Showing posts with label card. Show all posts
Showing posts with label card. Show all posts

Monday, June 07, 2010

Kartu Undangan

huhu..lame sudah post seterusnye tergendala. Nak update pun, ade je keje nak keje buat. My another blog pun kene berupdate gak. Tapi takpelah. Kite update sikit2lah. Asalkan ade progress. hehe.

Kali ni nak share pasal invitation card. Boleh refer dari post ni. Dari sejak zaman hard cover muncul, aku memang dah berniat untuk buat time aku kawen gak. So mase mule2 buat bajet, bajet untuk penempahan kad haruslah diutamakan. Asalkan impian aku menjadi kenyataan. hehe. Bile survey2 kat sini, harga average RM3-RM5 ke atas kan. Itu pun 1000 pcs ke atas. Berpeluh gakla bile dengar. So bile survey2 lagi, ramai orang tempah kat Indon, usaha pencarian rezeki harus dilipat gandakan untuk pergi ke Indon pula. Alhamdulillah. Sampai gak ke sane. 

Dan survey2 lagi, kali ni untuk dapat tempah yang murah, cantek dan cepat. Hari2 kat office dihabeskan dengan mensurvey tempat buat kad. Beribu2 quot aku dapat. Kebanyakannye kat Pasar Tebet. Satu hari, hampir2 seminggu lagi sebelum pergi ke sane, usahe mensurvey masih diteruskan lagi. Sehinggalah terbaca satu blog ni, dah lupe link. Ade connection dengan deejay Suria FM. Adik/sedara die ade tempah kat situ gak. So aku dengan tak malunye email die untuk tanye the details. And die dengan mesranye bagi all the details and infos. Mengikut info tu, memang murah and yang paling penting boleh siap dalam mase 3 hari. Trus call orang kat sane and set an appointment untuk jumpe kat sane.

Di Jakarta, tak lame after check-in trus dapat call yang die dah tunggu di bawah. Senang betul tak payah pegi ke kedai. Die bawak beberapa sample and aku bawak the details. After discuss dengan Incik Amat and Lyn (bridesmaid), ambik je sample yang ade, just tukar colour untuk mempastikan boleh siap dalam mase yang dikehendaki. Dalam kul6 bagi details, kul10 mlm datang balik untuk proofread. Agak tak puas hati sebab masih ade bahasa2 indon yang di bahasa malaysiakan. Tak suke. Edit lagi. Pukul 9 pagi datang balik, cek lagi. Masih ade 2,3 ayat tapi dah boleh proceed untuk printing. Yes! Debaran bermule. Takut ade tersilap lagi and berdebar kene marah dengan abah. hehe. Deposit separuh dari full amount dah bayar. Untuk menjamin keselamatan, die bagi aku pegang ID card die. ID tu kire macam IC la. So on the last day, die datang antar 2 kotak besar kad ke hotel. Alhamdulillah tak ade silap kat mane2. Lega.. Dah bleh tersenyum lebar sebab satu impian dah tercapai. hehe. Oh ya, semua discussion bertempat kat lobby hotel je.



Tapi envelope tak setel lagi. Usaha gigih diteruskan dengan Incik Amat ke Jalan Pudu untuk custom made envelope. Kat sane, u all bleh cakap je macam mane/ape jenis envelope yang korang nak. Dari satu kedai ke satu kedai g tanye, last2 dapat gak kedai yang murah. Envelope yang kulit agak keras around 20 sen je. Sangat2 murah sebab dah survey kat kedai wat kad kawen dalam RM1.20 untuk envelope sahaja. huhu. 2 hari je dah siap. 





And bile balik ke rumah, kad yang dah siap tu terasa kosong plak bahagian depan tu. So decide nak tambah ribbon plak. hehehe. keje yang remeh temeh tu bagi kat ibu sebab tangan aku dah tak tercapai nak wat keje2 macam tu. Resultnye macam kat bawah. Tapi buat mane yang sempat je. Sorrylah kalau yang dapat tu xde ribbon plak ;-)


Tapi bagi yang berpendapat 'kad cantik macam mane pun, orang buang gak', tak kesah pon. Sebab ade beberapa orang yang simpan and display kad tu kat dalam almari dorang. Walaupun 1 dalam 100 tapi kepuasan itu penting. Puas sebab impian selama ni dah tercapai.. ;-)

TIPS: In my opinion, seelok2nye letak dua-dua invitaion (belah lelaki dan perempuan) dalam 1 kad sebab if kawan2 tak dapat hadir belah perempuan sebab jauh dan sebagainye, still ade bleh pergi yang belah lelakikan. Macam yang aku selalu buat. Pegi mane yang sempat :-)

Friday, April 30, 2010

Utusan Jemputan..


Dengan rendah dirinye meminta kamu2 sekelian mengemailkan alamat untuk urusan penghantaran kad jemputan yang tak seberapa ini... 
kalau rase malas nak email, tinggalkan kat comment/chatbox pun bleyla..
sila sertakan nama penuh sekali ye ;-)

email: lavender_angel53@yahoo.com.

Semoga dengan kehadiran anda semua dapat menyerikan lagi majlis saya..

Friday, February 19, 2010

Dah sampai!

Pagi tadi dapat call dari someone
Tanye rumah kat mane
Bagi direction ke rumah sewa tapi die pelik
Sebab address kat parcel tu lain (umah parents)
termalu jap sebab dah terangkan panjang lebar direction umah sewa :p
Rupenye2 orang tu nak antar parcel dari Indon
Doorgift and invitation card dah sampai
weeehuuu~
tak sabar nak tengok!



p/s: kengkawan, shipment through kapal amik mase kurang dari sebulan je. If from Indon, better takyah naik pesawat. Kos hampir 3 kali ganda. just FYI..;-)

Wednesday, January 27, 2010

Jakarta

sorry agak lame menyepi. baru 2, 3 hari pulang dari Jakarta untuk membeli barang2 yang perlu untuk majlis nanti. Tinggal di Hotel N1 IDR265k per nite. 10 minutes jalan kaki ke Tanah Abang. Ke sana 4 hari 3 malam with FMIL, my bridesmaid & Incik Amad. Rase betul2 tak cukup. Bershopping secara marathon amatlah penat. berkejar berlari nak setelkan satu2 hal. Ini semua gara2 tak percaya kepada diri sendiri untuk membuat proof reading secara email. Tapi hasilnya sangatlah memuaskan hati dan sanubari. exchange currency rate dapat IDR 1juta = RM363. ok. jom kite story dari mule.

*Doorgift
Untuk VIP and friends dah siap ditempah kat Kikie Bridal Mangga Dua. Thanks to Fiza, WLT, Diah for all your infos. Dengan semua info tu dah tak perlu nak rambang mata and survey ke kedai2 lain lagi. Sampai2 ke Jakarta terus ke Mangga Dua and jumpa Kikie. Berjaya disiapkan dalam masa 3 hari saja. Tapi atas sebab tak mahu excess luggage, semua di pos melalui kapal. and jangan tanya costing untuk pos tu cemane sebab aku main bayar je. huhu. doorgift untuk kawan2 tu aku design ala2 gothic sket. gile x? haha. if mak sendiri tengok sure rejectnye. hihi. Untuk kengkawan, sila datang jumpe pengantin time pengantin tengah make up2 untuk dapatkan special doorgift itu ok. hehe. VIP plak untuk rombongan sebelah lelaki. akan diletakkan siap2 atas meja makan. untuk VVIP (meja makan beradap) my bro sponsor. So tak yah ambik tau :-).



*Invitation Card
Tempah kat sane juga. From Andi. Jumpe just di lobby hotel. Bagi die all the details. Terangkan mane yang patut sebab kadang2 bahasa dorang ni berlainan sket. Around 6 p.m bagi the details, dalam kul10 mlm die datang lagi suruh cek lagi all the spelling. And still ade salah lagi, i request him to come again about 10 a.m esoknya untuk cek lagi. kire lastla tu. Then baru die proceed printing. Untuk card aku, aku pilih design yang ade je tapi colour tukar. sebab aku malas nak suruh die buat yang pelik2 and takut lagi pelik plak jadinye. Yelah, sebab aku nak die siapkan dalam masa 3 hari je. Tapi bagi yang ade banyak mase, silalah bawak design sendiri memandangkan designnye sangat limited. Kad tu berharga IDR8000 for 600pcs. hard cover. Mane nak dapat harga macam tu kat sini untuk quantity macam tukan. if bukan hard cover xyah susah2 buat kat sane. and dapat free 200pcs jemputan for akad nikah. request 100pcs je tapi die nak bagi 200. ambik jelah.

Andi ni aku suke sebab die Islam and very hardworking. Time datang antar kad tu memang muke tak tidola. bawak wife and anak die. Tah kenapa rase sangat syahdu plak tetibe time tu. hik3.. pic takde. nanti sape2 yang nak kad, bleh tinggalkan email k and also sape2 yang nak tempah kat andi pun bleh mintak no tepon.

*Lace & textile
Memula plan nak beli kat Mayestik tapi Andi cakap Mayestik pun ambik dari Tanah Abang. So untuk menyenangkan lagi, beli jela kat Tanah Abang sebab Mayestik agak jauh dari hotel. In Tanah Abang kat basement tu memang penuh kain ela. memule tu jalan je dulu tapi sampai kat satu kedai trus tertarik tengok ade 1 lace ni. tak sempat dahla nak survey. trus berumahtangga kat kedai tu. I bought 2 m lace + 4m shantung for IDR 1 juta. beaded lace. and dah survey kat Jackel 1k++. tapi maybe different quality kot. dunno. bridesmaid pun setel. for bridemaid dapat IDR120k. 2m lace + 4m lining. and sangat suke the colour. untuk incik amad pn shantung IDR 20k per meter rasenye. tak ingat sangat.


Mencarik chiffon untuk akad nikah tapi tak berapa suke chiffon dorang. Sebab carik chiffon ala2 tisu tapi tak de. so decide nak beli kat KL je. Yang lelain beli cotton untuk pakai saje2 and beli kain for hari raya for both of us. hihi. tak kawen lagi dah siap baju raye :p.

Tujuan utama nak ke sana nak settle kan 3 perkara penting ni je. and semuanye success just for akad je tak jumpe. on 2nd day abes settle semua dah. on 3rd day we all ke Bandung by train. 3-4 hours. then petang balik semula ke Jakarta. Secara overall, lagi banyak yang boleh kite save if kite beli barang2 from sane nak bandingkan di Malaysia. Macam textile if u nak buat/tempah baju sendiri, sangat berbaloi beli sane. Hardcover card jauh banyak beza than kat sini. Doorgift pun macam tu gak. tapi ramai orang cakap bile calculate dengan hotel, transportation semua same je. but to me still xsame. flight tix we all dapat RM65 per person pergi balik including tax. Hotel baru RM90++ per nite. transportation disuggestkan just naik taxi Blue Bird daripada ambil supir for the whole day. sebab kite akan abeskan mase kat satu tempat tu dalam 5-6 hours. and paling penting sambil2 tu dapat melancong and jalan2. hehe.

and sempat capai 2 wedding magazines. agak mahal berbanding sini. tapi all the infos agak lagi advance. so next month sape2 nak g ke sana nak kirim belikan mag bleh?hihihi...

Tuesday, February 03, 2009

e-card

Oleh sebab takde orang nak ambik order tempahan 50 keping kad saje, so sy bertekad untuk men'design' kad sy sendiri. frust gak sebab impian tak tercapai. nilah ' invitation e-kad saye. hehe.


.front page.


.2nd page.

hehe. cute x? nilah keje sy di opis. at least berjaye hasilkan sesuatukan. dari duduk je surf mende2 yang kurang penting. rerasenye ok x?(hehe..macamla ade orang yang bace blog ni).

+elyina+
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino