nampak pelik, bagitau. So confirmla something yang pelik telah terjadi. Cepat2 i pusing tengok cermin. OMG! rambut i macam nak terbang. HAHAHA. Gile! cube bayangkan rambut depan aka fringe tegak2. Automatic aku suruh tukar. Die cakap, nila fesyen sekarang. Kene cubela trend baru. NO!NO!NO! Bukanlah mase untuk mencube malam tu. Nak tak nak terpaksa gak die tukar. Tapi bile dah kene spray sane sini, susah dahlah nak bentuk2 ke fesyen lain. haih. redha jela. time ni memang aku susah nak control emo. and terbawak2 ke pelamin. Saat tu terasa diri paling buruk. Tapi redha tukan mudah. Cube enjoykan diri sebaik mungkin. huhu. Itulah cerita MUA untuk akad nikah...


Time reception, Tiar Zainal as MUA. Price rasenye b2b sure tau. Since die memang pernah stay area Selayang, so die dapat sampai tepat dan cepat. hehe. Sambil naik tangga, ade je celoteh die. hihi. Tapi bilik kekurangan cahaya from luar, die pun membuka beg doraemon die. Lalu keluarlah seketul lampu meja. harharhar. Ade gak MUA yang berkehulu-hilir bawak lampu meja kan. Suatu tindakan yang bijak. Takdelah nak dengar bebel pasal lampu sampai abes makeup. Sambil make up tu ade je die bercerita. Tak dan nak tido. Cerita pun menarik, pasal gelagat artis yang die pernah makeup. 


Aku rase macam die melukis atas muke. Bukan makeup. hihi. Assistant die pun bagus. And Tiar bleh hafal no colour lipstick, ape2 sume yang bernombor. Just sebut no, assistant die hulur. Perghh.. memang suspek ar. Die ade jugak tanye nak cukup kening tapi i cakap xmo. Die pun rase susah nak buat tp die try jugak pakai concealer. Xde nak push2 orang and sangat menghormati keputusan orang. Tutup pakai concealer pun menjadikan. Nampak macam cukur. Sayang Tiar!



Baju pun die pakaikan. I mean die btul2 kan baju. Time nak pakai tu die dah lari siap2 kuar bilik. Selalunye pak andam suke duk je dalam bilik time pengantin nak pakai baju. Sebab aku penah tengok sorang pengantin ni tak kesah berkemban depan pak andam.  Tapi kalo Tiar tak nak kuar pun aku akan pakse die kuar. hehehe. Satu kejadian mase nak pakai kain, kain tetibe menjadi sangat longgar and boleh terlucut walaupun dah button up. Maka, Tiar gakla yang tolong pinkan sane sini. huhu. Maluuu...


Servis yang memang mempuaskan hati. Walaupun bayar agak mempeluhkan dahi, tapi berbaloi2.. Die keep on sms tanye make up ok x. Terharu jab. huhu. Sesiapa yang still berbelah bahagi nak pilih MUA, silelah pilih Tiar ;-).


Hurm..for bertandang pula..sebelum cancel kak Naza tu memang dah ade backup MUA, Tina from Roland Hashim. Rm650. Makeup from KL then baru bertolak ke Temerloh. Before kul8 lagi die dah sampai. Kul10 abes. Bagi aku, makeup die memang cantik. Tak cair pun walau di Temerloh sangat, sangatlah panas.Biasenye die makeup untuk studio shoot. Lately baru die kuar and same2 dengan Roland Hashim di Pameran Pengantin Mid Valley. If you all hire dorang from Pameran Pengantin memang sangat2 murah lagi. Tapi disebabkan last minute, terpaksalah merasa kemahalannye. huhu. Takpelah. Dari menjeruk rasakan.


Itulah die cerita sikit sebanyak berkenaan dengan MUA untuk akad nikah, bersanding and bertandang.

TIPS: Tak berapa sokong bagi sape2 yang plan nak make up sendiri on your own Wedding Day. Dahla nak kawen, nervous tak hengat. Nanti ape2 yang kamu capai semua tak kena and tak menjadi walaupun dah practise beribu kali. Sedangkan yang hire MUA pun belum tentu dapat makeup yang berkenan dihati. Ape salahnye letak sikit bajet dalam MUA untuk dapatkan hasil yang baik. Tak gune juge kalau hire photographer mahal2 tapi make up comot. Bile make up cantik, kamu akan rase sangat bersemangat, rase cantik, menarik dan sentiasa happy. Sekali seumur hidup je, ape salahnye ;-)




p/s: sorry if this entry membuatkan sape2 merasa, terasa dan dirasa esp my MUA.
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino