Monday, February 28, 2011

Mari mengorder

wooot..woooottt..


Sempena meroyan sangat mengidam nak berFreestyle tu kan, ade sape2 mau join saye mengorder? hehe. Medela Freestyle akan diorder dari myfrens kat UK nun by this week. Oh ya, consnye takde warranty. Bukan takde langsung warranty. Warranty hanya disekitar daerah sane sahaja. Tidak termasuk Malaysia. Tapi dah banyak yang membeli memang tak ade ape2 problem pun. Harga RM1500. Kat sini RM2299 kan. Kalau ade sape2 mau, sile tinggalkan jejak di comment box or terus email ke lavender_angel53@yahoo.com.

Bukan itu sahaja, ade beberapa items jugak yang boleh diorder sekali such as:

 Madela Swing
RM550
Medela Mini Electric Plus
RM499

Avent Single Electric Breastpump
RM600

Avent ISIS Manual Breastpump
 RM189

Tommee Tippee Electric Steriliser
RM299
Philips Avent Newborn Starter Set
RM170

All items akan sampai early April or pertengahan April. If ade ape2 item yang u all nak beli tapi tak ade dalam list kat atas, blehla request. Kalau boleh tolong, sy tolong k..

Friday, February 25, 2011

Mengidam

Mommies!help me!
Ni kategori mengidam ke ni????

Nak beli ni ke?


or yang ni?



Incik Amat dah geleng2 kepala..hik3

Thursday, February 24, 2011

Check up 6

Baru balik dari check up.. So far semuanye ok2 sahaja. Uri pun dah berada kat kedudukan asal. Tips: Pujuk2 baby, sujud lame2 time solat, solat hajat hari2 dan baca yassin hari2. Alhamdulillah.. Ramai meracuni aku suruh berurut tapi kene yakin kat diri sendiri. Uri bukan boleh diurut2 melainkan baby breech. 

Hari ni mood Dr. Hamidah sangatlahhhhhh baekkkk. Sukenye tengok die tergelak. Banyak cakap plak tu. Melayan Incik Amat. hihi. Hari2 dok menscan perut orang, die plak yang mendapat seri.

Hari ni buat 4D and detail scan lagi. Tergelak2 die tengok baby kitorang. "mulut muncung ni ikut sape ni?".. Confirmla Incik Amat. Pastu "idung kemek?".. Dua2 tersengih je tak nak mengaku. Dua2 bajet idung masing2 mancung arkan. ahaks. Yang si kecik plak tayang muke dari tepi je. Padahal dah pujuk dah tadi. Nasib baiklah tak tutup muke trus. Sedap je die tido atas lengan. Sebiji macam ayah die tido. Cait..tak aci ar asik ikut ayah die je nih..hehe



Scan 4D ni xla secanggih kat private. Lagipun sekejap je. CD pun xde. Doc saje2 je nak buatkan. Caj pun same je. Nak lagi sharp nanti g wat kat private clinic plak. 

Oh ya, tadi pegi round2 tingkat 5 tengok keadaan bilik. Kebetulan jiran sebelah umah keje as mak guard kat HPJ and die tengah duty tadi. Level 5 ade 7 bilik untuk FPP yang 4,5 bilik lain untuk VVIP. Masuk2 macam nak check in hotel je. Memang privacy. RM300 per nite. Nurse kate husband akan diberi access card untuk keluar masuk time bukan visiting hours. Tak tau sejauh mane kebenaran die. Untuk 2,3 minggu ni memang sentiasa penuh. Bukan Level 5 je tapi semua level penuh. Jadi, sentiasalah berdoa time nak bersalin nanti ade kekosongan. 

Next check up kene MGTT aka minum air gula.. Yummy! :-(

Friday, February 18, 2011

Antenatal Class


Breastfeeding Class dah pegi. Kali ni pegi Antenatal Class. Class untuk persediaan semasa mengandung, semasa bersalin, selepas bersalin dan penjagaan anak. Certain people said tak penting pun class ni. Tak pegi kelas pun elok je bersalin, elok je jage anak lepas lahir. Terpulanglah kat individu. Bagi aku, selagi mampu, selagi ade mase, tuntutlah ilmu sebanyak2nye. Sebelum kahwin, boleh je pegi Kursus Kahwin. Ni kite nak masuk satu lagi level penting dalam hidup, kenelah banyak2 ambil tahu hal penjagaan anak. Kalau boleh nak serba perfect dari segi mental and physically. 



Okeh. Class was held at Auditorium Hospital Putrajaya. Bayaran sebanyak RM70 per couple include breakfast and lunch. From 8.30am sampai 4pm. Terhad kepada 10 couples only. Tapi yang datang 6 couples. Ade 1 couple tu dah termasuk dalam labour room pada hari yang same. huhu. Tak ade rezeki. Kebanyakan yang join dah 33weeks and above. Tapi Dr. Hamidah suruh pegi awal2 so bleh ready awal2. Fyi, Hospital Putrajaya sangat daif dengan parking lot. Kami sampai kul8.10 dah penuh parking dah. Kenela parking jauh tepi jalan nun. haih. Time daftar, kami diberi goodie bag yang berisi toiletries from J&J, pet pet, dettol, macam2 lagi.




Our 1st class belajar about antenatal check up, labour process. Untuk epidural kat HPJ, from 8am untuk 9pm, weekdays only. So sape2 yang dah set mental nak epidural tu sile berdoa jangan bersalin tengah2 malam and weekend. hehe. Then, class persediaan untuk kelahiran. Barang2 ape yang kene bawak. FYI, HPJ akan rampas pacifier, feeding bottle and formula milk if dorang terjumpa dalam beg korang. Macam kat skolah plak kene rampas2kan. hihi. Then class cara2 mandikan baby. Cara mandikan ni pun rasenye ade kesalahan kat mak2 kite dulu. Kurang hygiene gitu. Then ade breastfeeding class lagi. 


Seterusnye class dengan dietician. Cara2 pemakanan time mengandung and selepas bersalin. Untuk memperbanyakkan susu. Pastu ade penerangan mengenai TCM, Traditional Complimentary Medicine. Tempat urut mengurut selepas bersalin di HPJ. Ade berurut, bertungku, berbarut dan menaikkan peranakan. Kalau bengkak susu after bersalin, dorang leh urutkan juga and ade bagi goodie bag berisi daun mandian serum. Mandi after bersalin. Tapi disebabkan lambat lagi, lehla mandi saje2 dulu.


physio

Aktiviti paling menarik adalah aktiviti exercise. Ajar cara2 breathing time tengah2 sakit tu. Exercise untuk kuatkan lantai pelvik. Lawak ok. Ade yang kene goyang macam beyonce. Bayangkan masing2 perut boyot pastu kene goyang macam Beyonce. hik3. Tapi disebabkan physio yang dah berumur tapi sangatlah sporting and supportive, kitorang cube gak buat. 

ayuh goyang..

Cara2 duduk untuk meneran

Selimut disediakan untuk menutup ape2 yang kite tak selesa

Before bersurai, kami dibawa visit ke labour room.Kebetulan ade bilik yang kosong. Sejuk je dewan bersalin tu. Kecik je rupenye bilik bersalin. Slame ni bayangkan besar. Dah cukup 4cm baru dibolehkan masuk ke dewan bersalin. Hanya SUAMI sahaja yang dibenarkan masuk. Pak Mak, mertua duk luar je, tunggu sampai bersalin. Dorang kate camera tak dibenarkan dibawa masuk tapi nak try gak pujuk Dr Hamidah nanti. huhu.


Sedikit info, HPJ xkan mandikan baby yang baru lahir. Dorang akan lap2 je. Jangan lupe bawak baby oil untuk hilangkan lemak2 yang melekat kat baby. Dah balik ward nanti baru ibu2 akan mandikan sendiri. Untuk FPP, ward di tingkat 5. Tak sempat nak naik pi melawat. Kalau labour room penuh pun still dorang akan adekan bilik untuk kite bersalin. 

Itulah sedikit2 sebanyak info yang dapat dishare. Rase xpuas. Rase nak join kelas kat hospital lain plak. hehe.

p/s: daddy to be yang join, simpan kejap your notebook/hp bleh? time doc/nurse tengah terang2 tu bleh on phone, xsilentkan hp. Maybe terpaksa join kot..but have to respect orang lain gak..


p/s/s: ade ape2 class yang bleh dijoin lagi?

Thursday, February 17, 2011

Baju sandingku

Balik dari kelas nenen, trus ke SACC Mall sebab ade Pameran Pengantin. Apelah yang dibuatnye oleh mak pak buyong ni g pameran pengantin plak. Padahal rase malu tebal sangat time nak melangkah masuk ke dewan tu. hihi. 

Dahla tengah gemok, perut buncit, nak selit2 dalam orang ramai plak. Orang2 yang nak bagi brochure tu pun pandang atas bawah before bagi tapi disebabkan dah terpandang dulu, kenela bagi gak..hik3. Sambil jalan, terpaksa cover dengan perut dengan brochure2 tu. Barulah confident sket.

Inilah Roland Hasim

Tujuan utama nak g melawat booth Roland Hashim. Sebab before this ade orang pernah bagitau yang our wedding pic ke ape tah ade display kat booth die time pameran pengantin kat ampang point. So kali ni kami gagahkan kaki gak nak pi tengok. Rupe-rupenye our video during nikah and sanding pun die ade preview. And Roland ade inform ade fashion show kul3pm and my baju sanding naik skali. Lagila excited nak menunggu sejam lebih semata2 nak tengok baju. 

my dress hujung sekali

Kul3pm, dah standby tepi pentas. Biaselah Roland mane pernah nak punctual. So majlis start kul3.30pm. Ade 4,5 baju. Setelah sesi bebel2 Roland and MC, kuarlah baju i. Sukeee tapi sedey sebab model die xcantik (boley??). haha. Bagi aku, baju tu kene orang yang tinggi and berisi sket pakai. Takdela nampak berpin sane sini kat belakang. Rase bangga sebab baju tu aku design sendiri, penat2 berjalan sane sini mencari kain and of course segala cost dari hujung ke hujung bayar sendiri. Berbaloi2.. 


Close up sikit

Tapi still rase cantik kalo dipakai dengan tudung. *okey..mode:syok sendiri* :p. 



Actually baju ni untuk disewa. Sape2 yang berminat boleh contact Roland Hashim, 019-2863211 untuk dapatkan pakej. Baju lelaki pun bleh sewa sekali. Jangan risau, murah2 je.. 

Aritu ade yang email, nak tengok detail baju. Nila yang paling dekat i jumpa..huhu.


p/s: Sorry, pic from camera cikai je. Gambar tak berapa nak cantik.

Wednesday, February 16, 2011

Kelas Nenen


Tak taulah aku ni yang bersemangat lebih atau pun memang ini suatu kewajipan buat ibu2 yang mengandung pertama kali. Sabtu lepas, 12 Feb 2011 aku and Incik Amat join Breastfeeding Preparation Class. Adik ipar pun join sekali memandangkan kami beza sebulan je. Bile ramai2 baru bestkan. Kelas ni anjuran Sarakids kat Shah Alam. Entry Fee Rm80 per couple including breakfast. Class ni pun hari Isnin die announce, then class hari Sabtu. Tak dapat nak fikir panjang sebab seat pun limited. Terhad 10 couples je.


Kelas ni diceramahkan oleh kak Farah, owner Sarakids sendiri. Banyak sangat info2 yang kite tak terfikir. Memang bagus bagi ibu2 1st timer yang mengandung yang dah tanam niat dari awal nak exclusively breastfeed macam aku nih. Semangat bertambah berkobar2. Kebanyakannye membawa husband masing2. Tak ade alasan untuk husband2 rase malu nak join. Tapi kebanyakan husband zaman sekarang dah sporting dah nak join kelas2 macam nikan. Dah tak jadi masalah..


Kami diberi handouts and kupon Spectra 3. Tapi kupon tu hanya bleh digunakan pada hari yang same.


Then kami diberi sorang 1 baby doll untuk belajar teknik2 penyusuan. Agak kekok actually but it's fun. Time ni nak handle doll memangla senangkan. Kalau betul2 baby, harap2 senang gak..huhu..


Teringat kak Farah cakap, yang bagi susu FM, agaknye bape banyak ibu susuan baby kite tu..hihi..


Antara kata2 kak Farah:
  • Hari 1,2,3 selepas bersalin memang tak ade susu. Just ade 2,3 titik susu awal yang dipanggil kolustrum. Walaupun 1,2,3 titik, ia dah mencukupi untuk keperluan bayi. Jangan dengar cakap orang yang 'baby anda menangis sebab tak kenyang'. 
  • Jangan ade simpan sample susu FM kat rumah. If dalam keadaan terdesak, sure kite akan gunekan nanti.
  • Pekakkan telinge, cekalkan hati terhadap anasir2 yang boleh melemahkan semangat.
  • Susu yang diproduce akan sama banyak dengan umur bayi. 
  • Anak yang breastfeed walaupun kurus tapi tulang besi.

Kepada mommy to be yang berminat untuk breastfeed anak2 anda, blehla join class2 yang sebegini. Bukan kat Sarakids je ade, ade banyak lagi group2 yang adakan class macam ni. Kalau dah ade anak 2,3 pun bleh join. Bukan 1st pregnancy je. 

Harap2 niat murni aku untuk breastfeed my future baby dimakbulkan Allah SWT. Ameen..

Thursday, February 10, 2011

Tilam baby


CNY baru2 ni balik ke rumah MIL. Disamping balik untuk bercuti, balik dengan ade mission. Mission nak jahit sarung tilam dan sarung bantal baby kecik. 

Kain dah siap beli awal2. Jenis kain flannel. Bli kat Kamdar Rm5.40 semeter kalau tak silap. Jenis sejuk and murah dari kain cotton biasa. Cuma masalah kain ni susah nak dapat design yang menarik pandangan untuk orang yang cerewet macam aku ni. Jadinye, bapaknyelah yang diberi mandat untuk mempilih design kain dan colour yang sesuai. Yang penting nampak sweet and bukan bertema cartoon2.

Setelah berbelas tahun tak usik mesin jahit. Last sekali pakai time Kemahiran Hidup Form 3 buat projek PMR. Itu pun banyak antar kedai. huhu. Kali ni bertekad nak jahit sendiri walaupun pada mulenye bapaknye yang beriye2 nak jahit sendiri. Semangat betul. Jadi sebagai isteri mithali, aku hanya bagi support and tengok sejauh mane semangat die tu kan. hihi. 

.maknye.

Untuk ukuran dan acara potong-memotong kain, dijalankan oleh bapaknye. Aku just bagi pendapat and tolong tengok. Takut nak potong sebab takut tersalah. Kang tersalah mane plak nak dapat kain yang sebijik macam tu kat sane. Dah siap2 potong, sesi demo oleh MIL cara2 menggunakan mesin dan menjahit. Nasib baiklah MIL orang yang sabar melayan kerenah orang yang buta menjahit ni walaupun dah kul10mlm. Mesin automatik, susah nak control. Laju sangat. Ambik mase setengah hari untuk aku praktis nak control kaki kasi selow2 yang bleh. 

.bapaknye.

Akhirnye, sarung bantal kepala 2 helai dan sarung bantal peluk 2 helai aku berjaya jahit. Sarung tilamnye plak bapaknye dan wan nye yang setelkan. Sebab besar sangat. Susah nak control. fuhhh.. bangga tak terkata ok. Kire mak, ayah & wan ade bukti keje tangan masing2. Ingatkan time nak kawen je bleh DIY. Rupenye nak dapat baby pun bleh lagi nak DIY. hehe. Tapi kalo belek betul2 sarung tu akan nampakla senget2 sket jahitan tu. kih3. 

.tilamnye.

Tapikan, walaupun dah siapkan tilam baby ni, kalau pegi mane2 yang ade sale nanti confirm akan beli lagi tilam baby. huhu. Takleh nak kuatkan iman tengok yang cute2 ni.. Next mission, nak g bli kain lagi nak jahit 1 set sarung lagi. 


Wednesday, January 26, 2011

Check up 5


Semalam, pegi check up lagi. Orang sangat ramai plak tapi bukan untuk FPP. Kebanyakannye mereka2 dari KK yang bermasalah dirujuk ke Hospital Putrajaya. Yang FPP dipanggil nama, yang bukan FPP kene ikut no giliran.

Check up kali ni tak berapa nak sedap hati. Sebab Dr Hamidah cakap uri ke bawah tapi tak bagitau stage ke berapa. Tapi die kate tak yah risau. Jauh lagi perjalanan. Fuhhh.. die memang steady & cool. Takde pun cakap kene c-section ke ape2 kemungkinan besar yang bleh berlaku. Cume pesan kalo ade bleeding cepat2 pegi hospital. Memang baguslah die tak membuat patient gelabah, risau. Die kate masih belum boleh dipanggil Plasenta Previa. Aku research2, banyak suh rehat banyak2, jangan wat keje berat2. Boleh ke aku ni duk diam2? Asik nak berjalan je. Orang yang tak pregnant pun tak terikut langkah kaki aku. huhu.

Semalam pun buat detail scan. Macam biase. Time2 nak check up tula baby duk tido. Xde nak tendang2 pun. Sebelum dan selepas check up barulah die aktif balik. Pandai eh tunjuk baik depan orang. hihi. Alhamdulillah semuanye normal. Berat pun normal.

Maknye plak berat naik dengan jayanye 3kg! huahuahua.. Ni penangan roti canai Melayu ar ni. 3 keping aku sorang ok. Pasni xmo dahla. Tobat! Selalunye naik 1 kg je. Nasib baik nurse sentiasa tersenyum simpul. Tak ade nak cakap ape2. Kalau kat KK dah confirm next week kene minum air gula dah. Pressure pun ok. Kali ni kene injection Kancing Gigi. Sakit plak sebab dah lame tak rase kene inject kat bahu. Nurse cakap inject kat tangan yang kurang buat keje. So bagi yang kiri walaupun dua2 belah kejenye just taip YM je :p. Nurse cakap ade orang sampai lenguh2, berat nak angkat tangan. Alhamdulillah aku macam tak ade ape2 berlaku plak. Next check up akan kene inject lagi sekali.

Setiap kali check up mesti rasa terpukau, teruja dengan keindahan Dr. Hamidah. Tak tahulah kenapa. Maybe ade orang cakap die xsecantik yang aku gambarkan tapi bagi aku die cantik, and wajah die menyejukkan hati. Dari risau jadi tak risau bile dengan die. Die tegas dalam lembut. Dengan nurse pun tegas so takdelah nurse lebih2 nak cakap dari doc.

Oh ya, semalam ade sepasang suami isteri yang tunggu giliran nak check up. Bukan under FPP. Tak sure die dah tunggu from pukul berapa tapi yang si suami tak abes2 merungut lambat. Tapi si isteri duk diam je. Yelah, bukan kuasa die nak suruh cepatkan. Habis2 pun suruh si suami bersabar. Tapi bile no giliran isteri naik, die just cakap "anything just call me". Laaa.. tak nak masuk rupenye. Apela lelaki macam tu. Ingatkan cakap banyak, nakla teman isteri masuk. Sudahnye die duk luar bergayut je.. Aku yang duk sebelah die plak naik hangin. Macam2 perangai orang ni. Sabar jelah sape2 yang dapat suami macam ni.


Thursday, January 13, 2011

TQ Mamil

yey! sampai gak akhirnye!


Sekian lame menunggu. Adela 3 bulan lebih dok tunggu parcel kat opis tapi tak sampai2.
Kali ni toddler blanket. Rasenye before this dapat towel. Tak kisahlah ape2. Asalkan free. hehe.

Tuesday, January 11, 2011

Tak lapar pun..

Ade kemusykilan disini..

Kenapa lately susah nak rase lapar?
Akan lapar pagi2 je time breakfast
Then tengahari tak lapar pun
Petang beli kuih sebijik dua, trus kenyang sampai malam
Malam tu makan sket2 keropok pun kenyang dah
Makan ok, tak makan pun ok

Normal ke? 
Risau plak..

Friday, January 07, 2011

Dumex Gold

Haritu aku ade apply jadi member untuk club Dumex Gold nih. So tadi ade terima panggilan dari mereka2 ni suruh datang ke Hotel Midvalley Boulevard untuk buat testing product hari Sabtu depan. Product ape tu taklah pasti tapi die cakap Mamil Gold. Nak testlah manis ke masam ke ok ke. Akan diberi voucher RM50 and setin susu.

Aku suruh dorang call balik Isnin depan untuk confirmation. Ade sape2 dapat panggilan jugak ke? Kalo ade semangat sikit nak pergi beramai2 ;-)

Tuesday, January 04, 2011

Mommy & Bola



Piala Malaysia N9 vs Kelantan


11weeks

Piala Suzuki Separuh Akhir; Malaysia vs Vietnam


17 weeks

Piala Suzuki Akhir; Malaysia vs Indonesia (1)


18 weeks

Piala Suzuki Akhir; Malaysia vs Indonesia (2)


19 weeks

KLIA menyambut kepulangan Harimau Malaya


19 weeks

Orang lain yang mengandung, orang lain yang risau tengok aku gigih ke stadium. hihi. Tak taulah kenape semangat sangat. Orang ramai berpusu2, berasak2 pun aku tetap gigih melangkah same berasak2. Dalam duk berasak2 tu, Incik Amat gigih mengkipas kepala aku sebab takut aku nak pitam, pengsan. hik3. Tapi aku maintain je tak ade ape2. Dalam ramai2 orang tu pun macam ade 1 bende yang kawal perut aku dari terlanggar, dilanggar atau tersepit di celah2 ribuan manusia. Orang jatuh bergolek kat depan aku, tapi aku tak jatuh pun walau kene tolak. Hebatkan kuasa ibu mengandung?

Yang bestnye Incik Amat tak ade bantahan or bising2 langsung kalau aku nak pegi sekali tengok bola. Tak adelah berleter suruh duduk rumah ke ape. Yang die tau kalo aku cakap ok, larat, maknenye aku ok. Dari awal mengandung sampailah sekarang tak pernah nak duk diam. Tak taulah sebab baby or mak sendiri yang ngada2. hihihi


Wednesday, December 29, 2010

Check up 4


Semalam, pegi check up lagi. monthly check up. Setiap kali nak check up sure berdebar2 antara tak sabar and takut. Tak sabar tu nak tengok perkembangan anakku. Takut tu sebab urine test, blood pressure and paling takut timbang berat. huhu. 

Alhamdulillah semua normal and berat pun naik 1kg je. hik3. Puas hati. Baby 298g. cinonet eh die. Tapi semalam die duk rilek je lagi. Ala2 bersantai. Sampai je hospital semalam, perut lembik2 je. Takutla tu ek.. hehe.    

And paling best dah tau gender! weeeee~ cepatkan? Tapi nanti2lah kite announce. Maybe tunggu detail check up next month nak confirmkan lagi. 

btw, hospital putrajaya ade sediakan scan 3D. 4D tak sure plak. how much sume tak tau sebab next month dr hamidah cakap kite buat. hehe.


Wednesday, December 22, 2010

Ngidam pulak..

Sape suke ais krim?angkat tangan macam saye. *tangan lemah gemalai macam cite hantu kak limah balik umah*.. Sejak akhir2 ni suke sangat makan ais krim. Tak kirela pagi ke petang ke malam ke. Asal tekak rase tak sedap je ais krimla pengubatnye.

Pernah 1 tengah malam tu. Dalam pukul2 pagi, dua2 pun tak tido lagi disebabkan overdose tido siang. 
Aku: "Abg, nak aiskrimlah. Jom g bli jap". 
Incik Amat: "Dah kul2 pagi dah ni yang. Sok jela kite g bli eh". 

huhu.. terasa kekecewaannye. Padahal dah tau dah memang takkan dapat malam ni gak. Kedai dekat2 umah semua dah tutup. Saje menduga si suami. ahaks. Manela tau kot2 trus bergegas start kete pegi mekD ke. Macamla mekD tu kat ujung taman je kan. hihi. 

Aritu beli sebekas ais krim yang 500mL tu. Dari Salak Tinggi ke Sungai Besi abes aku telan. Dalam 40 minutes je. Incik Amat pun makan bape2 suap je sebab die tengah drive. Saje suh die drive sebab leh aku makan dengan penuh konsentrasi hik3. Lepas makan baru nyesal. Pikir gemokla, pikir nak g check up, pikir diabetes..

Pastu untuk dinner ke lunch ke suke yang mee/bihun yang berkuah. Especially bihun sup & laksa. Tapi alhamdulillah. Bile nak je, mesti ade. Belum pernah lagila tak jumpe. Kuew teow tekak dah banned sejak awal2 pregnant dah walaupun char kuew teow tu super favourite aku. Dulu bleh makan size besar punye tapi sekarang tengok Incik Amat makan pun kembang tekak. Ape2 jenis masakan kuew teow pun same. huhu. 

TAPI.. Meggi tetap menjadi pojaan hati dari awal pregnant sampai sekarang. 3 bungkus pun bleh.. :p

Hari2 kat ofis mesti nak minum teh o ais limauu. Tak dapat kat ofis, kat umah plak buat sendiri. Limau kasturi sentiase standby. Bukan sebab nak yang masam2 tapi aku pun tak tau kenape mesti minum tu. Time weekend tak de plak. Pelik..

Buat mase ni takdela mengidam beriye2. Kalau tak dapat tu redha jela. Hati senang terpujuk dan redha sekarang ni. Selalunye yang aku mintak tu Incik Amat macam layan tak layan je sebab aku dah pesan dari awal2. Setakat aku sebut sekali, dua tu xyah ambik pot sangat. Melainkan aku mintak beriye2 sampai tak nak makan yang lain barulah carik. Orang selalu pesan, itu semua hasutan syaitan. Wallahualam..

Minggu ni baru 18w. Jauh lagi perjalanan. Ape lagilah yang bakal aku idamkan nanti..

Tuesday, December 14, 2010

Petua/Pantang

Bile mule2 dikesan mengandung, dari depan, belakang, kiri, kanan orang duk pesan yang buat tu, jangan buat ni. Kadang2 rasa rimas tapi disebabkan ini semua kali pertama, jadi mane yang logik dan tak susah tulah yang aku ikut. Sebab sorang kawan dah pesan, jangan sampai ilang rase freedom and enjoy time pregnant hanya sebab nak dengar cakap orang. antara pantang larang/petua yang orang bagitau:

1) Jangan siang/bersihkan ikan - contohnye macam xleh nak belah ikan tu suke ati, potong kepala ikan tu etc. Tapi kalau tak bersihkan macam mane nak masakkan? So solutionnye aku suh orang kedai tu bersihkan siap2. hehe. Kang 9 bulan pulak Incik Amat tak dapat makan ikan.
2) Bawak gunting/paku dalam hangbad - katanye untuk mengelakkan gangguan makhlus yang halus2 tu. Kadang2 kalo ingat tu bawak, kalo terlupe tu tawakal sajelah. Kadang2 pakai handbag ni, kadang2 pakai hangbag tu plak so tak teringatlah nak transferkan bende2 tu.
3) Tak boleh mandi lewat2 malam - lewat tu after maghrib. Orang tu cakap nanti lewat/susah nak bersalin. Jadinye, balik keje pukul6 haruslah cepat2 mandi. 
4) Tak boleh makan dalam mangkuk/pinggan kecil - Xtau kenapa. Tapi tak follow pun sebab bergantung jenis food yang aku makan. Kalau megi takkan nak makan dalam pinggan lebarkan.
5) Jangan makan kicap/kopi nanti anak gelap - Mane leh tahan idop tanpa kicap. Kicaplah pembuka selera. huhu
6) Jangan tido banyak/kerap waktu siang - Nanti baby besar. Memang tak tido pun. Kalau tido pun 5-10 minit.
7) Jangan duduk kat tangga/pintu nanti susah nak melahirkan
8) Tak boleh bunuh/menzalimi/berburu binatang
9) Tak boleh kuar malam/lewat malam - yang ni still tak dapat nak ikut lagi. huhu. tengok movie midnite balik kul2,3 pagi. Dah nak balik tu baru teringat balik lewat. hik3. 

Petua nak mudah bersalin:

1) Lepas mandi hisap air dihujung rambut.
2) Pagi2 lepas solat subuh, buka sliding door/pintu sambil berselawat. Kalau nak keluar trus, lagi elok. Kalau tak nak keluar, biarkan grill tertutup je.
3) Pagi2 rajinkan diri keluar dan berjalan atas rumput yang banyak embun sambil berselawat. Seelok2nye 7 bulan ke atas. Buatlah seminggu 3,4 kali. Lagi elok ditemani suami.

Banyak lagi sebenarnye tapi nanti2 update lagi k. Sharing is caring ;-)

Sunday, December 12, 2010

Medela Swing

Eheemm.. sy dah dapat sy punye.yey!


Walaupun baru 16weeks tapi disebabkan semangat yang berkobar2, harus kene beli awal. Sebab ni antara  keperluan utama. 


Dah test motor die, serious tak bising langsung. Tapi tak sure kalo dah betul2 ade susu bunyi die lain plakkan. Tak berat pun. 


Walaupun beli di UK, plug masih boleh pakai kat Malaysia. Risau jugak sebab banyak bace feedback kat forum2 tak leh pakai. Dan masih dalam pertimbangkan nak beli yang manual pulak sebagai spare. Ape manual breastpump yang elok ek?

Thursday, December 09, 2010

16 weeks

This week baru masuk 16 weeks. Rasa lambat je masa berlalu. Setiap hari bangun tido, pandang perut then dalam hati "ok. blum besar lagi". Hari2 lepas mandi nak pegi keja or nak kuar pegi jalan2, nervous time nak sarung baju. Nervous sebab takut tak muat dah. Tak laratla asyik nak pakai baju kurung ke sana ke marikan. Alhamdulillah jeans zaman anak dara still muat lagi cuma tak leh nak button up and zip naik separuh. hik3.

Nak start beli maternity blouse sume tapi perut belum besar. Tak bersemangat nak pakai plak. Jadinye, pakai jela baju2 yang ade. Kene mood tak elok, rembat je baju Incik Amat time nak g opis. (pegi opis hanya perlu pakai tshirt and jeans sebab nanti sepanjang hari akan pakai jaket). Kalau mood baik sangat, berbaju kurunglah i beberapa hari dalam seminggu.

Tekak masih tak boleh menerima food from cafe kat sini. Bile lauk dah banyak2, dalam air cond plak tu, macam2 bau bercampur terus tekak kembang and meloya. Try cafe kat plant dalam pun same. Jadinye, terpaksalah skip lunch or bawak bekal from umah. Kadang2 heavy breakfast, then akan bertahan sampai around pukul 3, baru bleh turun beli kuih-muih. Balik ofis baru dinner secara normal. Nasib baik masih bleh aktif memasak.

Terbaca pantang larang di blog ally, nanti nak blog gakla pantang larang yang orang dok pesan2 tu. Ade yang logik dan ade yang karut.. :p

Wednesday, December 01, 2010

anyone??

anyone interested to buy Madela Swing?
lagi murah dari onlinestore.


Kindly, please email me at lavender_angel53@yahoo.com for more info ;-)

Friday, November 26, 2010

Check up


Semalam, pegi check up lagi. kali ke 3. Setiap bulan hanya sekali. Fyi, aku sangatlah malas nak pergi check up kat merata2 klinik macam certain orang yang pegi untuk scan sahaja sampai setiap minggukan. Memanglah excited tapi kalo dah selalu tengok dah ilang keterujaan plak. Maybe dah besar nanti lehla pegi for 3D, 4D.. 

Check up di Hospital Putrajaya. Under FPP ( Full Paying Patient ). 1st time datang check up pada 5w. Terus dapat buku pink. Time tu seronok sangat sebab tak yah nak penat2 pegi bertapa kat Klinik Kesihatan kan. Dengan diri aku yang sangat susah nak deal dengan ape2 yang berkaitan dengan gomen.huhu. cepat je nak panasss kang.. Tapi kat situ xdela appointment kul2, kul2 dah bleh jumpe doctor. Kene gak tunggu sejam gitu. Especially kalo Doc kene masuk labour room.

Aku pilih Dr. Hamidah. Doc yang mude and sangat berkaliber pada pandangan mate aku. Nurse2 pun ok. Itu pun kene sebut dulu kite ni FPP. Dari senyum sikit terusla senyum lebar. Maklumla kite ni bayarkan. Bukan bayar singgit je. Maunye tak senyum simpul. hehe. Setiap kali check up kene timbang berat, tekanan darah, air kencing and scan. Last month kene buat blood screening. Sampai kene cucuk 3 kali sebab darah xmo kuar. Bile dah bleh kuar, lembab plak mengalir. huhu. Nasib baik nurse buat slow2 je. Mintak maaf adela dekat 10 kali. So far, okla kat sini. Cafeteria ok. Hospital pun takdela bau ubat. Semuanye xde yang mendukacitakan perasaan. 

Tengok dari review bloggers, xjumpe yang pegi under FPP lagi. Kalo ade, inform me k.. ;-)

Wednesday, November 24, 2010

uweekk uweeekkk

Dulu before pregnant paling risau pasal morning sickness. Dengar cerite orang cam pelik2 je. Ade sampai muntah kuar darahlah, dari pagi sampai petang muntah..huhu menakutkan je.

Tapi so far alhamdulillah belum ade sejarah lagi muntah. Just loya, pening and nak pitam. Kadang2 time tengah2 nak masak tu nak pitam, lari jap baring atas katil, dah ok, continue masak balik. hehe. Bau2an semua boleh. Pendek kate tak ade alahan pun. Just tak selere nak makan. Pikir pasal makanan je rase loya. Tapi bile makan, abes gak makanan tu. huhu. Masak pun xde hal tapi disebabkan nak pitam tu maka aku malas nak masak. Tapi tak bley lambat makan. Lapar je trus ade food depan mate. Perit ok kalo lambat sket sumbat food. huhu.. 

Sejak2 pregnant ni, baru 3 hari aku MC. Itu pun dengan sengaja mentadah muke kat doctor mintak mc. Saje buat macam2 alasan. Padahal xde hal sangat pun :p.

Tapi disebabkan tak ade muntah2 bagai, 1st trimester biasenye berat badan akan turun tapi aku naik dengan sehatnye. haha. Xdela melampau2.. Just 2kg untuk setiap check up je. Ok ar kan..

Saat macam ni, ramai btul yang kate itu xleh buat, ini xleh makan. Haisy.. Mane yang logik tu aku ikut je. Mane yang xlogik tu, dengar tapi tak ikut pun. Ambik ati. Buat serabut kepala je. heh.


p/s: sok nak pi check up lagi. takut plak..huhu
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino