Showing posts with label the day. Show all posts
Showing posts with label the day. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Pic Sekitar Majlis

Alhamdulillah.. nikah dah, bersanding dah, honeymoon pun dah selesai. Banyak sungguh hutang entry. Ade masenye berkobar2 nak tulis tapi time tulah Incik Amat ajak kuar..haha. Takpelah. Mulekan sket2 dulu.. Mane2 yang termampu. Kite layan gambar je dulu ;-)

.Akad nikah.
 
 

Berdebar dalam mase yang same kene control2 ayu. Kalau tak nanti pengapit marah. hehe



Semasa sesi interview untuk video
.
  

Dah selesai Akad Nikah, berposing2 sini sana sket, continue dengan Malam Berinai Besar. Ade mercun semua tapi tak dapat nak tengok pun sebab aku just tunggu kat pelamin. Tapi time malam berinai merupakan event yang paling aku tak ske dari hujung rambung hingga hujung kaki. y? will story later k..

 

Keesokkannye, majlis dimulekan dengan alunan suara dari kumpulan marhaban. Sedap, ringkas dan cepat. hehe. Tamatnye persembahan mereka menandakan bermulanye majlis. Memang tepat kul12 dorang habes. Aku just dengar dari atas sebab time tu masih lagi bersiap2-makeup.


Here we go..Mase yang ditunggu2. Berarak dengan rombongan lelaki. hehe


 Time bersanding


Mau makan! fuhh.. tak puas gile tak dapat makan abes..huhu


Yang ni Majlis Bertandang di Temerloh, Pahang  Gambar2 yang lain masih dalam genggaman rakan2. Kat sini takde pelamin sume2. Majlis yang ringkas. Around 3 dah abes. Sangat sekejap tapi tak rase sekejap maybe sebab terlalu panas...


Last but not least..our honeymoon! weeeee!


Here, sket je pic yang dapat diupload. will story more detail in the next entry k.. tungguuu.. ;-) 


Tuesday, May 11, 2010

Alhamdulillah...


Alhamdulillah..Selesai semuanya dah.. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang..
Walaupun ade cacat cela tapi rasenye hanyelah cacat yang minor je. Cacat yang boleh tutup sebelah mate or diignore teros...heh..
Thanks to my bridesmaid yang sangat2 banyak membantu aku untuk menjayakan majlis. Terasa betul2 dilayan seperti Raja Sehari. I just name it, sure dapat beberapa minit after tu. huhu.
This Saturday Majlis Bertandang pula..Dijemput mane2 yang berada sekitar Temerloh, dijemput hadir k..
Segala review untuk majlis aku akan aku buat after pulang dari Honeymoon..Bile aku dah duk relax kat opis nanti :p.

I'm very happy with my new life, my new status.. Alhamdulillah..Doakan kami bahagia hingga ke hujung nyawa..ameeennn..

p/s: ade sedikit review dari Kay.. untuk lebih lanjut, tunggguuuu...

Sunday, May 09, 2010

Wedding Details

Okeh. Dah upload details pasal wedding sy. Bagi yang tak sempat dapat kad, bleh refer kat sini ye.

Bride

Bride's Map


Groom


Groom's Map



Friday, April 30, 2010

Kamis..

Hari yang sama, minggu depan..
Tak pasti ape aku akan buat.
Pakai inai untuk first round maybe..
Ke hulu hiilir jemput barang2 yang ditempah maybe..
Sibuk2 tengok orang buat doorgift, bunga telur maybe..
Kuar for mamak with my BFFs maybe.. (ni paling nakkk sangat curik2 kuar :-p)

tak dapat aku bayangkan suasana tu..
pe agaknye jadi ek?


p/s: reception dress baru selamat landing kat KLIA semalam..huhu..xsabarnye nak tengok..

Wednesday, April 28, 2010

#11

11 days to go..
phewww..btulla ticker tu akan memberi tekanan kat b2b saat3 mcm ni..heh..
Makin lame makin tak keruan aku rase..
Banyak yang aku nak update tapi rase macam takde mase je nak taip menaip ni.
Tu sebab macam kekurangan info blog aku nih..
Tapi insyaallah after kawen mau buat post mortem from A-Z..huhu..

Debaran makin terasa..
Dugaan pun makin hebattt...phewww..

Tuesday, April 27, 2010

antara dipaksa dan terpaksa..

Dalam sebelas hari lagi nak bertukar status, aku harus readykan diri untuk terima ada beberapa perkara yang tidak menggembirakan hati dan perasaan. Dahla kawen hanya sekali, ade satu bende yang aku impikan tidak mungkin menjadi kenyataan. huhu. 

Bukan kerana tak mampu, tak sempat etc tapi hanya kerana nak kene jaga hati. Amatlah tersiksa jiwa dan batin sebenarnye. Part2 nak menjaga hati ni yang aku malas sebab orang takde plak berkorban semata2 nak menjaga hati aku. Dengan alasan yang tak munasabah, harus dituruti juge. Deym! Harus redha dapat seribu penyesalan. Kalau aku tau... haih.. Harus diam2 pujuk ati sendiri. Makan ati beb. Tapi nak buat macam mane. Bukan senang nak cakap dengan orang2 macam tu. Yang suke2 mencampurkan tangan dalam urusan orang lain. Apekan daye..

Wah..ayat pasrah gitu.. Perasaan berbaur2..Blehla aku call Sinar FM nanti sesi meluahkan perasaan.. heh.

Saturday, April 03, 2010

mengomel..

Aku masih belum letak wedding ticker macam b2b lain2. Sebab?? Aku tak nak panik kot. Tak letak pun aku dah agak gelabah. Rase macam banyakkkk lagi tak setel. huhu.

Aku masih tak sewa/booking lagi accessories macam crown, selendang bla..bla..bla.. Tau tak mane2 butik yang headgear die bes2, selendang die cantek2? hurm. Nak carik selendang bagai kene tunggu baju nikah and berinai siap. Dua2 baju tengah dipayet. 

Deco bilik aku serahkan 200% kat mak. Aku hanya beli set bilik and the rest aku tutop mate takmo amik tau. boleh? hahaha. cume touch up sane sini nanti akan aku buat time dah dekat2 nanti. 

Cake masih belum tempah. untuk hantaran and time reception. tu lagi satu kes. Nak yang cantik, sedap tapi murah. haha. sile panggil sy pengantin bajet untuk tahun 2010. hope ade yang bleh bagi suggestion kat aku. huhu..

Catering, canopy and entertainment untuk hari bersanding juge diserahkan bolat2 kat mak. Ye. Semua mak aku akan uruskan memandangkan die sangat teruja nak setelkan semuakan. Lagipun gune alasan yang same macam cik nawal, "xde dalam bajet" or "bajet dah abes". haha. serious. alasan itu sangat berjaya okay. sile amalkan selalu. :p

phewww.. makin hari makin terasa tekanan dah..:-(

Wednesday, March 17, 2010

Wedding

Today, aku nak review sket majlis yang aku pergi last week. Before ni banyak je majlis yang aku pegi tapi tak bersemangat nak comment ape2. Disebabkan yang majlis ni BFF aku dan Incik Amad, nak kasi review sketla sebab bagi aku wedding dorang ni sangat menarik. BFF kami itu adalah yang lelaki. Azham@Am. Ini majlis di rumah perempuan. Majlis belah lelaki akan diadakan pada June nanti. Aku berada di sane dari awal majlis hingga hampir majlis sebab Incik Amad jadi pengapit.

Ape yang menarik?


Haa..ade kete kude tau. Ala2 princess gitu.. Impian Siti Nurhaliza pun tak tercapai nak diarak gune kete kude. hehe..


Pengantin melambai2 dari atas kete kude..


Macam bese ade silat. Tapi kali ni semua perempuan and pakaian yang kemas.


Pelamin yang kemas dan nampak suci.


Ade sesi tabur duit syiling dan gule2. Aku pun same2 berebut. hehe..


Untuk sesi potong kek, pengantin tukar baju. Kali ni memang terpegunla.. memang cantek dan ensem. hehe.


After potong kek, dorang buat outdoor. Dari rumah ke tepi pantai tu dorang naik kete kude tu lagi. Incik Amad cakap, kereta2 yang banyak kat jalan besar tu pun follow je kat belakang and lambai2 kat pengantin. wee~ beskan. Dapatlah merasa jadi princess@cinderella dalam 1 hari. hehehe..

Itu jelah sket yang bleh aku share dengan korang. Untuk doorgift lupe nak ambik sebab banyak sangat dan aku pun tak dapat pe pun sebab last balik, doorgift pun dah abes :p. Yang surenye telur pindang memang ade.

Monday, February 22, 2010

Hati tak keruan

Congrats to Amy, Asyhlla and Sabby! walaupun rase dah terlewat beberapa hari untuk wish. huhu. Sangat cantek oke wedding kamu semua. Dalam banyak2 wedding yang aku sangat2 suke tengok adelah pelamin, dress and doorgift. Gubahan hantaran, canopy etc agak kurang untuk menikam kalbu ini. Ketiga2 pengantin ni punye pelamin, dress and doorgift memang sangat cantek. and lain dari yang lain. Almaklumlah boleh dikatakan dorang tu sebagai sifu untuk b2b. hihihi. 

Kenapalah aku tak sekreatif dorang? Fikiran sangat kurang kreatif dan inovatif. Adekah sebab aku dari technical background? asik mengadap besi je.. heh.. Lihat saja wedding dorang membuatkan aku nak tukar design pelamin aku ke pelamin yang lebih simple. Actually dah cukup simple dah my future pelamin tu tapi mau lagi simple. Boleh?? Harus aku kene bebel dengan Roland nanti. hak3. And dengan my BFF yang asik menggoogle b2b's blog and tunjuk i macam2. Lagi meronta2 diri ni nak tukar the design :-p. 

But then, tunggu untuk beberapa ketika lagi. Nak bincang2 lagi and semakin ramai b2b yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Maybe boleh dapat banyak lagi sumber inspirasikan dari mereka2 kan ;-).

Monday, March 09, 2009

the day has come

7.45 a.m. mata dah tercelik. trus terpikir arini aku akan jadi tunangan orang. fuhhh.. nerbes2. tak mo pikir dulu. =P. dalam suasana yang sejuk tu rase cam nak tarik balik je selimut. pusing ke kanan tengok Nani and my future sis in law tengah sedapnye tido dengan air liuh meleleh. hak3. disebabkan rase jeles yang menebal, aku kejut dorang skali. padan muke. mane aci aku bangun sensorang kan. around 9 a.m nanti mak andam nak datang. opss.. not mak andam. but pak andam. turun bawah nak breakfast tapi takde selera plak. tolong2 ape yang patut. terase macam suasana pagi raye. Incik Amad call "Selamat Hari Raya". haha. see. die pun rase camtu sebab kene gosok baju, kat dapur penuh makanan, and pagi tu pun redup je. hurm.

9.10 a.m macam tu pak andam dah datang. sangat punctualla plak. bile dah datang tu memang tak dapat nak wat ape lagi dahla. nak makan, minum pun tak bley. first of all, aku inform dorang aku tak mo cukur2. tak kesahla bulu ape pun. i mean bulu kat mukala. hehe. jangan usik sket pun. kalo usik gak tolong tanggung dosa aku nanti. wat agreement siap2. ahaks. sejam je die lukis2 muke aku. bajet dalam 2 jam. bile tengok cermin, wahhh.. sangat tak ske. huhu. muke cam lain dah. rase nak lap pakai towel je muke nih. pastu rase bulu mata macam unta. panjang and berat. hahaha. taula bulu mata asal aku panjang and ke bawah.

aku ni dahla ni baru 1st time seumur hidup aku make up. baju plak lame nak pakai sebab banyak sangat button. nani buttonkan belah bawah, aku wat yang atas. kui3. tudung terlampau lembik plak. lupe plak nak lilin kan dulu or at least try dulu semalam. huish.. selambe je ar. sampai brooch pun cilok ibu nye. lupe sangat2 nak cek brooch ade ke tak. =P. secara overall make up agak tak puas hati sket sebab tak berjaya menyembunyikan pipi hamster ini. tapi aku sendiri yang lupe nak inform sebenarnye. hehe. abaikan.




terlalu awal siap watkan aku lenguh nak mengcontrol diri aku especially bile kawan2 aku tergelak besar. tapi kadang2 terlepas gak. sampai ke bawah dengar. hoho. bukan senang nak kumpul ramai2 camnih. so 1 per 1 kengkawan masuk bilik. sangat happy. especially nad yang dah tak jumpe hampir 7 years and frens yang tak penah sampai ke umah cam lyn, tasha and kay. dalam mase yang same aku betul2 sangat rimas dengan muke aku. huhu. rombongan datang lewat dari yang diplankan. around 12 baru sampai gara2 jurucakap belah pihak lelaki tersesat. hehe. about 80 orang dari belah laki sahaja. memang meriah gile.

bermulela sesi bincang membincang hal2 yang berkaitan like jumlah wang hantaran, mas kahwin and etc. agak lame gak. then kene panggil with my aunty untuk turun for sesi sarung cincin. waaa time ni memang nervous tahap gaban. tapi dalam pada tu aku dengar gak my fren pesan suruh slow2 turun tangga. ye ar. kang tersungkur, bakal mak mentua pun tak mo ngaku aku ni bakal menantu die. hik3. tapi aku rase cam aku jalan atas angin je. tau2 sampai je kat bawah. ramai gile orang tengah tunggu. perghh.. memang malu seyh. L tak penah rase malu macam tu.



bile jejak je kaki atas bantal pelamin tu, mak incik amad sound "aih, sampai kaki pun pucat?". kuang3. nak tergelak pun ade sebab tak sangka sampai kaki pun die perhati. duduk pelan2 siap bersimpuh lagi. cover sket perut takut2 kalo nampak berlipat plak. hauhauhau. 2 bentuk cincin disarung. 1 cincin merisik and 1 lagi cincin tunang. yeah..cincin tibe2 tak muat!! hahaha. tangan tengah berpeluh so menjadikan jari kesat. "eh, tak muat ke el cincin ni?!" mak amad pun terkejut. agak memakan 5 saat gak ar nak sarung abis cincin tu. aku dah sapu dah baby oil tadi tapi ketat gak.

time cium tangan and cium pipi pun wat aku tak tahan nak gelak lagi. tangan aku terketar2 sampai aku sendiri tak leh nak tahan dah. mak incik amad pun leh gi tegur tangan aku ketar. tambahla aku malu. =P. kalo stakat ketar tu memang lebih dari ketar dah. camera plak sume tuju kat aku. terase cam artis tibe2. nak senyum pun dah tak reti dah. ahaks..



bile sumenye dah setel lega bangat gue. dalam mase yang same aku cam baru tersedar yang aku dah menjadi tunang orang. tunang kepada Incik Amad. alhamdulillah. ape yang di plan before ni berjalan dengan sangat lancar. mulai harini tamatlah riwayat aku untuk mengusha jejaka2 di sekeliling. cop kat dahi pun dah start timbul dah ni. Incik Amad punye dahi pun same. haha. everything like sekelip mata je.


oh ya, pertunangan ini adalah dalam tempoh satu hingga dua tahun. tapi tak bley lebih 2 taun ar. tapi insyaallah 1 taun je. bagi laluan to my bro yang nak kawen on this October dulu. kita hanya merancang, Allah S.W.T yang menentukan segala2nya.

secara overall, majlis berjalan dengan sangat lancar. haa.. yang paling penting, berjaya avoid unsur-unsur PINKY dalam mane2 part such as pelamin, cakes, hantaran.. if ade pun just rose petals yang ditabur kat pelamin. malas plak nak carik black roses or white roses yang akan nampak lagi dull. doorgift untuk budak2 kecik tak cukup. coz ramai plak suke. but the cuppies cukup2 je. alhamdulillah. pembaziran tak berlaku =).

Tapi aku agak frust sebab bile betul2 depan cameramen aku tak reti nak act. aku still tak reti nak posing2 bile dah pakai tudung. Bukan mase tunang ni je. Time bese2 pun aku tak bleh bergerak bebas. Rase keras je leher. so tak nampak natural =(.


.cuppies.

sangat puas hati coz sume ini adalah hasil titik peluh aku sendiri selame 7 bulan keje. baru tau macam mane kite rase betapa nikmatnya menikmati titik peluh sendiri dan rase kite sangat menghargai every single cent yang kite kuarkan tu.

oh yes, aku berjaya diet. turun 5 kilo dalam mase sebulan. haha. tapi tujuan asal nak turunkan berat pipi tapi tak berjaya pun. tengokla gambar tunang tu. huhu. tetap maintain mak hamster.kui3.

p/s: ni je pic wat mase ni coz lambat lagi dapat from photographer. ni pun edit sendiri. abes sume jadi gelap. hehe. nanti dah ade tengok kat fotopages k..

+elyina+
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino