Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Pelamin anganku


Dah lame sangat rasenye tak mengupdate kat sini. Rasenye bloggers lain juge kalau dah kawen je sure blog jadi sunyi sepi. Then if dah berjaya memproses manusia baru memunculkan kembali dirikan. hik3.. Now ni kat office. Bolehla nak buat update. Kalau kat rumah, baru je nak sign in, teringat je keje2 yang tertunggak.

Okey. Kali ni nak langsaikan hutang pelamin plak. From previous post, you all boleh bace yang decorator untuk pelamin kene tukar last minutekan. And follow my mom punye choice. Boleh view kat sini.

The decorator was Pak Abu punye contractor. If u deal dengan Pak Abu direct, harga sure sekali ganda or dua kali ganda mahal sebab Pak Abu just jadi consultant then die akan sub dengan orang lain. And kebetulan, my cousin kawan kepada die ni, dari situlah kitorang kenal.

Mini Pelamin Malam Berinai

So, below, mini pelamin untuk malam berinai. Since my parents tak bagi duk atas pelamin time akad nikah, so pakai untuk berinai ajelah. huhu. sedey btul.


Ade effect lighting kaler biru kat belakang. Kebetulan kat rumah ade chandelier kat tengah2 hall tu so die centerkan pelamin tu ikut chandelier tula. Dah tak payah nak tambah lampu. Ade 2 spotlight from bawah. and two flower stands. Bunga tu i request nak gerbera.


Actually tempat yang tak letak lagi flower stand tu adelah laluan untuk ke hall lagi satu. So mase berinai, laluan tu kene tutup and laluu ikut pintu lain.


Dari porch, dorang letak candle stand ni sampai ke pintu masuk.


Kat pintu masuk, gantung lantern ni plak kat kiri kanan.


Kat bawah pelamin, atas carpet, kiri kanan letak candle gak banyak2. 

Untuk deco malam berinai, tak penah bagitau nak macam mane, nak letak ape, bla, bla, bla.. Semua dorang pandai2 buat sendiri coz aku lebih suke tengok yang surprise (of course surprise yang cantik) daripada bagi arahan. Dari segi seating, memang nak try kerusi yang macam ni tapi nasib baik tak gune time bersanding. Sakit woo belakang nak kene adjust duk tegak je. huhu

Pelamin Majlis Bersanding


Luas mata memandang. Sangat, sangat, sangat selesa. Banyak gile ruang. Leh muatkan dalam 30 orang satu mase (rasenyela :p) Takde kejadian tetamu yang bergambar terlanggar pasu bunga or lampu kiri kanan. Cume panas je sebab lupe nak mintak kipas. Tapi time bersanding, dorang terperasan and cepat2 letak kipas kat tepi. 


Stool kecik kat bawah tu untuk bridesmaid duduk. Alhamdulillah tiade kejadian kaki kebas mahupun kain tersingkap.


Pintu gerbang. Nampak macam pintu suke hati doraemon plakkan.


Dorang juge setup main table. Simple. Tak serabut. Actually ade sewa lantern tapi tah cemane, sume orang lupe nak kuarkan. Jadi, lantern tu hanyelah jadi penghias stor :p


Masih menggunakan gerbera.


Tangga pun tolong hiaskan. ye. hanye tolong walaupun material dorang sediakan. Takde dalam quot.


sirih junjung 22 belah pihak pun tolong buatkan juge.
bantal nikah pun.
deco sikit2 bilik pengantin. tambah mane2 yang patut. 
dan tak lupe hand flower pun aku tau2 dah siap je walaupun tak suruh buat ;-)

So, bagi sesape yang berminat nak menggunakan khidmat mereka ni, bleh email i untuk dapatkan contact number k. Dorang selalu buat untuk majlis2 di istana such as birthday sultan etc. and kelebihan dorang tak berkira and for sure takkan buat korang makan ati, terasa ati dengan perangai dorang macam mak,pak andam lain.

Tuesday, June 01, 2010

Hantaran

For gubahan hantaran, untuk dua-dua belah pihak kami menggunakan fresh flowers. Malas nak gubah gune reben etc. Sebab bile dikire2 balik kos untuk gubahan reben/artificial flowers lagi mahal dari gune fresh flowers. Cume nak menggubahnye kene last minute and cara cuba-jaya je. Dah belajar dari pengalaman bertunang, banyak spent kat hantaran. Kali ni, serba ringkas dan serba jimat. hihihi.

Bunga diborong dari Floristika, Bangsar. Boleh tengok kat sini time kami beli belah aritu. Urusan pengambilan sume diuruskan oleh BFF. Mas and Nani. Bad luck untuk aku. Dahlah harga naik RM4 dari harga asal, stok bunge yang diorder plak habis. Jenuh Nani call aku report yang tu xde, yang ni ade.. sudahnye ape yang ade jela ambik. Rase nak marah pun ade.. Dah booking dah kot, bleh plak xde..huhu.. Tapi dengan menganggap itu sume dugaan, redha jelah. Hantaran je pun. Asalkn ade bunge, gubah aje. Ramai lagi yang dapat dugaan yang lagi teruk dari itukan. 

Pagi2 hari nikah, BFF bangun awal bertungkus lumus siapkan gubahan termasuk untuk belah lelaki. Mule pukul 8 pagi, around kul 1 lebih dah siap. Walaupun xde pengalaman dalam gubah2 hantaran ni..jadi gakla akhirnye..hehehe.. 

Antara hantaran daripada pihak lelaki;


cincik + mas kahwin + cek


makeup set


handbag + wedges


camera

Antara hantaran daripada pihak perempuan;


cincin


camera dikelilingi chocolate


perfume set


laptop


fruits

For sirih junjung untuk both side, minta tolong pelamin decorator tu tolong gubahkan jap :p. Just sediakan bahan and bunga2 yang diperlukan. Request nak yang moden and tak perlu serabut macam dalam taman bunge sangat. Dahla mintak tolong je, bleh plak nak request itu ini kan..hehehe..


  

TIPS: Kalau rase tangan tu lagi keras dari kayu, jangan ingat takde bakat nak gubah hantaran etc. Dengan prinsip 'selambe je' anda pasti berjaya. ahaha. Dari membazir bayar orang tolong gubahkan RM70-150 per dulang, baik gubah sendiri. save 50%. and dapat mencungkil bakat terpendam ur BFF/sedara juge!chayok!

Saturday, December 26, 2009

Hantaran Hunting

Sempena Y.E.S 2009 ni, kitorang ambik kesempatan untuk mensoping barang2 hantaran yang boleh dibeli tanpa memikirkan tarikh luput barang tu. macam kek ke xblehla beli skarang kan.

so untuk mensetelkan perfume set and make up set, kitorang mensetelkan kat Sogo. kebetulan time2 nak christmas ni Sogo memang buat sale/promo product2 macam nih. haa..tinggal pilih jela mane yang berkenan. berebut2 abg-sales-girl tu nak promote kat incik amad.kih3..

then, baru2 ni melawat Habib Jewels since dorang ade buat sales and cuci gudang. a day before dah ternampak yang berkenan dihati kat Alamanda tapi bile pegi kat Semua House takde cincin tu. huhu. rase down terus jap. tengok2 yang lain still xde pun. xpela. since ibu still akan dapat discount walaupun tak sale, so lain kali jela beli. but setel ring untuk incik amad. yey! senang hati sket.

after Habib Jewels, melawat plak KLCC. searching for handbags, kasut. and for the first time aku nampak je handbag yang aku ske trus grab and bawak ke cashier. tanpa pikir banyak2 kali. haha. then carik kasut incik amad plak. pun berjaya setel. kasut aku je xde. time limited. sampai dorang dah buat announcement tutop kedai still blum jumpe lagi. kenela pending dulu and continue next week.

Monday, May 18, 2009

Magazine Gubahan Hantaran

dah beli dua-dua magazine ni. hehe. aritu gi pasar malam ngan sis in law. die sebuk beli magazine deco umah sebab tak lame lagi die nak pindah. aku pun wat2 tengok magazine yang ade. wat2 tunjuk magazine nih sambil wat muke buku tu sangat menarik. haha. last2 die suh ambik magazine tu. beli 22 skali. hoho. sebiji buku RM19.90 rasenye (sebab bukan duit sendiri, tu yang tak ingat bape harga.haha).


.Koleksi Hantaran Pengantin.

Mag ni tentang koleksi gubahan hantaran yang penag kuar Majalah Pengantin before ni.. Banyakla contoh2 yang menarik dan yang tak menarik pn ade. heh.. Ade gak tunjuk cara2 nak gubah sendiri.


.Variasi Hiasan Hantaran.

Mag ni keluaran Alaf 21 plak tunjuk macam mane nak wat bunga dulang, bungan pahar, bunga telur, bunga tangan. Dorang tunjuk care nak bentuk bunga tu step by step. Bagus jugak. Banyak gile jenis bunga. Bunga dip, bunga stokin, bunga tekap, bunga sabun dan banyak lagi. Tak taula terbuat ke tak nanti. Menang membeli dari menang menggubah. hik3.

+elyina+

Saturday, January 31, 2009

pameran pengantin 2009



From Banting nak g Pameran Pengantin 2009. Singgah sat kat Puchong ambil cupcakes yang dah dibooked yesterday from de hearts cupcakes. 9pcs for RM11. ok kot. just nak rase how is it. sangat sedap and sampai sayang nak makan all the cakes. huhu. cute sangat plak tu dienye design. dahla mini size. so 6 cuppies ilang dalam sekelip mate. sambil driving pun bley. ahaks.

then heading to Shah Alam. 1st time ikut highway shortcut from Puchong to Shah Alam. can't remember pe name highway tu. tetibe kuar tah kat mane2 tah. redah je. lastly berjaye nampak building Plaza Alam Sentral tuh. huh.

Dengan penuh azam & jayanye kami melangkah masuk plaza tu. macam tak ramai je. round2. jalan2. usha2. abes. laa tu je? banyak booth photographer and wedding card. bridal boutique pun adela satu, dua kot. haih. xberbaloi datang jauh2. pastu dengan tempat yang kecik & agak xtersusun. kitorang 1st time datang pameran pengantin so xtaula maybe selame ni memang macam ni kot keadaannye.

then chow balik ke Banting singgah Nilai 3. bli perkakasan gubahan hantaran Incik Amad plak. susah nak carik without plan awal2 nih. sekejap ke hulu, sekejap ke hilir. penat beb tapi xpela asalkan die puas atikan. tak taula cemane hasilnye nanti ;-)

+elyina+

Wednesday, January 21, 2009

kaler

Baru je call ibu. Die sedang berusahe untuk menggubah hantaran. olso tengah memasukkan unsur-unsur my feberet kaler (itamla tuu) hehe. hopefully cun. (kalo tak cun pun redah je. janji puas hati).

memule ingat die xmo dah letak langsung. hampir pasrah. tapi bile dengar die nak letak tu, letak ni alhamdulillah. terlembut gak ati die. hik3.


green+black

+elyina+

Tuesday, January 20, 2009

checklist barang hantaran

So these are barang-barang hantaran for him & for me.

For him.
1) Jam *done*
2) Sirih Junjung *sis-in-law sponsor. done*
3) Buah *2,3 days before*
4) Belt & wallet *done*
5) Baju Melayu + Songkok *Jalan TAR*
6) Cupcakes *not yet*
7) Cake *done*
8) Chocolate *not yet*
9) dunno yet.(sis-in-law sponsor)

For me.
1) Ring *done*
2) Sirih junjung *still blum tempah*
3) Baju kebaya + handbag *done*
4) Buah/Pulut kuning *a week before*
5) Telekung + Sejadah *Jalan Tar*
6) Kek *blum tempah*
7) Jam *done*

+elyina+

Monday, January 19, 2009

barang hantaran

semalam pegi Nilai 3 wif Incik Amad. Semangat nak beli perkakas untuk gubah hantaran. 1st beli rehal untuk letak Al-Quran & telekung. sian Bangla ke Pakistan tah kene tawar harga ngan Incik Amad. sampai mengeluh. ahaks. xpe. janji puas atikan.


Then,merayau la mencari telekung plak. setelah disurvey, telekung kat Jln Tar lagi murah daripada Nilai 3. so decide untuk pending dulu.

So tujuan sekarang nak carik material & perkakas gubahan bunga untuk hantaran Incik Amad. Bersemangat ni. hik3. same2 menyumbangkan idea & mencari kelainan. 1st time nih nak try gubah.

Sebenarnye die yang beriye.Suruh letak tu, letak ni. Nak carik kaler merah cili tu xde plak. trus tukar ke baby blue. okay gakkan. nasib baik dapat Bf se'sporting' Incik Amad. Nak gak die same2 turun padang carik barang deco kan. hehe. Akak salesgirl tu pun pening tengok kitorang yang memain dalam kedai die.(sooo childish otay..ahaks). Actually ni just nak test je. nak test lawa ke x. if lawa proceed. If not, carik len. ade lagi sebulan je. sempat kotkan. hmm..

Then carik bakul plak. Ibu call suh carik bakul untuk letak buah. haa.. hasilnye dapat bakul bentuk ala2 sampan ni. xtau sesuai ke x. janji beli dulu.ahaks.



Terpakse balik awal nak tengok Anugerah Juara lagu 2009 =(

+elyina+

p/s: suddenly incik amad tukar fikiran plak.bagi rehal wif quran on our wedding nanti.huhu.
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino