Wednesday, March 17, 2010

Wedding

Today, aku nak review sket majlis yang aku pergi last week. Before ni banyak je majlis yang aku pegi tapi tak bersemangat nak comment ape2. Disebabkan yang majlis ni BFF aku dan Incik Amad, nak kasi review sketla sebab bagi aku wedding dorang ni sangat menarik. BFF kami itu adalah yang lelaki. Azham@Am. Ini majlis di rumah perempuan. Majlis belah lelaki akan diadakan pada June nanti. Aku berada di sane dari awal majlis hingga hampir majlis sebab Incik Amad jadi pengapit.

Ape yang menarik?


Haa..ade kete kude tau. Ala2 princess gitu.. Impian Siti Nurhaliza pun tak tercapai nak diarak gune kete kude. hehe..


Pengantin melambai2 dari atas kete kude..


Macam bese ade silat. Tapi kali ni semua perempuan and pakaian yang kemas.


Pelamin yang kemas dan nampak suci.


Ade sesi tabur duit syiling dan gule2. Aku pun same2 berebut. hehe..


Untuk sesi potong kek, pengantin tukar baju. Kali ni memang terpegunla.. memang cantek dan ensem. hehe.


After potong kek, dorang buat outdoor. Dari rumah ke tepi pantai tu dorang naik kete kude tu lagi. Incik Amad cakap, kereta2 yang banyak kat jalan besar tu pun follow je kat belakang and lambai2 kat pengantin. wee~ beskan. Dapatlah merasa jadi princess@cinderella dalam 1 hari. hehehe..

Itu jelah sket yang bleh aku share dengan korang. Untuk doorgift lupe nak ambik sebab banyak sangat dan aku pun tak dapat pe pun sebab last balik, doorgift pun dah abes :p. Yang surenye telur pindang memang ade.

Baju Nikah

Saya baru pulang dari Kajang dan semestinye pergi ke Dzul. Dari sehari ke sehari termimpi2 baju tu. Terpikir2 tah jadi ke tak macam baju idaman kalbu. Tapi hari ni telah membuktikan segala2nya..

I love my dress so much!! hihihi.. Tau x, baju yang selame ni diidam2kan tu memang telah menjadi kenyataan. Fuhhh..tak sangka. Dengan harga yang murah, dapat gak baju seakan2 yang diidamkan.. Alhamdulillah.. Berbaloi2..

TAPI! ade TAPI ye kawan2.. Baju tu tak dapat dibawa pulang lagi.huhu. Part ni yang sedey sket. Kat jahitan sambungan antara ketiak dan badan tu agak ngam2. Muat tapi untuk keselesaan time majlis mungkin tak lame dan mungkin juge after my wedding terus tak bleh pakai dah. So i suh alter sket and i tak tau same ade i dah kurus ke or baju tu yang besar sebab baju tu longgar. Tanpa disuruh, pekerja kak Ina tu nak alter gak keluasan pinggang tu. I ok je. hehehe. Tapi tak nakla ketat sangat sebab untuk nikahkan. Nanti duduk bersimpuh nampak plak tayar spare. hihi..

Jadi harus kene tunggu esok atau luse untuk collect baju tu. Dah tengok and fitting tu puas hati. Bleh tido lena tanpa mimpi baju lagi dah. hehe. Jadi B2B yang lain, why pay more? Antar je kat Dzul tu.. insyaallah tak menyesal.. ;-)

Friday, March 12, 2010

You're Beatiful

aku tak tau bile mulenye Beautiful Blogger Award ni tapi semalam baru terperasan ramai bloggers wat entry dengan title yang hampir same. Mereka2 yang mendapat award ini harus senaraikan 7 tentang diri sendiri. Kenapa mesti 7 ek? Maybe sebab bukan 10. hehe.. Mendapat award ni dari Road to 2011.. macih ye :-).


Ok. Berikut adalah 7 tentang diri saya.
1) Bakal berkahwin dalam masa kurang 100 hari dengan bekas kawan baiknye sendiri.yey!
2) Dalam perbelanjaan bab kawen, bajet dah dibuat tapi ske membeli/membooking yang terlebih dari bajet bersama cogan kata "kawin hanya sekali seumur idop, harus lakukan tanpa wujud sebarang penyesalan selepas kahwin nanti".
3) Saye adalah seorang yang panas baran :-(
4) Hari2 akan bukak website Air Asia untuk tengok latest promo then hasut rakan2nye untuk pergi holiday.
5) Saye agak pemalu. Tak tahu cemane nak pegi wedding bazaar tu nanti.huhuhu..
6) Hampir keseluruhan majlis sy uruskan sendiri kecuali catering and canopy. huhu.. penat tapi puas hati.
7)Sentiasa risau tentang kenaikan berat badan. Kalau menurun sangatlah suke. Walaupun mencapai berat ideal tapi tetap sentiasa alert perkembangan dan penguncupan badan. hik3..

Itulah die 7 tentang aku nih. Untuk seterusnya sy nak mentag semua yang ade dalam list blog tepi nih. Mane2 yang tak dapat or tak buat lagi tu sy hadiahkan award ini kepada kamu semua. sekian.. ;-)

Dress update.

Semalam sy gatai tangan.
Pegi dail no DZul Classique.
Tanye baju nikah dah siap ke belum.
Padahal terang2 tulis dalam kad tu siap 15 Mac 2010.
hehehehe..
Tak sabarla nak tengok.
Tak sabar nak buat next step untuk baju tu.
Tak sabar nak carik tudung.
Yang penting tak sabar nak fitting :p.

Kak ina cakap tinggal nak pasang butang.
Lagipun ade 4 ari lagi untuk siapkan.
huh..sabar..sabar..

Update baju untuk reception plak..
2nd week of April Insyaallah akan terbang kembali ke tanahair..
I dunno ape yang akan jadi.
Hope for the best ;-)

Update baju untuk berinai plak..
Arini baru nak g ukur..
kat Pertama Complex..
Butik bese je..
Memang banyak baju antar sane..
Yang besnye upah jait freeeeeee!
Adiah kawen katenye..hihi..
Simple baju lagi pun..
Simple2 pun selamat gak 3,4 ratus..
Ape aje yang free skarang rembat je..haha..

itulah update buat waktu ini..
Hopefully semuanya berjalan lancar..amin..

Tuesday, March 09, 2010

Dah dapat!

 

Yeay! berjaya gak memiliki buku ini. After bace blog Anil haritu, hati melonjak2 nak mencari buku tu. Pergi ke MPH Alamanda, tak de. Tak jumpe (rasenye MPH tu dah sampai time untuk tutup dah. heh..). Memandangkan next day nak pergi ke OU hang out dengan BFF, pujukkan hati untuk terus bersabar. 

 
.sesi penyampaian adiah.

Dipendekkan cerita, my BFF pakat2 belikan buku ni as my birtthday present. hoho. Memang sangat happy, happy dan happy dan misi pencarian dah bleh ditamatkan. Jangan tanye i bape RM dan beli kat mane. Sebab tak tertanye during dapat adiah tu. heh..Udah mule membaca dan terus membaca. Harus bergilir2 surfing dan membaca. 

As a conclusion, memang buku ini sangat bagus, sila pegi cari cepat2 ye.. ;-)

Monday, March 08, 2010

1

Hari ni hari ulangtahun pertunangan kami yang pertama. Pheww.. sekejap je rase dah setahun. Ingat lagi memule bertunang aritu, terasa lambatnye mase berjalan. Yelah. Time kami bertunang, tarikh masih belum ditetapkan. Perjanjian kedua belah pihak kami bertunang dalam tempoh setahun ke dua tahun. Bile tarikh belum ada, terasa idop macam tak ada hala tuju. Nak request quot pun segan walaupun niat ati nak survey je. Bile dah ade tarikh, email sane, email sini. sampai tak ingat dah yang mane satu. hihi.


Orang kata dugaan time bertunang ni sangat hebat. Pasangan manelah yang tak ade dugaan atau masalah. Bergaduh, bertekak, merajuk tu sume sesuatu yang normal. Kalau tak, tak beslakan. Time happy,  happy sangat. Sampai tak larat nak sengih. Time gaduh, muncung panjang sedepa. Cakap sepatah-sepatah. Ye. Tak. Haah. Kot. hahaha.. tapi itulah yang menghiburkan hati. Yang penting niat kene ikhlas, bertolak ansur and respect each other.

Kadang2 kite jangan terlampau pikir ape yang orang tua pesan2 sepanjang dalam bertunang. Kalau tak nanti, asalkan gaduh sket je dah terpikir 'putus tunang'. Anggaplah yang pasangan anda still seperti BF/GF. Tak semestinye dah bertunang semuanye kene berubah. Sesuatu yang terjadi tu jadian petunjuk untuk alam perkahwinan nanti pula. cewahh..bercakap macam dah kawen je. hehe. tapi inilah ape yang aku sendiri praktikkan. tak perlu terlalu sempurna :-).

A few months lagi tinggal. Harap2 semuanya berjalan lancar. Semoga ALLAH SWT panjangkan jodoh sehingga ke hujung nyawa dan dimurahkan rezeki. aminnn...

Saturday, March 06, 2010

rumahku syurgaku

fuuhhh lega.. tempat untuk kami berteduh dari hujan dan panas dah ade. inilah rezeki namanye. Hampir 2,3 minggu kami pusing2 taman tu, tak pernah jumpe rumah untuk disewa. hampir putus asa gak. Incik Amad pun dah mule nak carik tempat yang jauh2 sket. Tapi berkat kesabaran, tetibe ade satu umah yang penuh ditampal kertas 'rumah untuk disewa'. heh.. tak buang mase trus je call cakap nak sewa umah. itu cerita dua hari lepas.

and today, dah jumpe tuan umah itu. gile cepat. hihi. actually bukan kami je yang excited tapi tuan umah pun super excited nak bagi kami sewa. dalam mase yang same, 3 orang yang duk call tuan umah ni. 1 chinese, 1 budak bujang, and lg 1 kitorang. akak tu ckp nanti die call balik sebab kunun cam nak pertimbangkan sape yang menang ar. Then, on the same day tak sampai sejam die call balik cakap kitoranglah pemenangnye. hahaha.. xde ar ckp mcm tu. Die cakap "adik dah takyahla carik umah lain. adik sewe jela ngan akak. Jumaat ni akak datang serah kunci". Doink~ Bergolek2 rezeki datang. 

Maka di hari bertuah saya ini, kami berjaya menyewa sebuah rumah teres 1 tingkat. yeah! yang penting rumah atas tanah bukan atas angin. Hampir dua taun sewa atas angin. huhu. and rumah baru oke.. tu yang penting tu. Incik Amad dengan angan2nye nak tanam cili, serai, daun pandan. walaupun hanya dalam pasu. sabar jela. hahaha. layannn...


bile nak pindah masuk? tunggu grill pasang dulu. yang penting, kawen je trus bleh masuk umah. tak yah baru nak angkut2 barang. penat wooo.. so? mulela berjinak2 beli majalah deco rumah plak ;-)


Friday, March 05, 2010

Taun terakhir..

Happy Birthday to me!

hehe..last birthday dengan status SINGLE..ecece..
Semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan jodoh sehingga ke hujung nyawa..
ameennn...

Wednesday, March 03, 2010

Orang sibuk

Pernah tak korang2 yang nak berkahwin ni berhadapan dengan sedara mara yang 'sibuk2' dalam preparation wedding korang? Maksud aku 'sibuk2' tu mengata, mengumpat, tak bleh itu, tak bleh ini, kenapa macam tu, kenapa macam  ni. Sure adekan. Bagi aku orang2 macam nilah membuatkan preparation majlis kite terganggu. Terganggu secara mental. Asik pikir, pikir dan terus pikir. Lagila plak kalo dok kondem majlis pihak sebelah. Kalau kondem majlis pihak sendiri tu tak kesah ar kan.

Walhal, dorang 1 sen pun tak kuar duit. Even tak ambik tau langsung penat jerih belah sane tu macam mane nak organize majlis. Kalo dok sponsor minimum 5k then sibok dok pok pek tu pahamla gak. Memang akan menurut perintah ape2 yang dilarang tu. Tapi ni dahla 1 idea pun tak bagi, lagi mau cakap banyak. Yang lagi takleh blah nak story-mory pasal majlis pihak sebelah. Suke ati dorangla nak wat majlis tunggang terbalik ke, pelamin sebesar umah banglo, baju ala2 majlis india, who cares? dorang tak mintak duit korang pun kan. Tak payahla nak buang air liur nak komen dan mengkritik gile2 sampai parents and family tertekan. And paling bes bile majlis salah sorang sedara tu buat seperti ape yang die dah kritik tu. huhu. Itulah manusiakan.
Entry ni dibuat bile ade sorang kawan yang terkena macam ni. *ehem..* Aku secara tak sengaja telah menghanginkan diri. haha.Tapi kalo aku yang terkena macam ni, tak pedulik langsung. Parents and sedara sendiri tak cakap pape, dorang plak lelebih. Like i care! Sponsor 5k ke atas baru leh ambik pot okeh. Ade mate, tengok. Mulut tu zip kemas2. heh.


Tuesday, March 02, 2010

Henna

Now ni after 80% dah setel semua perkara, mule mencari pelukis2 Henna yang berkaliber lagi murah. haha. mesti ar nak yang murah or dalam erti kate lain sesuai dengan bajet. Lagipun henna tu kan just tahan untuk seminggu-2 minggu je so tak berbaloi nak buang duit 4,5ratus untuk henna saje.

Hari tu time pegi my friendsnye wedding, syaheedah & ihsan, tengok henna die sangat cantek and sangat pekat. design yang simple tapi menarik. Nak tanye segan. hihi.. and for sure over my budgetlah kan. huk3.. Nak pergi survey ke Semua House belum berkesempatan lagi nih. So sesape yang ade info menarik mengenai pelukis2 henna yang boleh datang ke rumah informlah saye ye. macih..;-) 

Monday, February 22, 2010

Hati tak keruan

Congrats to Amy, Asyhlla and Sabby! walaupun rase dah terlewat beberapa hari untuk wish. huhu. Sangat cantek oke wedding kamu semua. Dalam banyak2 wedding yang aku sangat2 suke tengok adelah pelamin, dress and doorgift. Gubahan hantaran, canopy etc agak kurang untuk menikam kalbu ini. Ketiga2 pengantin ni punye pelamin, dress and doorgift memang sangat cantek. and lain dari yang lain. Almaklumlah boleh dikatakan dorang tu sebagai sifu untuk b2b. hihihi. 

Kenapalah aku tak sekreatif dorang? Fikiran sangat kurang kreatif dan inovatif. Adekah sebab aku dari technical background? asik mengadap besi je.. heh.. Lihat saja wedding dorang membuatkan aku nak tukar design pelamin aku ke pelamin yang lebih simple. Actually dah cukup simple dah my future pelamin tu tapi mau lagi simple. Boleh?? Harus aku kene bebel dengan Roland nanti. hak3. And dengan my BFF yang asik menggoogle b2b's blog and tunjuk i macam2. Lagi meronta2 diri ni nak tukar the design :-p. 

But then, tunggu untuk beberapa ketika lagi. Nak bincang2 lagi and semakin ramai b2b yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Maybe boleh dapat banyak lagi sumber inspirasikan dari mereka2 kan ;-).

Doorgift golongan cilik *done*


Satu lagi hal dah setel. Doorgift untuk kanak2. Sabtu aritu kuar bersama bridemaid ke SOGO untukmeninjau2 clearance sale and terlihat dan terpandang jelly cup ni. murah bangat. Around RM0.53 per cup. and tanpa pikir panjang, terus beli 200 cup.Aku tak tau kat kedai borong choe kit tu berapa per cup tapi sebab ni still dalam bajet, haruslah kene beli. Jelly ni jenama Ten Ten. Aku rase jenama ni agak sinonim dengan jelly kan. If kat Chow Kit tu aku tak berapa pasti brand nye (cewahh..ayat sedapkan ati). Maka, ketiga2 kami berpecah belah untuk mencari trolley bagai untuk membawa 4 kotak medium size :-). and maybe akan ditambah sikit dengan deco2 or hanya letak thank you tag if dah malas sangat :-p.


Tailor for akad nikah*done*

Akhirnya misi menempah baju untuk akad nikah dah berjaya. Dalam hati gundah gulana tak tau kat butik mane nak antar tempah baju, lastly ati kuat mengatakan nak antar kat Dzull De Classique. huhu. Dari sehari ke sehari nak gi hantar tempah tapi xde mase yang sesuai dan dalam mase yang sama tunggu mana tau dapat Hidayah yang lain plak. hehe. Harap2 pilihan ni paling tepatand terbaik.

Untuk hari Ahad, butik buka dari kul3ptg sampai 8mlm. Hari Sabtu kul1ptg sampai 10mlm.untuk hari2 lain xberapa nak sure sebab 2 hari ni je hari2 yang aku plan nak gi. Jadi around 3.10ptg sampai kat butik walaupun memule tak tau pun mane Jalan Besar Kajang. Main redah je. Masuk2 butik ramai lelaki tengah bincang ngan abg Zul (maybela tu abg zul sebab ade measurement tape kat leher die :-p). Die suruh aku ke belakang untuk tempahan baju perempuan. Then, jumpe kak Ina aka Roslina. Name pun tau hasil dari riki2 kat blog lain. hehe. Orangnye sangat mesra. Bile cakap nak tempah baju, die tanye ade contoh design x? ok aku tunjuk. then die lakar2 untuk kepastian akunye design tu. Then die gi ambik baju yang seakan2 design yang aku nak tu. Tang kain tu aku tak berapa suke then die tukar design lain. Aku agree. Pastu die ukur aku. Bayar deposit. Abes cite. Senang gile. Tak sampai 15 minit jumpe die setel sume dah. 

Price? Sangat terkejut. Ku sangkakan dalam kategori mampu tapi mahal. Rupe2nye dalam kategori mampu dan murah. hehe. Dengan harga tu bleh dapat 10-15 helai baju kalo tempah kat designer. Tapi price tu sebab material chiffon kosong tapi if beaded sekalipun tetap berbaloi. and if aku g tempah beading pun masih under kategori mampu. So sangat2 recommendedla butik ini. Dalam pada tu aku sempat tempah sepasang kebaya untuk testing. hehe. lagi 3 minggu dua2 baju siap. weee~

Now nih tunggu kasi badan untuk diukur untuk baju malam berinai. Itu ikut kehendak my mum. Xtau ape fesyen die mau. Just pakai je nanti. Xperlu fening2 nak pikir. hehe. So now, semua baju complete and fikiran dah semakin ringan. fuhhh..

Tadi sempat singgah rumah untuk tengok semua barang2 yang dah selamat tibe tu. Doorgift dipos dalam kotak kayu seperti di bawah sebab barang yang fragile and 2 kotak kartu undangan plak dimasukkan ke dalam guni macam guni gula tu. Alhamdulillah semuanya selamat...

Kene google gambar lain sebab lupe nak snap pic.tapi dah lupe mane jumpe pic ni. huhu. sowi..



Friday, February 19, 2010

Dah sampai!

Pagi tadi dapat call dari someone
Tanye rumah kat mane
Bagi direction ke rumah sewa tapi die pelik
Sebab address kat parcel tu lain (umah parents)
termalu jap sebab dah terangkan panjang lebar direction umah sewa :p
Rupenye2 orang tu nak antar parcel dari Indon
Doorgift and invitation card dah sampai
weeehuuu~
tak sabar nak tengok!



p/s: kengkawan, shipment through kapal amik mase kurang dari sebulan je. If from Indon, better takyah naik pesawat. Kos hampir 3 kali ganda. just FYI..;-)

Borang *Part 1*

Hari ni, incik amad and ofismate kitorang lari dari ofis untuk selesaikan dokumen2 untuk dapatkan surat kebenaran berkahwin. Secara kebetulan ofismate akan kahwin seminggu awal dari kitorang.Untuk memudahkan kerja, incik amad apply mastautin kat area ni je. Kalau tak kene ambik cuti and balik ke Temerloh. Tak tau ambil berapa ari plak nak setelkan. Ofismate pun berasal dari Kelantan. So secara tak langsung, procedure dorang sama dan senang nak bergerak sekali. Saksi pun main silang2 je. hehe. Aku malas nak ikut. Dah lame tak stay 8 jam kat opis. Boring yang teramat sangat rupenye. huhu.

Firstly, dorang ke umah 1 imam ni. Rerupenye salah imam. Imam tu xmo sign sebab bukan kariah die. Aku pun tak sure knape jejaka2 ni boleh salah imam plak. Rasenye sebab aku tak gi sekali so dorang taknak susah2 pikir panjang, main terjah jekan. Then tah cemane dorang dapat NUR untuk pegi rumah ketua kampung, maka mereka disuruh untuk datang pukul2 petang. Nasib baik time tu pun dah kul1. Pukul 2 dorang dah de depan umah ketua kampung tu. Dorang ingatkan ketua kampung tu gi berjemaah kat masjid ke rerupenye baru balik dari kebun :p. 

Dipendekkan cerita, semasa nak sign surat tu, ketua kampung tu kasi hint mintak bayaran. Sebagai seorang engineer, maka dorang sangatlah memahami isi tersirat ketua kampung tu walaupun hakikat sebenarnya dorang agak terkejut. Nak sign pun kene bayar ke? Tapi dorang maintain cool. Berikut lebih kurang conversation dorang;

Ketua kampung: Nak sign ni, ade kene bayaran sikit ni.
Incik amad: Bayaran untuk ape ye?
Ketua kampung: Untuk tabung kariah/masjid.
Incik Amad: ooo..berape?
Ketua kampung: Tak kisah berapa2 pun sebab untuk tabungkan. Tapi biasenye RM50la..
Incik Amad: (Dah pandang2 kengkawan yang lain. Tetap kuarkan wallet.and bayar)

Dah bayar barulah sign. Aku yang dengar incik amad cite pun rase nak hangin pun ade. Ketua kampung sure dapat elaun kan. Elaun tu dibayar untuk perkhidmatan macam nilah. Kalau ye pun untuk tabung, RM5, RM10 xbleh ke? Bukan kesah pun nak bagi RM50 tu tapi takyah tetapkan nilai 50 tu bleh x? Agak2 ler. Yang datang ni dengan niat suci lagi murni nak mendirikan masjid. Bukan datang mintak sign untuk approvekan tanah ke. Tak paham betulla. Tapi takpe. we all terima as dugaan kahwin kitorang :-(.

Then dorang trus ke JAIS Kuala Langat. Semuanya berjalan lancar and surat kebenaran akan dapat esok. Tapi ade JAIS bleh kuarkan surat kebenaran on the same daykan? Or maybe nak kene sogok gak kot? heh.. takpelah. sehari je. Bukan lusa nak kawen pun kan. Sabar..

Wednesday, February 17, 2010

Ring *done*

ari raye kedua baru2 ni, dengan penuh eksaited pergi ke Habib Jewel Semua House. Keadaan yang sangat aman damai tu selesa nak pilih. Before ade pernah pergi nak beli tapi nak tengok cincin pun kene tengok dari celah2 ketiak orang. So arini leh pilih dengan tenang dan senang. Tak tau kenape lengang sangat. Harga emas turun pun kurang orang.

So, hal yang paling penting dah setel. nape pilih cincin, bukan gelang or rantai? maybe sebab pada pandangan aku moment sarungkan cincin tu lg spesel dari bakal suami pakaikan gelang. if dalam gambar pun lagi cantek sarung cincin. that's my opinion la. Tapi rase2nye ade tak yang pilih gelang kaki?? hikhikhik..

Tuesday, February 16, 2010

Misi Jakel *done*

Misi ke Jakel dah berjaya.Dalam keadaan warga KL balik ke kampng masing2 untuk cuti panjang, aku and incik amad mencari baju nikah. Walaupun jalan taklah lengang sangat tapi masih blehla dapat parking dengan senang. Jakel pun tak berapa ramai orang. Bleh pilih kain dengan selesa.

Actually we all tak decide nak pakai kaler ape pun time nikah. Rancang dari awal nak putih tapi hati tu still berbelah bahagi. Bile SA tanye kaler ape, aku pandang incik amad and incik amad pun pandang aku. Last2 aku suruh SA tu tunjuk je kaler2 yang ade. Mane2 yang berkenan kitorang akan pilih. heh.Then bile SA tu matching2 kain, maka berkenanla kat kaler tu. and malas nak pikir2 lagi dah trus angkat. Nasib baik mudah nak buat decision. Takdela kene bertapa kat situ lame.


Terus ke BAK Tailor tempah semua baju Melayu Incik Amad. and akhir Mac akan siap and bleh ambik dah. Mudahnye segala urusan lelakikan. Antar tau siap je :-(. So now kene carik time bile nak antar my baju plak. fening tang nak carik time ni. ari semakin dekat tapi stil leh lepak je..huhu..tulun..

Saturday, February 13, 2010

Tailor for reception*done*

Just came back from KL. cewah..macam duk jauh sangat plak..hehe.. Appointment dengan planner aka decorator around 10pm tadi.(die mmg ske appointment lewat2 malam nih). Semalam, nak setkan appointment dengan die and die bleh tak reply sms and tak jawab call. Punyelah gundah gulana hati dan fikiran. Terus gelabah nak carik tailor untuk baju reception. haha. Amik kau. Bile try check ticker, terkejut mak nok. Tak lame lagi je. Dengan baju sume tak antar tempah. Baju Akad Nikah siap tak beli pun lagi. Haha. Now baru tau kelam kabut.

So tadi pegi jumpe die dengan material untuk reception sekali. Sebab die nak g Indon next week untuk collect baju2 yang die tempah and secara tak langsung aku tumpang dua kaki untuk antar baju aku sekali. Punggah sume magazine and tunjuk depan die nak baju macam ni, macam tu. Since itu adalah beaded lace, jadi dah tak payah nak wat beading dah walaupun sebenarnye bleh tambah lagi tapi nak cut cost sket. Kalo rase macam ade kekurangan nanti leh tambah kat sini. Just antar for tailoring je. Insyaallah the price jauhhhh lebih murah dari kat sini. Tailor and designer yang tak femes pun. Tak macam bloggers lain yang still bleh jalan2 survey kat butik2 designer Malaysia nih. huhu. Aku harus terima hakikat yang aku kurang kemampuan untuk itu semua atas alasan duit itu boleh di spendkan kat mane2 bahagian yang still berlobang :-p. Harap2 baju tu menjadi seperti yang diidamkan walaupun masih ade perasaan cuak selagi tak tengok hasilnye. Ahh..lupekan sekejap sekurang-kurangnya boleh meringankan kepala sket.

Esok, plan nak ke Jalan TAR untuk membeli baju akad nikah. Harap2 orang tak ramai kat Jakel tu. Senang sket nak mempilih material. Untuk baju melayu incik amad juge. Then akan melencong ke Sogo untuk membuat derma kilat :-)

Friday, February 12, 2010

Bertandang..

Disebabkan untuk belah Incik Amad belum ade progress ape2, aku telah pandai2 membooking makeup dari Sentuhan Derina. hihi. Bukan pe. Nak pegi butik kat Temerloh tah bile lagi. Kalau pegi pun rase2nye susah nak memikat hati dan sanubari. Bile dah sampai Temerloh, tak tau mane hala tuju plak.

Tadi tengah2 meeting terpikir nak tanye kak Naza free tak on that date and die free. For transportation cost die hanya charge RM100. fuhh..lega..masih berkemampuan. Since untuk akad nikah and berinai memang die yang makeup, hopefully die dah bleh bayangkan nak wat pe bile sampai Temerloh nanti.

Untuk baju, kitorang decide untuk ambik from KL gak and tunggu Mac baru pilih baju and kaler ape. Since kat sane belum ade ape2 theme lagi, nanti bleh pilih kaler baju ikut suke ati je. Mane yang berkenan kat mate, itulah kitorang pakai. Mudah kan kalo belah laki ni. haih. I'm trying to push Incik Amad sikit2 since dienye preparation sangat selowww.. Maybe sebab jauh tu yang membuatkan slow or maybe gak memang habitat seorang lelaki memang macam tu..hehehe..

Tuesday, February 09, 2010

Honeymoon*done*

Sebenarnya sebulan dulu lagi dah dibooked. Tak jauh. Dekat2 aja. Yang penting bukan tempat untuk shopping. Kalau x, bleh ilang fokus nanti. hihihi..Of course akan menaiki Air Asia saja. Itulah yang termampu buat mase ni :-p. Booking untuk flight + hotel melalui Air Asia GoHoliday. Setelah dikira, dihitung, ditimbang, lebih murah lagi kalau kite tempah melalui AA sekaligus untuk flight and hotel. Lebih murah +-RM300 je. Tapi disaat2 getir macam ni, RM300 tu sangatlah besar nilainyekan.

Tapi time tu, hanya tempah untuk 3 hari 2 malam. Time tu bile tanya pendapat Incik Amad, agree je tanpa ade bantahan. But bile dah hampir sebulan lebih, lepas aku suruh die wat research sket2 ape yang best kat sane, die suruh tambah lagi 2,3 days. Die kate banyak tempat yang best so rugi kalau pegi sekejap je. And bile one of my friends balik from there gak, dengan confidentnye die memang nak tambah hari lagi. haih.. 

Nak call Air Asia, rasenye sampai bangun subuh esoknye pun call takkan berjawab. Tak taula pe yang dorang buat sampai busy sangat. Pakcik Tony, silalah tambah lagi anak buah anda. Tak larat nak tunggu lame2. bile aku survey ticket AA time tu for one way agak murah, so bolehla dikabulkan permintaan tu. Untuk lebih yakin, pergi terus ke kaunter AA kat LCCT tu tanye sampai puas hati. They said, xde menjadi masalah pun if nak pegi 2,3 hari awal and the actual ticket tu kire burn and ticket balik still valid. legaa.. So balik je trus booking ticket earlier 2 hari and hotel too.. Total akan bermadu bulan adelah 5 hari 4 mlm :-). Excited nak g travel lebih dari nak prepare kawen ni. haha..
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino