Tuesday, June 01, 2010

Hantaran

For gubahan hantaran, untuk dua-dua belah pihak kami menggunakan fresh flowers. Malas nak gubah gune reben etc. Sebab bile dikire2 balik kos untuk gubahan reben/artificial flowers lagi mahal dari gune fresh flowers. Cume nak menggubahnye kene last minute and cara cuba-jaya je. Dah belajar dari pengalaman bertunang, banyak spent kat hantaran. Kali ni, serba ringkas dan serba jimat. hihihi.

Bunga diborong dari Floristika, Bangsar. Boleh tengok kat sini time kami beli belah aritu. Urusan pengambilan sume diuruskan oleh BFF. Mas and Nani. Bad luck untuk aku. Dahlah harga naik RM4 dari harga asal, stok bunge yang diorder plak habis. Jenuh Nani call aku report yang tu xde, yang ni ade.. sudahnye ape yang ade jela ambik. Rase nak marah pun ade.. Dah booking dah kot, bleh plak xde..huhu.. Tapi dengan menganggap itu sume dugaan, redha jelah. Hantaran je pun. Asalkn ade bunge, gubah aje. Ramai lagi yang dapat dugaan yang lagi teruk dari itukan. 

Pagi2 hari nikah, BFF bangun awal bertungkus lumus siapkan gubahan termasuk untuk belah lelaki. Mule pukul 8 pagi, around kul 1 lebih dah siap. Walaupun xde pengalaman dalam gubah2 hantaran ni..jadi gakla akhirnye..hehehe.. 

Antara hantaran daripada pihak lelaki;


cincik + mas kahwin + cek


makeup set


handbag + wedges


camera

Antara hantaran daripada pihak perempuan;


cincin


camera dikelilingi chocolate


perfume set


laptop


fruits

For sirih junjung untuk both side, minta tolong pelamin decorator tu tolong gubahkan jap :p. Just sediakan bahan and bunga2 yang diperlukan. Request nak yang moden and tak perlu serabut macam dalam taman bunge sangat. Dahla mintak tolong je, bleh plak nak request itu ini kan..hehehe..


  

TIPS: Kalau rase tangan tu lagi keras dari kayu, jangan ingat takde bakat nak gubah hantaran etc. Dengan prinsip 'selambe je' anda pasti berjaya. ahaha. Dari membazir bayar orang tolong gubahkan RM70-150 per dulang, baik gubah sendiri. save 50%. and dapat mencungkil bakat terpendam ur BFF/sedara juge!chayok!

Thursday, May 27, 2010

Bedroom Deco

Untuk bedroom, aku kurang ambik tau sangat tentang ape yang nak dideco. Yang aku tau beli katil  je. nak beli yang set tapi dah sejak azali ade almari yang diattached kat dinding (xtau panggil pe almari jenis tu..huhu)  so jimat part tu. untuk kelambu kat katil, langsir tingkap and comforter set tempah kat kawan my mom yang dulu berjiran dengan kami. Before this die keje jahit-menjahit untuk Fella Design. Material beli sendiri. Tak tau beli kat mane pun..huhuhu..

.
Sile abaikan pomander ball tu. Itu adalah untuk deco lain


Katil and tilam beli kat GrandTeak yang slalu keluar advertisement dalam The Star tu. Rasenye kat situ antara poster bed yang murah sepanjang aku survey kat kedai2 perabot. kenape nak yang bertiang? sebab memang idaman aku dari dulu lagi memang mengidam nak kawen pakai katil bertiang. Jadi haruslah tabah untuk menghadapi harganya pula. Kalau dah nak tu, mahal macam mane pun gagahkan jugekan..hihihi.

2 days before akad nikah, aku baru cuti. And aku just tau bilik aku siap dikemas and siap dideco. haha. teruk x? sebabnye aku xmo berselisih pendapat dengan my mom. Kalau ikutkan aku sure tetibe ade bantal busuk kat atas katil or patung Hello Kitty sebesar alam atas katil tu..hahaha.. Jadi lebih baiklah tau landing je atas katil.. :p

Lampu di kiri kanan katil tu cilok dari my parents nye bedroom. Bukan aku tak beli. Kan a day before akad nikah tu sempat ke IKEA, tujuan utama adalah nak cari lampu tido tu. Dah beli tapi direject oleh my mom. huhu. But masih tak kesah sebab without lampu pun bleh tido gakkan *wink*.

Untuk aromatheraphy, just beli yang kat Lovely Lace. That's all. Simple gilekan? hihi. no fresh flowers sume. x sempat nak pikir pasal bunge2 ni sebab aku memang teruk dalam mendeco menggunakan bunge dan pasu. Jadi haruslah tiada dalam ingatan pun. huhu.

TIPS: Jangan hias ur bedroom/bilik pengantin too crowded sebab nanti time nak make-up or nak pakai baju tak jumpe barang2 penting yang kite nak gune :-(. All the doorgifts simpan tempat lain..

Bunga Pahar


Untuk Bunga Pahar, my mom buat sendiri untuk Malam Berinai and Bersanding mengikut theme. For each event, my mom buat below 100 pcs. Untuk perenjis and tetamu2 yang berminat dengan bunga tu.. *aku salah seorang yang tak berminat :p*.

Malam Berinai;


material: bunge plastik (source:SSF) mixed with dark brown, gold and white ribbon.

Reception;

source: kay

material: bunga gim silver mixed with white, pink, peach, orang ribbon.

Both bunga pahar dah siap contoh kat SSF and my mom just tiru and tukar colour. And the cost 50% cheaper dari harga yang SSF jual. SSF jual around RM15 above. Tak ingat dah.

Actually, rase macam membazir je bunga pahar mahal2 ni tapi disebabkan my mom nak sangat and suke sangat buat sendiri dari abang yang sulung kawen lagi so dipersilakanlah. Janji happy.. Die tak suke beli barang2 kat kedai selain SSF dengan alasan SSF lagi berkualiti. Hurm.. entahlah. Kalau tanye aku yang bute kayu ni, same je mane2. huhu.. 

TIPS: spare around 10-15pcs dalam dulang/bekas untuk diberi kepada perenjis. Elakkan dari terus cabut from pahar so that nanti takdelah bunga pahar tu tunggang terbalik lebih awal :p

Wednesday, May 26, 2010

Theme

Entry before ni, aku rase tak pernah aku cite theme ape yang aku pilihkan. Lagi 3 bulan before kawen, my mum agak memberi tekanan kepada aku suruh aku decide cepat2 theme ape yang aku nak dengan alasan die nak mule buat bunga pahar. Dalam fikiran just ade satu colour, PELANGI!.hahahah..ambikkk.. susah sangatkan nak pilih kaler, hentam jelakan. Sebab aku tak nak common colour macam pink-putih, pink-hijau, gold etc. whoever yang kenal aku, sure tau aku memang suke colourful and colour2 yang bright.



So after asik2 kene tekan je, aku dengan selamba je jawab PINK-ORANGE. terkebil sat mate my mum. Biaselah orang tua.. Dalam fikiran asik nak gold-brown-silver. huhu. After aku tunjukkan a few example, barulah die paham. Ribbon sume aku ikut sekali pegi beli so that nanti taklah tersalah beli colourkan. 
So the result is;


pic from kay

On Friday, orang canopy dah datang pasang. From petang sampaila malam. Then malam ade Majlis Tahlil. Time tu tetibe aku terasa nak hangin sebab aku nampak pink yang dorang pasang bukan seperti yang aku request. Aku cakap kat my mum suruh orang canopy bukak je balik pink tu and ganti dengan white. Terasa macam 1 bende yang tak best dah mule jadi. My mum keep on tenangkan aku. Die kate sabar dulu.. huhu.. Nasiblah emosi aku senang untuk ditenangkan 2,3 ari tu. Bile dah busy dengan hal lain, aku pun terlupe tentang scallop tu. But the next day bile aku bangun tido, turun tengok, tetibe hati berbunga riang sebab terasa macam colour tu sangat meriah. hahaha. maybe sebab bright colour kot and siang dan malam kaler tu nampak lain. hurmm.. Then, aku terus tak ingat pape dah pasal scallop tu. and maybe juge my mum dah puas berdoa biar lembutkan hati aku kot :p.

Hari-hari

Hi guys..lately memang sangat2 teramat busy..after balik from honeymoon, incik amat join paintball tournament plak. belum sempat nak ilangkan sunburn, tambah plak lagi berjemur kat sane. sudahnye masuk2 ofis, orang tegur apsal muke gelap sangat. huhu. oh ya, aku dah start keje ari isnin aritu. takde ape yang terasa beza sangat sebab kamikan 1 office. just yang agak lain, pepagi aku kene alert dengan alarm *telinge incik amat dah pasang soundproof sejak2 kawen ni :-(*, buatkan air and yang tak leh blah aku bleh jemur kain pepagi.bangun seawal 6 pagi basuh baju (switch on kan mesin basuh je :p). wahahaha!! betul punye isteri mithali!

And serious uruskan rumahtangga memang SANGAT PENAT but SANGAT ENJOY. Aku tak tau aku dapat mane tenaga untuk berkemas after balik keje, masak, lipat kain.. Time bujang dulu jangan harap ler nak buat semua tu dalam 1 hari. Maybe itu satu kurniaan dari Allah S.W.T untuk para isteri. Can't imagine if dah ade anak. And maybe another energy and kudrat Allah akan kurniakan. Insyaallah..Yang penting niat haruslah ikhlas..

Masak?For the 1st day tu memang masak. tu pun Char Kuew Teow. Masak untuk Incik Madolz dan kawan2. Gegar lutut bile kene masak sekali banyak. Takut tak sedap. Alhamdulillah walaupun takla sesedap restoran tapi bolehla dimakan walaupun pedasss. hehe. Now ni nak masak pun xlah rase beban sangat. Tak semalas dulu. hihi. Tapi kalau dah mule masak, haruslah badan naik seperti belon kene tiupkan :p. Nak masuk 3 minggu, segala baju, seluar masih boleh disarung seperti biasa. Naseb baik.. Tak taula hari2 akan datang ;-).

Itulah sedikit sebanyak perkembangan hampir 3 minggu bergelar isteri. Masih terus berusaha untuk terus update post-mortem majlis.. wish me luck!

Thursday, May 20, 2010

Pic Sekitar Majlis

Alhamdulillah.. nikah dah, bersanding dah, honeymoon pun dah selesai. Banyak sungguh hutang entry. Ade masenye berkobar2 nak tulis tapi time tulah Incik Amat ajak kuar..haha. Takpelah. Mulekan sket2 dulu.. Mane2 yang termampu. Kite layan gambar je dulu ;-)

.Akad nikah.
 
 

Berdebar dalam mase yang same kene control2 ayu. Kalau tak nanti pengapit marah. hehe



Semasa sesi interview untuk video
.
  

Dah selesai Akad Nikah, berposing2 sini sana sket, continue dengan Malam Berinai Besar. Ade mercun semua tapi tak dapat nak tengok pun sebab aku just tunggu kat pelamin. Tapi time malam berinai merupakan event yang paling aku tak ske dari hujung rambung hingga hujung kaki. y? will story later k..

 

Keesokkannye, majlis dimulekan dengan alunan suara dari kumpulan marhaban. Sedap, ringkas dan cepat. hehe. Tamatnye persembahan mereka menandakan bermulanye majlis. Memang tepat kul12 dorang habes. Aku just dengar dari atas sebab time tu masih lagi bersiap2-makeup.


Here we go..Mase yang ditunggu2. Berarak dengan rombongan lelaki. hehe


 Time bersanding


Mau makan! fuhh.. tak puas gile tak dapat makan abes..huhu


Yang ni Majlis Bertandang di Temerloh, Pahang  Gambar2 yang lain masih dalam genggaman rakan2. Kat sini takde pelamin sume2. Majlis yang ringkas. Around 3 dah abes. Sangat sekejap tapi tak rase sekejap maybe sebab terlalu panas...


Last but not least..our honeymoon! weeeee!


Here, sket je pic yang dapat diupload. will story more detail in the next entry k.. tungguuu.. ;-) 


Tuesday, May 11, 2010

Alhamdulillah...


Alhamdulillah..Selesai semuanya dah.. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang..
Walaupun ade cacat cela tapi rasenye hanyelah cacat yang minor je. Cacat yang boleh tutup sebelah mate or diignore teros...heh..
Thanks to my bridesmaid yang sangat2 banyak membantu aku untuk menjayakan majlis. Terasa betul2 dilayan seperti Raja Sehari. I just name it, sure dapat beberapa minit after tu. huhu.
This Saturday Majlis Bertandang pula..Dijemput mane2 yang berada sekitar Temerloh, dijemput hadir k..
Segala review untuk majlis aku akan aku buat after pulang dari Honeymoon..Bile aku dah duk relax kat opis nanti :p.

I'm very happy with my new life, my new status.. Alhamdulillah..Doakan kami bahagia hingga ke hujung nyawa..ameeennn..

p/s: ade sedikit review dari Kay.. untuk lebih lanjut, tunggguuuu...

Sunday, May 09, 2010

Wedding Details

Okeh. Dah upload details pasal wedding sy. Bagi yang tak sempat dapat kad, bleh refer kat sini ye.

Bride

Bride's Map


Groom


Groom's Map



Monday, May 03, 2010

Weekend..

Hari sabtu, after pegi majlis kahwin officemate, trus ke Jalan TAR. untuk pick up baju sanding Incik Amad, bli songket etc. 1st time berjalan area Jalan TAR dengan sangat pantas. Barang2 yang nak dibeli pun, bile jumpe je trus grab. Xde mase nak survey kedai ke kedai. Dalam keadaan orang ramai tu menambahkan lagi kitorang cepat2 nak blah kan. Dalam mase 3 jam setel semua. If pegi dengan BFF, 3jam tu baru mukadimah.. hehe.

Then ke KLCC plak. Nak mencarik kasut untuk bersanding & berinai. Aku and incik amad berpecah. Kalau tak, dua2 punye hal takkan setel. Aku terstuck kat Parkson since I Setan tak ade sale sebab baru je seari abes. terstuck lame kat 9W. Pusing2 tempat kasut tu, kasut tu gakla yang jadi idaman hati. Request size, size plak takde. ade 61/2 dan 81/2. saiz yang aku nak 71/2. huhuhu.. memang saje jekan nak sabotaj aku. Mintak gak budak tu carik betul2. haha. Tapi kalo dah takde tu tetaplah xdekan. Then mintak supervisor tu call semua outlet tanye kat mane yang ade size. Tapi tak leh bagi jawapan time tu gak. huhu. Maka, kami pun pulang.

Esoknye around kul 10 aku dah sms salesgirl tu tnye ade ape2 update x. Tapi duk senyap je. Aku dengan tak puas hatinye terus gerak ke Pavillion without Incik Amad. Bersoping secara solo lagi seminggu nak kawen. Dalam kepala sentiasa terngiang2 'darah manis'. hoho. Kuatkan hati dan berjalan dengan penuh hati2. Demi Nine West, takut tolak tepi. Dengan 22 handphone bateri abes, berjalan dengan penuh konfiden. Dugaan datang melanda. Kasut yang diidamkan tu xde langsung kat Pavillion. Kat Parkson tu langsung xde 9W sebab outlet die dah ade. Ok fine. Berjalan dengan pantas lagi sebab nak kejar parking 1 hour RM3 sebab 1 or 1/2 an hour RM2. and aku berjaya.

Terus gerak ke Midvalley. Alhamdulillah jalan tak jem langsung. 10 min later sampai dah kat Midval. Ramai. Beselah ramai dengan bdak2 remaja. Trus ke Metro. Ade 9W tapi kasut tu xde. Adusss.. Idop seperti tak bermakna dah aku rase. Lapar sume tu tolak tepi dulu. Dah g sensorang aku tak kesah sangat nak makan minum. Baru teringat The Gardens ade I Setan. Tercarik2 plak mane jalan nak g The Gardens. Lame dah kot tak jejak kaki kat situ. huhu. Then, carik 1-1 kasut yang ade. Skali terpandang, rase nak jerit, melompat! haha. trus mintak size and duduk. perghh.. sume size ade. Tak pandang len dah, trus beli. Puas hati sangat2.

 pic from incik google

Sampai je rumah, supervisor 9W kat Parkson KLCC tu call. Die bagitau kasut yang aku carik tu ade kat The Gardens.. Buweeekk! dah terlambat. Dah selamat dah dalam genggaman aku. Keje tah ape2. Lambat sangat. heh.. 9W berjaya menkucar-kacirkan idop aku weekend lepas. adoii..huhu..

Baju untuk berinai dah siap. before this aku ade cite baju tu aku xsuke tapi now ni aku suke sangat!sangat! :p. Elok je muat2. At last aunty tu nak dengar cakap orang. hehe.. Now tunggu baju nikah. ouh.. suke sume  baju!suke!suke! suke ganda 800x. hihihi..

p/s: Weekend terakhir aku sebagai anak dara. huhu.. perasaan berbaur :-|

Saturday, May 01, 2010

Senangnye dalam hati..

After ofis tadi bergegas ke KL ke Jalan TAR. Jalan plak tah hape2 jem gile2 punye petang ni. Sampai Jalan TAR kul7.45p.m. Solat dulu. After solat pergi ke BAK, da tutop! wahhh.. malangnye hari ni.. huhuhu... Tadi lalu jap still bukak. Lambat sebab withdraw duit jap je dah tutop. huahuahua.. melepasla nak fitting baju Incik Amad.

Singgah jap ke Ariani. Nak tengok selendang untuk akad nikah. Mak ai. Mahalnye. Tapi cantek gile. Masih dalam dilema mau beli or sewa je kat butik lain. Niat kat ati memang nak beli tapi harus disurvey dulu. Lagipun Ariani tengah ade sale. taklah banyak mane pun. huhuhu.

Bercadang untuk collect baju reception tapi tuan kedai masih di Ipoh. Jadi dari pukul10 hingga pukul 1 pagi merayau2 sekitar Lembah Klang. Punyelah sabar menanti just untuk collect baju tu walaupun incik amat dah mengeluh hampir 40 kali. huhu. Tapi kedegilan aku untuk tengok baju tu sungguh terserlah. Biarlah Incik Amat nak mengeluh 100x pon. hahaha..

Masuk2 studio.. aku terpaku! Baju aku ke? Rase macam lace yang aku beli hari tu.. hahaha. Kalau boleh aku mau guling2 dari tingkat 3 ke bawah sebab sronok gile dengan baju aku tu. Rase nak jerit2 terkinja2. Tapi tau dah pukul1 pagi, haruslah duk diam2 sengih sorang2. Belek2. Usik sane sini. Di arah untuk fitting. Perghhhh.. syok sendiri aku. haha. Tapi agak longgar. Tak sure aku dah kurus or die buat besar tapi die buat ikut ukuran yang aku bagi. Ya Allah, sungguh berbaloi dengan cost yang dibayar. Ingat tak dulu penah aku cite lace tak cukupkan... siap leh wat veil bagai. huahuahua.. bleh menetes air mate aku. Tapi ini dari pandangan aku. Tak taula kalo nanti korang rase bese jekan. Janji aku suke! hahaha.. Pic xde. Xseprisela kalo aku tunjuk awal2kan. hehehe..

Dan aku juga dapat ini! Bes! Sile dapatkannye segera ye.. ;-)


p/s: tido sambil sengih2 :p

Friday, April 30, 2010

Bunge oh bunge..

 *entry basi lagi..hehe

Jumaat lepas, aku lari dari ofis awal time lunch then trus pegi Pusat Bandar Damansara (PBD) jemput Nani. Tujuan untuk pergi survey and tempah fresh flower. Memule plan nak pegi Petaling Street tapi instinct rase macam tak sempat nak antar Nani balik b4 3p.m, terus pegi Floristika. 1st time pegi sane tapi after blog walking ke blog b2b lain, dah dapat agak dah kat mane. Kat situ sebenarnye sangat susah nak dapat parking tapi kami sangat bernasib baik sebab sampai2 je ade parking and takyah bayar pun.So bleh jimat mase.

Masuk2 je rase bes gile sebab dikelilingi ngan banyak fresh flower. Same macam pegi supermarket tapi supermarket bunga. hehe. Pergi ke sana sehelai pinggang without listkan bunge ape nak beli. Main redah je. Bile dah main redah, mulela otak tu konpius nak pilih bunge ape. Untuk bunge bridesmaid sekali pun kacau bilau. hihi. Last2 barulah dapat pikir dengan bernas and listkan satu2. Aku ambik semua bunge from China sebab bunge dorang lebih kembang dari local. Jimat sket. Tak yah gune banyak kuntum.

Tapi yang xbesnye harga bunge untuk minggu wedding aku tu melambung naik. Sebab 1st week May adelah Mother's Day kan. Adussss.. Silap perhitungan. Ingatkan Valentine or musim raye je yang mahal. Tak teringat plak ade Mother's Day. 1 bundle harga asal RM20 tapi minggu tu RM24. huk3.. pe nak wat. Nak tak nak terpaksala. Tapi aku tak sure Petaling Street jual lagi murah or same je. Aku just pikir untuk kesenangan pari2 aku ambik bunge2 tu nanti. Mahal sket pun takpe lagipun masih dalam bajet. hehehe.

To b2b yang akan kahwin esok or minggu depan, same2lah kite merasa kemahalan munge2 tu ye ;-)

Utusan Jemputan..


Dengan rendah dirinye meminta kamu2 sekelian mengemailkan alamat untuk urusan penghantaran kad jemputan yang tak seberapa ini... 
kalau rase malas nak email, tinggalkan kat comment/chatbox pun bleyla..
sila sertakan nama penuh sekali ye ;-)

email: lavender_angel53@yahoo.com.

Semoga dengan kehadiran anda semua dapat menyerikan lagi majlis saya..

Kamis..

Hari yang sama, minggu depan..
Tak pasti ape aku akan buat.
Pakai inai untuk first round maybe..
Ke hulu hiilir jemput barang2 yang ditempah maybe..
Sibuk2 tengok orang buat doorgift, bunga telur maybe..
Kuar for mamak with my BFFs maybe.. (ni paling nakkk sangat curik2 kuar :-p)

tak dapat aku bayangkan suasana tu..
pe agaknye jadi ek?


p/s: reception dress baru selamat landing kat KLIA semalam..huhu..xsabarnye nak tengok..

Wednesday, April 28, 2010

#11

11 days to go..
phewww..btulla ticker tu akan memberi tekanan kat b2b saat3 mcm ni..heh..
Makin lame makin tak keruan aku rase..
Banyak yang aku nak update tapi rase macam takde mase je nak taip menaip ni.
Tu sebab macam kekurangan info blog aku nih..
Tapi insyaallah after kawen mau buat post mortem from A-Z..huhu..

Debaran makin terasa..
Dugaan pun makin hebattt...phewww..

Tuesday, April 27, 2010

antara dipaksa dan terpaksa..

Dalam sebelas hari lagi nak bertukar status, aku harus readykan diri untuk terima ada beberapa perkara yang tidak menggembirakan hati dan perasaan. Dahla kawen hanya sekali, ade satu bende yang aku impikan tidak mungkin menjadi kenyataan. huhu. 

Bukan kerana tak mampu, tak sempat etc tapi hanya kerana nak kene jaga hati. Amatlah tersiksa jiwa dan batin sebenarnye. Part2 nak menjaga hati ni yang aku malas sebab orang takde plak berkorban semata2 nak menjaga hati aku. Dengan alasan yang tak munasabah, harus dituruti juge. Deym! Harus redha dapat seribu penyesalan. Kalau aku tau... haih.. Harus diam2 pujuk ati sendiri. Makan ati beb. Tapi nak buat macam mane. Bukan senang nak cakap dengan orang2 macam tu. Yang suke2 mencampurkan tangan dalam urusan orang lain. Apekan daye..

Wah..ayat pasrah gitu.. Perasaan berbaur2..Blehla aku call Sinar FM nanti sesi meluahkan perasaan.. heh.

Thursday, April 22, 2010

masyaallah...

hey..now aku dah rase macam mane b2b lain rase..
baru je distribute kad kelmarin kat opis..
and ade dah sibuk tanye..
ala soklan standard ar kan..
hantaran berapa?
honeymoon kat mane? knape tak pegi Bali?

ish3..seb bek la tanye kat Incik Amad.. kalau tanye kat aku.. 
hantaran aku terus naik mendadak jadi 30k tau..
honeymoon pun trus je jawab kutub utara, kutub selatan.. round the world tross..
lu ingat Bali tu heaven sgt ke? sile buke sket minda tu untuk pikir tempat lain yang lagi seronok?
adoiii..kampung btul pemikiran..
selama ni bace kat blog b2b yang lain..so tak ambik kisah sgt since tak pernah terjadi kat aku lagi..
tapi bile jadi, baru aku tau betapa 'best'nye perasaan itu..hoho..

Monday, April 12, 2010

Penyakit M

Penyakit M dah melamda dalam diri aku nih. Makin lame makin malas aku nak apdet ape2 pasal progress. Kenape ek? Tinggal 4 kali weekend aje dah untuk buat ape2 preparation. Sedar tak sedar banyak juge yang tak ready. Semua bende kecik2 je. Bende yang kecik2 yang nila yang bleh porak perandakan emosi dan fikiran aku. haih.

Bunting/Banner- tak abes design lagi. and still tak tau kat mane nak tempah. anyone tau kat mane yang cantek dan murah? hehe.. tetap nak yang murah je kan..

Guestbook- masih tercari2. yang ready made tak tau mane nak beli. nak custom made dah terlambat nak tempah. idea dari kawan2 dah ade tapi masih pikir sempat ke tak nak siapkan kalau buat sendiri nih? aiyooo...

List lagu- pun belum mule lagi. tajuk2 lagu ni yang aku lemah ni. Tapi dah pass task ni kat my BFF, makcik Nani untuk carikkan. So setel 1 bende dah.

Kad kahwin- 1st batch dah pos dah Jumaat lepas. Ade yang dah sampai. 2nd batch akan menyusul esok atau luse. Tunggu ye kawan2. 

Thank you tag- Design dah ade tapi belum redesign. 

Now ni incik amad dah dilanda penyakit rajin plak. asik nak deco umah yang akan kitorang duduk nanti je. Dok sibuk beli itu, beli ini. Semua untuk umah. Silap2 kalo mase panjang lagi, nak cat plak umah tu. walaupun hanya umah sewa. Padahal untuk majlis die banyak lagi tak setel rasenye tu. Bile ditanye, die jawab "sediakan tempat tinggal tukan tanggungjawab suami". okeh. baiklah. tak mo tanye dah. Silekanlah deco and kemas skali. senang i nanti.. kikiki..

Itulah die ragam orang nak kawen yang tak sampai sebulan nih. Kadang2 terlepas gak emosi yang tak stabil nih. Sebab banyak sangat pikir. Berkecamuk jadinye. haih. Cepatlah mase berlalu. Tak sabar nak idup dengan tenang setiap ujung minggu.

Tuesday, April 06, 2010

Decorator ku baru..

Hola!! Makin lame makin liat nak mengapdet nih. Terasa makin takde mase je. huhu. Bilela aku nak dapat duk umah, rehat tengok tibi je..heh..

Ok2. entry sebelum ni aku ade citekan tentang last minute tukar pelamin decorator kan? then appointment hari Sabtu. Tapi disebabkan aku lupe yang aku kene keje Sabtu lepas, appointment terpaksa ditunda ke hari Ahad pagi. So Ahad pagi tu gigihla aku menunggu dorang. Tup..tup..die call mak cakap die ade hal urgent sgt2 so tunda petang after asar. Dorang last minute terpaksa g pasang pelamin kat Bangi berikutan mak andam yang sepatutnye pasang pelamin and gubah hantaran tu LARIII! so ade kawan die mintak tolong untuk setelkan yang termampu. Maka berkejarlah dorang ke sane jap. ok. takpelah. dimaafkan. Sian gak kat dorang dari malam tak tido2 lagikan.

Then mule discuss tentang pelamin. Aku tunjukkan ape yg aku nak and ape yang die bleh buat mengikut bajet yang aku tetapkan. Dengan bajet yang ade tu die watkan pelamin bersanding and pelamin berinai. Untuk pelamin berinai tak tau ape yg die akan buatkan sebab aku request simple je, aku just lepaskan tangan kat die. Tu pun naseb baik bleh dapat pelamin berinai. Kalau ikutkan mak andam yang lain, memang tak dapek ar. Aku banyak lepaskan kat die sebab kalau nak ikutkan taste aku nih untuk bajet 7k ke atas. hahaha. kang die kate aku tak sedar diri plakkan. cukuplah die melayan permintaan mak aku sorang :-p.

Since hantaran incik amad and aku punye, akan digubah secara DIY menggunakan fresh flowers, aku suh die bli skali je sume bunge. Just bagi list nak berapa and jenis bunge. Meja beradap pun die bleh tolong decokan. just sediakan bunge je. Semuanya TOLONG. adoii. sian plak aku kat die. sirih junjung pun macam tu gak. FOC. selamat RM100. hihi. 

Konsep die ni adelah tak berkire. Contoh macam butik lain, nak tukar kerusi yang lain dari pakej kene tambah RM100, 200 kan. Macam die, if kerusi tu available and still xde orang booking untuk date tu, gune jelah. flower stand ke, ape2 jelah. Terasa terharu plak bile dorang beri layanan macam tu. Walaupun mereka ni kawan kepada sepupu aku, segan dan malu tetap ade.

Bercerita sket latar belakang dorang. Yang si lelaki ni pernah bekerja untuk 1 wedding planner ni together dengan kawan die who is now decorator yang sangat2 bes idea nye (sile fahami 'keyword' dalam ayat ini utk teka sapekah beliau.hehe).. then die and guy yang ade idea yang bes2 tu berhenti and buat bisnes sendiri. Die plak banyak join Pak Abu disamping buat bisnes sendiri. Itulah die serba sedikit. 

Penceritaan disini bukanlah nak katekan yang my wedding nanti sangat grand sebab dapat decorator sebegini. Semuanya bergantung pada bajet, bajet dan bajet. Nasib juge memainkan peranan. Xnakla bile tengok majlis aku orang cakap indah khabar dari rupe. Cukuplah hasilnye hanye separuh dari angan2 aku selame ni dan tidak membazir.

Bagi mereka yang nak tengok blog die ke, aku lupe nak mintak sebenarnye sebab die pun cakap xberupdate. Tapi here aku letak 1 pic pelamin yang pernah dorang buat.. Nak rekomen, takut juge sebab aku rase better tunggu hasil my wedding dulu then baru bleh. Mane tau tak mencapai kepuasan yang diidamkan nanti, marah plakkan.


And now, aku bleh mule sket goyang kaki sebab tak payah susah2 bekejar ke Petaling Street memborong bunge. hehe..

Saturday, April 03, 2010

mengomel..

Aku masih belum letak wedding ticker macam b2b lain2. Sebab?? Aku tak nak panik kot. Tak letak pun aku dah agak gelabah. Rase macam banyakkkk lagi tak setel. huhu.

Aku masih tak sewa/booking lagi accessories macam crown, selendang bla..bla..bla.. Tau tak mane2 butik yang headgear die bes2, selendang die cantek2? hurm. Nak carik selendang bagai kene tunggu baju nikah and berinai siap. Dua2 baju tengah dipayet. 

Deco bilik aku serahkan 200% kat mak. Aku hanya beli set bilik and the rest aku tutop mate takmo amik tau. boleh? hahaha. cume touch up sane sini nanti akan aku buat time dah dekat2 nanti. 

Cake masih belum tempah. untuk hantaran and time reception. tu lagi satu kes. Nak yang cantik, sedap tapi murah. haha. sile panggil sy pengantin bajet untuk tahun 2010. hope ade yang bleh bagi suggestion kat aku. huhu..

Catering, canopy and entertainment untuk hari bersanding juge diserahkan bolat2 kat mak. Ye. Semua mak aku akan uruskan memandangkan die sangat teruja nak setelkan semuakan. Lagipun gune alasan yang same macam cik nawal, "xde dalam bajet" or "bajet dah abes". haha. serious. alasan itu sangat berjaya okay. sile amalkan selalu. :p

phewww.. makin hari makin terasa tekanan dah..:-(

Wednesday, March 31, 2010

Saat2 genting..

Agak2 ade tak b2b yang last2 minute tukar wedding planner/pelamin decorator saat2 akhir?

macam AKU??

And wedding planner/pelamin decorator tu takde buat ape2 salah pun sebenarnye sampai die kene tukar.
Bukan aku sengaja. Bukan aku tak kesian kat die. Tapi aku dipaksa dan terpaksa. Walaupun aku dah bayar deposit 40% kat die mase booking aritu. hurm.
Kisahnye. Before aku booked A, i'm waiting quot dari sorang nih,B. Tapi disebabkan lambat sangat and rase B akan quotkan lebih dari bajet yang ade, dengan penuh ketidaksabaran pegi booked A. Setelah 2,3 bulan berlalu datanglah si B dengan quotnye. Siap datang umah nak tengok ape yang bleh buatkan. Aku memule xberminat pun sebab bende dah setel malas nak pikir lagi. Just my mum je yang ade time die datang. Then my mum call cakap harga yang die quot tu. OMG! harga same dengan si A dan die buat lagiii banyak dari A. Tambahan plak si B selalu sub-decorator for beberape decorator lain. One of them is Pak Abu. huh. Niat dihati nak cakap kat my mum yang si B 'xde rezeki' tapi tak tercakap. Otak dah mule pikir tu, pikir ni. But in the same time sangat kasihan kat A. yelah, takkan nak kensel macam tu jekan.

Keburukan A nih kite tak boleh sangat nak buat custom made pelamin. Die akan buat ape yang die ade and tukar sikit2 je. Sebab die sangat baru dalam bidang nih. Tapi advantage A, dengan design pelamin yang die ade tu memang murah berbanding butik2 orang lain. Tu yang aku agak teruja time tuh.

After discuss with incik amad, die awal2 surrender sebab tak sampai ati nak cakap. huhu. Lalu aku pun berdoa siang malam, solat hajat siap biar die tak marah ngan kami. Dalam 2 ari sebelum tu asik pikir je cemane nak mulekan conversation ngan A. Then on Sunday, tekad sms A nak jumpe die. Maka jumpelah die di kedai makan. Makan2 ngan die. Kitorang kawan so maybe A ingat saje nak bincang2 kosong dengan die. Makan. Minum. Makan. Minum. Telan makanan rase macam batu je. Susahnyelah nak mulekan story. Die punyelah semangat cite pasal customer die. 

Then tah macam mane ade 1 topik tu yang bleh aku mencelah. Sambil buat muke kesian, aku bagitau die. Cite tak banyak pun. Just bagitau main point and reason. and suprisingly die tak terkejut pun. ok je. Die kate bleh sebab die blum start prepare untuk my wedding nanti. By next week baru nak beli mane2 barang yang tak cukup. fuhhh... aku siap tanye "betul u tak marah? janji u tak nangis??". ahaks. serious sangat tak sampai hati tapi apekan daye. I have to choose the best. legaaa.. and the deposit takde ape2 prob sebab baju for bertandang ambik dari die. heh.. If die kate tak boleh, i akan ambik A gakla tapi since die sangat baik hati, maka pilihan aku adelah B.

This Saturday akan meeting with B di rumah aku. Harap2 aku telah membuat pilihan yang betul...insyaallah..
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino