aku tak tau bile mulenye Beautiful Blogger Award ni tapi semalam baru terperasan ramai bloggers wat entry dengan title yang hampir same. Mereka2 yang mendapat award ini harus senaraikan 7 tentang diri sendiri. Kenapa mesti 7 ek? Maybe sebab bukan 10. hehe.. Mendapat award ni dari Road to 2011.. macih ye :-).
Ok. Berikut adalah 7 tentang diri saya.
1) Bakal berkahwin dalam masa kurang 100 hari dengan bekas kawan baiknye sendiri.yey!
2) Dalam perbelanjaan bab kawen, bajet dah dibuat tapi ske membeli/membooking yang terlebih dari bajet bersama cogan kata "kawin hanya sekali seumur idop, harus lakukan tanpa wujud sebarang penyesalan selepas kahwin nanti".
3) Saye adalah seorang yang panas baran :-(
4) Hari2 akan bukak website Air Asia untuk tengok latest promo then hasut rakan2nye untuk pergi holiday.
5) Saye agak pemalu. Tak tahu cemane nak pegi wedding bazaar tu nanti.huhuhu..
6) Hampir keseluruhan majlis sy uruskan sendiri kecuali catering and canopy. huhu.. penat tapi puas hati.
7)Sentiasa risau tentang kenaikan berat badan. Kalau menurun sangatlah suke. Walaupun mencapai berat ideal tapi tetap sentiasa alert perkembangan dan penguncupan badan. hik3..
Itulah die 7 tentang aku nih. Untuk seterusnya sy nak mentag semua yang ade dalam list blog tepi nih. Mane2 yang tak dapat or tak buat lagi tu sy hadiahkan award ini kepada kamu semua. sekian.. ;-)
6 years ago






4 comments:
haha suka statement no 2!! itu sebenarnya ayat menyedapkan hati sendiri bila dah over budget.. haha..
sk> tau xper.kalau ikutkan ni dah banyak btul penyesalan nih.hahaha.. redha jela..
ye no 4 sgt betull!!
sebagai seorang yang lemah dgn hasutan, sy selalu terpengaruh!! hahahah
hik3..akan ku pengaruhi lagi nanti.. tunggguuuu...
Post a Comment