Cepat masa berlalu, dah check up ke 7 dah. Appointment kali ni kul8.45am tapi kene datang kul8 untuk MGTT or dengan kata lain minum air gula! Malam sebelum, kul10 dah start puasa dah. Ade gak curik2 minum air sekali dua. Selagi lom lelap mate, selagi tu ade rase dahaga. Kul7.50am dah terpacak depan HPJ. Nasib baik senang dapat parking. Kerana 1st time buat check up waktu pagi, baru tau pagi2 ade bacaan doa and pagi2 SANGAT ramai orang.
Dah daftar, timbang berat, check pressure semua, g bilik prosedur A untuk ambik darah. Yang kat depan cakap 8.05am. Bile sampai kat bilik prosedur A, baru bukak bilik and baru nak setup barang2. huhu. Kul8.15am ambik darah. Nurse bagi 'sekampit' gula. Tergamam kejap. Ingatkan dorang akan bagi dalam bentuk solution tapi rupenye kene bancuh sendiri kat cafe. Macam tu ke kamu2 semua buat MGTT? Memule gerun gak tengok sekampit gula tu tapi bile baca label, FLAVOUR: LEMON. ahh bisa diaturrr...hihi..
Pegi ke cafe, bancuh dengan air suam, minumlah dengan semangatnye. Bleh tahan sedap. Takdela rase mual2, loya2 macam komen certain orang. huhu. Dah minum, xleh makan, xleh minum selama 2 jam. Dukla melangut tengok Incik Amat sedap punye breakfast. Walaupun memule die tak nak makan sebab kesian kat aku kang terliur tapi aku balik yang kesian kat die sebab kene berlapar plak.
Dalam 9.40am, jumpe dr hamidah. Dr Hamidah ceria macam biasa. Cun macam biasa. Buat rutin biasa. Scan baby lagi. Baby dah 1.8kg. Kedudukan bagus. Always ke bawah. Uri pun dah maintain ke atas. Air ketuban cukup, tak kurang, tak lebih. Nak buat 4D lagi tapi anakku ni memang pemalu betul takmo pandang tepi. Dok bizi terkumat kamit mulut minum/makan. hihi.
Tunggu lagi setengah jam untuk ambik darah lagi. And kene cucuk untuk ATT juga. hoho. 3 kali hari ni badan kene tembus ngan jarum. Keputusan MGTT aku tak tunggu pun. Terus balik. Tunggu dorang call or next check up baru review. Dah kul11 dah time tu. Kalo dorang tak call tu anggap tak ade apelah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
# Rase terkejut and super annoying bile ade lelaki yang cakap perut aku besar and kebesaran perut itu die nak bandingkan dengan perut wife die yang baru je 4bulan. erkkk.. I tot perempuan je suke banding2kan perut orang pregnant sape lagi besar or kecik. Rupenye lelaki spesies tu pun wujud. Terima kasih kerana selalu memerhatikan perut aku.
Incik Amat cakap : "die dah biasa tengok yang kecik kot".. err macam ade double meaning plak..hik3.
#Yang perempuan2 asik tekejut kekecikkan perut ku yang tak setanding dengan usia kandungan.
# Disebabkan baju semua muat lagi sampai tak sedar tak de beli selai pun maternity dress/blouse lagi.





2 comments:
el, kena bancuh sendiri ek..kat sini diorg bancuh kan..n for me, xde la teruk sgt pon..hehe..tgh lapo kot nya..jd minum pon tanpa perasaan...hehe
ooo..tula el pelik kene bancuh sendiri. betul2..tengah lapar and dahagakan.zasss jela..
Post a Comment