Monday, May 21, 2012

Bila anak dah setahun..


Sekarang jam 2.29am..
Setahun yang lalu, dikala ini aku sedang bz push-push untuk keluarkan zuriat kami..
Setahun yang lalu, dikala ini pakar bius, nurse, gynea tengah busy nak prepare aku untuk ke OT
Setahun yang lalu, dikala ini aku tengah bertarung dengan nyawa nak mengeluarkan seorang umat Muhammad yang dinamakan Nuh Diniy Bin Ahmad

21 May 2011, 3.9kg, 3.37 am

Rambut dicukur- 7 hari selepas lahir

Yup..
Nuh Diniy Bin Ahmad dah berusia setahun harini
Alhamdulillah dengan limpahan rahmatmu..
Kami berjaya membesarkan khalifahmu pada tahun pertama.
Syukur Ya Allah..
Besar nikmatnya bile dikurniakan rezeki yang teragung dariMU

1st month, 4.4kg
*dah mengiring*

2 month, 5.8kg

Rasa syahdu, terharu, sedih bercampur baur
Cepatnye masa berlalu
Belum puas lagi nak dukung, timang, menyusukan Nuh
Semakin hari semakin membesar
Semakin banyak kepandaian dan kebijaksaan yang membuatkan aku speechless
atau sambil berkata kepada Incik Amat "Dah besar anak kite.."

 3 month, 6.5kg

Setiap hari, bile Incik Amad balik keje,
"Abg nak tau, anak kite dah besar..Die dah pandai naik turun sofa sendiri.." atau
"Abg, Nuh harinikan dah boleh tolak kipas sampai jatuh.." atau
"Abg, tadikan Nuh buka zip kuar sendiri dari kelambu.."

4 month
*dah mengengsot jadi askar*

 5 month, 8.1kg

Dan itulah keistimewaan SURIRUMAH or Stay-At-Home-Mother (SAHM)
Dapat saksikan perkembangan pertama anak
Bukan maid
Bukan taska
Bukan pengasuh
Bukan sape2 lain selain parents sendiri
Thanks Incik Amad sebab bagi menjadi SAHM
Tak payah risau anak kene bedung macam pocong
Tak payah risau anak kene makan ubat batuk
Tak payah risau anak kene pukul
Tak payah risau anak kene bagi makan bergaram, bergula
Tak payah risau orang curi2 bagi minum susu lembu

6 month
*dah pandai pusing-terbalik*

  
baru belajar makan

Walaupun aku as a mother banyak ignore nasihat orang2 tua/rutin normal seorang baby such as;
Masukkan dalam walker
Bagi nestum dalam botol
Letak garam dalam bubur
Bagi gripe water
Letak surah yassin, gunting bawah bantal etc
Bagi pacifier
Tapi tetap dapat membesarkan anak dengan sempurna

7 month, 9.4kg
*merangkak*

8 month
*dah berdiri*

Alhamdulillah setahun sudah menyusukan Nuh
Tinggal setahun lagi seperti yang dituntut oleh Islam
Jauh lagi perjalanan
Aku bangga sebab dapat susukan Nuh sepenuhnya
Ingat senang nak sampai setahun?
Perkara yang baik, ada dugaan
Deletela dari pemikiran bahawasanya susu formula boleh buat anak jadi pandai..nehiiii!
Semoga Allah terus memperbanyakkan susu badan aku untuk terus menyusukan Nuh Diniy dan anak perempuan susuanku..
Aminn..Insyaallah

 9 month

Dan selama 6 bulan Nuh makan dengan homemade food
Dari puree sampaila ke salmon grilled, semua aku masak
No salt, No sugar, No instant food
Setiap pagi, gigihla aku duk bertukang kat dapur sambil mengunci die dalam kelambu :p
Dan aktiviti ini akan diteruskan sekurang2nye sehingga 2 tahun juga
Harap2 usaha gigih ibu ini dapat memberi Nuh makanan yang berkhasiat
Air tangan ibu lebih baikkan :)

 
  10 month

11 month, 11++kg
*dah bleh berjalan*

Semoga Nuh Diniy menjadi anak yang soleh
Semoga Nuh Diniy menjadi abang yang terbaik
Semoga Nuh Diniy menjadi Al-Hafiz yang berkerjaya suatu hari nanti
Semoga Nuh Diniy menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat
Semoga Nuh Diniy sentiasa dimurahkan rezeki
Semoga Nuh Diniy sentiasa dibawah lindungan Allah SWT
Semoga Nuh Diniy sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik
Happy Birthday, sayang..
Ibu sayang Nuh :0



p/s: Yang pastinya, aku dah berjaya berpantang ais, air sejuk, laksa, teh tarik (sob sob), ais krim selama setahun. Untuk mempastikan perut sentiasa kempis dan badan yang segar.. Insyaallah akan diteruskan sehingga next pregnancy.. =)

1 comment:

Ms. Fiena said...

dear. laksa pon leh buat perot buncit eh?. btw, nuh sgt comel. chubby gerammm sungguh,

 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino